Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Promosi Drama Skuad JPJ, Netizen Tanya Ada Adegan Dikejar Tonto Tak?
Auto Terkini

JPJ Promosi Drama Skuad JPJ, Netizen Tanya Ada Adegan Dikejar Tonto Tak?

FarahBy Farah25/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lama lagi bakal menayangkan drama bersiri 13 episod berjudul ‘Skuad JPJ’  yang akan menemui penonton bermula 4 April ini di saluran RTM TV1.

Bagi mempromosikan drama itu, JPJ menerusi laman rasmi Facebook agensi Kerajaan berkenaan memuat naik gambar poster berserta maklumat mengenai waktu tayangan drama tersebut.


Tayangan ‘Skuad JPJ’ dijadualkan disiarkan pada jam 11.10 pagi hingga 12 tengah hari, setiap Isnin hingga Khamis. Menurut maklumat dikongsikan, drama aksi tersebut berkisarkan realiti tugas, dan cabaran dihadapi JPJ sepanjang menjalankan tugas.

Namun, walaupun belum ditayangkan, status promosi drama tersebut meraih perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi. Antara isu dibangkitkan adalah aksi kereta JPJ dikejar tonto, dan babak di kaunter yang hanya dibuka sedikit hingga menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang.

Tidak kurang juga mengharapkan kehadiran watak Din Sardin, dipetik daripada drama lakonan Izzue Islam mengenai mat rempit jatuh cinta dengan pegawai JPJ yang kemudian mengubahnya menjadi anggota JPJ.

Terdahulu, drama siri berkenaan turut mengundang persoalan ramai apabila trailer drama itu menunjukkan adegan tembak-menembak kerana ramai berpendapat bidang kuasa JPJ tidak melibatkan penguatkuasaan menggunakan senjata api.

Drama ‘Skuad JPJ’ dibintangi pelakon Saharul Ridzwan, Kodi Rasheed, Fify Azmy, Sefik Khair dan ramai lagi. 

BACA>>> Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak ‘Skuad JPJ’!
BACA>>>  Anggota JPJ Maut Jatuh Motosikal Ketika Kejar Penunggang Lari SJR di MRR2

Anggota JPJ Auto Terkini drama jpj Drama Melayu Drama Siri Skuad JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) RTM TV1 skuad jpj tonto TV1
Farah

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.