• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Promosi Drama Skuad JPJ, Netizen Tanya Ada Adegan Dikejar Tonto Tak?

JPJ Promosi Drama Skuad JPJ, Netizen Tanya Ada Adegan Dikejar Tonto Tak?

March 24, 2022 By Farah Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lama lagi bakal menayangkan drama bersiri 13 episod berjudul 'Skuad JPJ'  yang akan menemui penonton bermula 4 April ini di saluran RTM TV1.

Bagi mempromosikan drama itu, JPJ menerusi laman rasmi Facebook agensi Kerajaan berkenaan memuat naik gambar poster berserta maklumat mengenai waktu tayangan drama tersebut.


Tayangan 'Skuad JPJ' dijadualkan disiarkan pada jam 11.10 pagi hingga 12 tengah hari, setiap Isnin hingga Khamis. Menurut maklumat dikongsikan, drama aksi tersebut berkisarkan realiti tugas, dan cabaran dihadapi JPJ sepanjang menjalankan tugas.

Namun, walaupun belum ditayangkan, status promosi drama tersebut meraih perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi. Antara isu dibangkitkan adalah aksi kereta JPJ dikejar tonto, dan babak di kaunter yang hanya dibuka sedikit hingga menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang.

Tidak kurang juga mengharapkan kehadiran watak Din Sardin, dipetik daripada drama lakonan Izzue Islam mengenai mat rempit jatuh cinta dengan pegawai JPJ yang kemudian mengubahnya menjadi anggota JPJ.

Terdahulu, drama siri berkenaan turut mengundang persoalan ramai apabila trailer drama itu menunjukkan adegan tembak-menembak kerana ramai berpendapat bidang kuasa JPJ tidak melibatkan penguatkuasaan menggunakan senjata api.

Drama ‘Skuad JPJ’ dibintangi pelakon Saharul Ridzwan, Kodi Rasheed, Fify Azmy, Sefik Khair dan ramai lagi. 

BACA>>> Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
BACA>>>  Anggota JPJ Maut Jatuh Motosikal Ketika Kejar Penunggang Lari SJR di MRR2

Artikel Berkaitan

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anggota JPJ, Auto Terkini, drama jpj, Drama Melayu, Drama Siri Skuad JPJ, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), RTM TV1, skuad jpj, tonto, TV1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my