Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Pemandu Eropah Habiskan Lebih 3 Jam Setahun Cuci Ais Beku Atas Kereta
Auto Terkini

Kajian: Pemandu Eropah Habiskan Lebih 3 Jam Setahun Cuci Ais Beku Atas Kereta

Abang HirataBy Abang Hirata02/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JIKA pemandu negara kita berdepan risiko banjir kilat, di Eropah pula perlu menghadapi musim salji hingga ais membeku menyelaputi kereta.

Hendak mencairkan ais pula mengambil masa yang mana kajian dilakukan Skoda UK menunjukkan pemandu menghabiskan lebih tiga jam* setahun untuk membersihkan cermin depan kenderaan daripada ais sebelum memandu pada musim sejuk.

BACA >>> Kajian: Thailand Suka Kereta Putih, Turut Catat Nilai Jual Semula Lebih Tinggi
BACA >>> Sedan Škoda Slavia Buatan India Lancar, Enjin 1.0L Turbo, Manual 6-Kelajuan

Dapatan kajian menunjukkan lebih separuh atau 51 peratus tidak sedar mereka berdepan risiko saman hingga £80 (RM420) jika membiarkan enjin melahu ketika menyah beku cermin depan pada cuaca sejuk di jalan raya awam.

Ya, memang wujud undang-undang tersebut di Britain.

Undang-undang berdasarkan Kod Lebuh Raya, Peraturan 123 menyatakan, tindakan membiarkan kenderaan diparkir tanpa kehadiran sesiapa dengan enjin melahu, atau membiarkan enjin beroperasi tanpa sebab dalam keadaan pegun di jalan raya awam.

Hukumannya ialah pemandu boleh dikenakan penalti tetap £20 (RM105), dan dinaikkan kepada £40 (RM210) jika tidak dibayar dalam tempoh ditetapkan hingga melonjak kepada £80 (RM420) sekiranya kesalahan dilakukan di lokasi peraturan emisi lebih ketat di ibu kota London.

Bagi negara seperti Britain yang mahu mengurangkan tahap emisi karbon dioksida (CO2), undang-undang tersebut dilihat sebagai satu kewajaran.

Situasi menyah beku cermin depan adalah perkara biasa pada musim sejuk di Eropah, dan kajian Skoda menunjukkan dapatan berikut:

  • 35 peratus pemandu menghabiskan purata 5-7 minit, dan 13 peratus dalam tempoh 8-10 minit.
  • 25 peratus pemandu menghabiskan sekurang-kurangnya 2-4 minit bagi membersihkan cermin daripada ais.
  • 63 peratus pemandu menggunakan sistem pemanasan untuk mencairkan fros.
  • 57 peratus menggunakan pengikis ais, 44 peratus pencair ais, 27 peratus pengelap cermin, 15 peratus air panas, 13 peratus kad bank atau kad plastik.
  • 76 peratus pemandu menghidupkan dan membiarkan enjin beroperasi semasa menyah beku ais bagi membantu proses tersebut.

Dalam situasi tersebut, Skoda turut menunjukkan potensi kenderaan elektrik (EV). Hampir 74 peratus pemandu tidak mengetahui EV boleh dioperasi menggunakan aplikasi telefon pintar untuk menyah beku cermin sebelum memasuki kereta.

Melalui aplikasi Skoda Connect, model EV Skoda Enyaq iV boleh diprogram untuk menyah beku cermin depan, memanaskan kabin dan menyediakan bateri dalam keadaan sejuk supaya sedia digunakan.

Malah, pemandu yang mengecas ketika kereta disiapkan dapat menjimatkan tenaga bateri sedia ada. Antara kelebihan Škoda Enyaq iV pada musim sejuk adalah:

  • Pemandu dapat menjimatkan masa hingga 10 minit setiap hari melalui fungsi penyediaan kereta.
  • Tidak perlu berdiri dalam cuaca sejuk untuk menyiapkan kereta.
  • Ada fungsi pemanas pada stereng dan kerusi, pembersih depan yang dipanaskan dan kawalan suhu tiga zon.
Nota:

Kajian melibatkan 2,000 pemandu Britain, dilakukan agensi penyelidikan pasaran OnePoll pada Disember 2022.

* Berdasarkan 37.2 hari udara beku di Britain sepanjang Disember 2021-November 2022 mengikut Statista dan 5 minit 13 saat masa purata untuk menyah beku cermin depan daripada tinjauan dilakukan.

BACA >>> Sedan Škoda Slavia Buatan India Lancar, Enjin 1.0L Turbo, Manual 6-Kelajuan
BACA >>> Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

Auto Terkini kajian Kajian Skoda ŠKODA Skoda Enyaq Škoda Enyaq iV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.