Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Debut Lamborghini Urus Sebagai SUV Terpantas Dunia (25 Foto Menarik)
Roda4

Debut Lamborghini Urus Sebagai SUV Terpantas Dunia (25 Foto Menarik)

Han OthmanBy Han Othman19/04/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMBORGHINI Urus akhirnya didedahkan kepada umum buat julung kalinya sejak kecoh diperkatakan ramai peminat dan pemerhati automotif dunia sejak Oktober lalu. Lebih mendebarkan, Lamborghini mendakwa Urus sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling pantas di dunia dengan kelajuan maksimum mencecah 305kmj, pecutan 0-100kmj sepantas 3.6 saat.

Selain kepantasan, Urus juga dihasilkan untuk menangani pelbagai bentuk cabaran muka bumi, termasuk off-road sama ada dipandu selesan dalam bandar ataupun beraksi buas seperti jentera rali di atas laluan penuh kerikil atau berpasir. Bagi memberikan kuasa mencukupi, Urus menjadi model pertama Lamborghini yang dibekalkan enjin pengecasturbo.

BACA >>> 7 Fakta Awal Tentang Lamborghini Urus yang Perlu Anda Tahu

Di bawah bonet ialah enjin 4.0L turbo-kembar V8 berkuasa 650hp dan tork 850Nm serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dengan sistem pacuan empat roda (4WD). Opsyen hibrid plug-in juga bakal ditawarkan.

PEMVEKTORAN TORK AKTIF

Urus turut dibekalkan ciri pemvektoran tork aktif dari gandar depan ke belakang dan antara tayar belakang. Terima kasih kepada diferensial tengah dan belakang yang dimiliki. Daya tork pula dipecahkan kepada roda depan-belakang secara 40:60, tetapi 70 peratus tork maksimum masih dapat dihantar kepada roda depan, atau 87 peratus kepada roda belakang.

Brek seramik karbon dibekalkan sebagai ciri standard, manakala rotor yang dipasang ialah terbesar pernah dimiliki mana-mana kenderaan pengeluaran, berukuran 17.3 inci (440mm) di depan, dan hampir 14.6 inci (370mm), belakang. Rotor depan diiringi kaliper 10-piston, manakala depan kaliper 4-piston.

BACA >>> SUV Pertama Lamborghini, LM002 Guna Enjin V12 Countach, Mampu Redah Off-Road

Melengkapkan brek bersaiz besar itu ialah rim yang juga bersaiz bagak, berukuran 21-inci sebagai standard. Pembeli bagaimanapun boleh memilik saiz rim lebih besar sama ada 22 atau 23-inci, yang dipadankan dengan set tayar istimewa Pirelli P Zero Corsa.

ADA 6 MOD PACUAN

Sebaik saja Urus bergerak, pemandu boleh memilih 6 mod pacuan: Strada, Sport, Corsa, Neve (salji), Terra (off-road) dan Sabbia (pasir), serta tambahan mod custom dipanggil Ego. Mod Neve, Terra dan Sabbia akan menaikkan casis untuk menambah baik jarak kelegaan bumi, manakala Strada, Sport dan Corsa akan mengoptimumkan prestasi jalanan dan untuk pelbagai tahap pemanduan sporty.

Lamborghini Urus juga memiliki berat kerb di bawah 2,200kg, sekali gus menjadi SUV dengan nisbah kuasa-kepada-berat terbaik.

Di Amerika Syarikat (AS), Urus dijual pada harga bermula AS$200,000 (RM813,140), manakala fasa pengeluaran dijadualkan bermula musim bunga (Mac-Jun) 2018.

Lamborghini Urus ialah pendekatan berwawasan berasaskan penerapan DNA Lamborghini kepada kenderaan paling versatil, SUV. Urus mengangkat SUV ke tahap yang tidak mungkin sebelum ini, Super SUV. Inilah Lamborghini sebenar dari segi rekabentuk, prestasi, dinamik pemanduan dan emosi, termasuk kebolehpanduan harian dalam pelbagai persekitaran.

Urus padan dengan sempurna dala . famili Lamborghini sebagai sebuah kereta berprestasi tinggi. Ini adalah kemunculan pembangunan intensif dan kemahiran bersemangat untuk menghasilkan baka baharu lembu: Super SUV yang melangkaui batasan jangkaan dan membuka pintu kepada kemungkinan baharu bagi jenama dan pelanggan kami.”

– STEFANO DOMENICALI, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi Automobili Lamborghini

Berikut video debut Lamborghini Urus:

GALERI

Kenderaan Utiliti Sukan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lamborghini Lamborghini Urus Roda4 Super SUV SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

23/07/2026
Roda4

JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

23/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Roda4

Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.