Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Buka Bidaan Nombor Plat ‘SIS’ Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
Auto Terkini

JPJ Buka Bidaan Nombor Plat ‘SIS’ Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

SyafieBy Syafie12/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI), SIS

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri SIS sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Disember ini.

Tanda indeks SIS membawa maksud Sultan Idris Shah (Sultan Selangor ke-9), dan pelancaran itu turut bersempena Jubli Perak 25 tahun pemerintahan baginda yang akan diraikan tahun depan.

Bidaan Dibuka Secara Dalam Talian


Kenyataan rasmi Selangor Royal Office berkata, bidaan akan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui sistem JPJeBid:

  • Tarikh bidaan dibuka: 15 Ogos 2025
  • Tarikh bidaan ditutup: 19 Ogos 2025
  • Tarikh pengumuman keputusan: 20 Ogos 2025

Tawaran itu tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada ditetapkan JPJ, termasuk harga minimum bidaan.

Sebahagian Hasil Disalur ke Yayasan Diraja

Sebahagian hasil jualan NPI akan disalurkan kepada yayasan di bawah naungan Sultan Selangor untuk:

  • Program kebajikan
  • Pemberian biasiswa
  • Dana kecemasan kepada golongan memerlukan, termasuk mangsa bencana alam

Yayasan itu akan dipengerusikan Ahli Dewan Diraja Selangor, Tan Sri Muhammad Ibrahim (bekas Gabenor Bank Negara Malaysia) dan diuruskan mengikut prosedur serta tadbir urus telus.

Pengurusan Eksklusif JPJ

JPJ adalah satu-satunya pihak berkuasa yang menguruskan penjualan NPI itu tanpa sebarang penglibatan pihak ketiga.

Pada Jumaat lalu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli di Istana Bukit Kayangan bagi pembentangan mengenai pelaksanaan siri nombor khas tersebut.

Nombor Istimewa untuk Tujuan Istimewa

Siri nombor SIS bukan sekadar plat pendaftaran tetapi juga simbol penghormatan kepada Sultan Selangor yang mana hasil jualan akan memanfaatkan golongan memerlukan.

Orang ramai yang berminat disarankan membuat bidaan melalui JPJeBid pada tarikh ditetapkan.

SUMBER: FB JPJMalaysia

JPJeBid Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Selangor Royal Office Sultan Sharafuddin Idris Shah
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.