Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Urus Bantu Lonjak Keuntungan Lamborghini dalam Tempoh 55 Tahun!
Auto Terkini

Jualan Urus Bantu Lonjak Keuntungan Lamborghini dalam Tempoh 55 Tahun!

Abang HirataBy Abang Hirata27/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERADA dalam Volkswagen Group bukan saja dapat menikmati perkongsian teknologi dan mendapat manfaat skala ekonomi, tetapi juga kemahiran berbisnes. Kumpulan konglomerat itu kini mengatur langkah besar buat subsidiari secara teratur dan paling penting sanggup melabur besar sebelum meraih laba.

Lihatlah bagaimana langkah Bugatti, Ducati dan Lamborghini disusun. Walaupun memakan masa beberapa tahun, tetapi asasnya kukuh. Kali ini giliran Lamborghini pula meletup selepas beberapa tahun berusaha membina semula reputasi dan prestij jenama itu.

BACA >>> Debut Lamborghini Urus Sebagai SUV Terpantas Dunia (25 Foto Menarik)

CATAT PERTUMBUHAN MEMBERANGSANGKAN

Bagi tahun fiskal 2018 (1 Januari – 31 Disember), Automobili Lamborghini S.p.A. mencatatkan pelbagai rekod terbaik dalam prestasi perniagaan seperti jualan, pendapatan dan keuntungan pada tahap tertinggi sepanjang sejarah 55 tahun. Selepas kali pertama melepasi angka 1 bilion pada 2017, pendapatan syarikat meningkat 40 peratus daripada 1,009 mio.Euro (Jerman Euro) kepada 1,415 mio.Euro pada 2018.

Penghantaran kenderaan kepada pelanggan pula meningkat 51 peratus kepada 5,750 unit dengan rekod jualan setiap pasaran utama seperti EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika), Amerika dan Asia Pasifik. Pencapaian kukuh itu disumbangkan secara signifikan daripada penjualan Super SUV, Lamborghini Urus.

BACA >>> Bikin Anugerah Sendiri, Jeremy Clarkson Pilih Lamborghini Huracan Performante

Penghantaran Urus kepada pelanggan baharu bermula pertengahan 2018, sekali gus menambah momentum jualan sedia ada yang turut disumbangkan daripada peningkatan jualan V12 Aventador dan V10 Huracán.

TAMBAH PEKERJA, PENGEDAR

Selain prestasi kewangan, jualan Urus juga menambah banyak rezeki orang awam. Lamborghini menambah lebih 1,750 pekerja menjelang penghujung 2018. Jumlah itu menyaksikan pertambahan 10 peratus berbanding 2017 dan 70 peratus berbanding lima tahun lalu.

Malah, Lamborghini kini mempunyai 157 pengedar yang memberikan perkhidmatan di 50 negara. Memang tidak salah jika melakukan sesuatu di luar. Lebih untung, maka lebih baik untuk masyarakat dan perniagaan.

BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept – Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

GALERI
Auto Terkini Automobili Lamborghini S.p.A. Lamborghini Lamborghini Urus Volkswagen Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.