• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Thailand Suka Kereta Putih, Turut Catat Nilai Jual Semula Lebih Tinggi

Kajian: Thailand Suka Kereta Putih, Turut Catat Nilai Jual Semula Lebih Tinggi

February 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERETA putih menjadi warna paling diminati pembeli kereta di Thailand yang menyumbang 36 peratus jualan keseluruhan, menurut data Carsome.

Menurut Carsome, empat warna kereta paling popular selain putih ialah kelabu (25 peratus), hitam (19 peratus), perak (11 peratus) dan merah (9 peratus).

BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Akan Pertimbang Gojek Jika Rakyat Sedia Terima
BACA >>> Firma Automotif Thailand Beri Bonus Tahun Baharu 8 Bulan, Elaun Khas kepada Pekerja

Selain itu, Carsome juga mendedahkan kereta putih turut menjadi kereta paling banyak dijual kepada syarikat platform jual beli kereta terpakai itu, iaitu kelabu (34 peratus), hitam (19 peratus), perak (6 peratus) dan merah (5 peratus).

Sementara itu, sedan menjadi jenis kenderaan paling popular, diikuti hatchback, kenderaan utiliti sukan (SUV), trak pikap dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Antara model sedan popular di Thailand ialah Honda City dan Civic, Mazda2 dan Toyota Yaris (Malaysia: Vios).

Menurut Carsome, warna cerah seperti putih lebih mudah dilihat dalam gelap dan dikaitkan dengan rasa selamat yang lebih tinggi.

Sifat warna putih memiliki ciri pemantul haba dan cahaya. Jadi, kereta putih lebih nyaman apabila berada di bawah sinaran matahari .

Putih juga cenderung memiliki nilai jual semula (resale value) lebih tinggi," kata Carsome.

Carsome berkata, kenyataan itu selaras data yang menunjukkan putih sebagai warna paling popular bagi semua kereta terpakai yang dijual semula.

BACA >>> Cukai Bateri EV Thailand Kini 1%, Pengeluar Bateri Dapat Subsidi RM3b
BACA >>> Carsome, Electrum Jalin Kerjasama EV Dua Roda di Indonesia

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, carsome, kajian, Kereta Putih, Kereta terpakai, Thailand, warna kereta, Warna Putih

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
    #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
  • Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil
    Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my