Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Perhebat Operasi Khas Motosikal Hingga Hujung September Ini
Auto Terkini

JPJ Perhebat Operasi Khas Motosikal Hingga Hujung September Ini

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) kini giat melaksanakan Operasi Khas Motosikal besar-besaran yang menumpukan kesalahan jalan raya seluruh negara bermula 1 September hingga 30 September ini.

Operasi tersebut dilakukan selepas negara merekodkan 2,672 kadar kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, atau hampir 70 peratus sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, berlaku peningkatan membimbangkan berikutan angka 16 peratus kadar kematian nahas jalan raya direkodkan bagi tempoh suku ketiga dan keempat tahun ini.

Sehubungan itu, operasi ini untuk membudayakan pematuhan undang-undang dan memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan- peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,302 motosikal diperiksa dan 642 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Kesalahan paling tinggi direkodkan melibatkan kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tiada perlindungan insurans yang mencatatkan 136 kesalahan atau 16 peratus.

“Sebanyak 205 motosikal disita sepanjang operasi dilakukan hari ini,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi khas itu berdasarkan kaedah risikan atau penyamaran di 23 lampu isyarat di lokasi tumpuan, sekatan jalan raya (SJR) dan ‘snap check’ membabitkan laluan motosikal.

Dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan, JPJ mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mendidik pengguna supaya mematuhi peraturan dan berhemah di jalan raya.

“Justeru, penunggang dan pembonceng perlu mengubah sikap dengan tidak melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, cuai keluar masuk simpang dan berlumba,” katanya lagi.

BACA >>> JPJ Perkenal Nombor Pendaftaran Istimewa Siri M___M Sempena Hari Kebangsaan ke-66
BACA >>> JPJ Sita Tiga 125ZR Siap Sedia Nak Sprint Test di Pulau Pinang

SUMBER: Utusan

Auto Terkini Datuk Lokman Jamaan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ operasi khas motosikal Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ seluruh negara
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.