Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jetta VS5 – Bukti Volkswagen Mampu Jual SUV Mampu Milik di China, RM54k Sahaja
Roda4

Jetta VS5 – Bukti Volkswagen Mampu Jual SUV Mampu Milik di China, RM54k Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN sebelum ini ada memperkenalkan subjenama Jetta yang menumpukan kepada model mampu milik untuk pasaran China. Kini, produk pertama di bawah subjenama itu diperkenalkan dengan panggilan nama VS5.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu dibangunkan bersama rakan kerjasama FAW dan dibangunkan di kilang Chengdu, China. Namun, Jetta VS5 bukanlah produk baharu kerana model tersebut sebenarnya ialah versi rebadge daripada Seat Ateca yang turut memiliki dimensi sama.

BACA >>> Volkswagen Lancar Jenama Baharu, Jetta untuk Pasaran Kereta Aras Mula di China

Jetta VS5 memiliki dimensi panjang 4,419mm, lebar 1,841mm, dan tinggi 1,616mm, manakala jarak roda 2,630mm. Kini timbul persoalan mengenai sama ada model itu dibangunkan atas platform MQB atau bukan. Dari segi rekabentuk, model ini masih mengekalkan aura Volkswagen menerusi lampu utama besar seperti Tiguan dan T-Roc.

Bahagian gril menampilkan kemasan krom pada paten berlian dengan rekaan bampar sporty dan lampu siang (DRL) LED. Aksen hitam ala SUV disisipkan pada skirt sisi dan bampar depan/belakang, manakala fender berwarna sama seperti warna badan.

Rupa belakang Jetta VS5 tampil menarik dengan lampu belakang unik berserta perincian aksen bentuk huruf ‘Y’.

Di bawah bonet tersedia enjin 4-silinder petrol 1.4L berkuasa 148hp dan tork 250Nm. Hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan, dibangunkan Aisin Seiki dan bukan DSG milik Volkswagen. Alasanya utamanya, adalah untuk meminimumkan harga jualan.

BACA >>> SUV VW Paling Bongsu, T-Cross Boleh Laku Keras di Malaysia Kalau Harga Menarik

Harga jualan Jetta VS5 bermula 89,800 yuan (RM53,940), manakala versi atasan 119,800 yuan (RM71,875). Menurut FAW-Volkswagen, ini ialah kali pertama pengeluar Volkswagen menghasilkan SUV pada harga di bawah 100,000 yuan  (RM59,990).

Penghantaran pertama akan bermula September depan. Selepas VS5, Jetta bakal mengeluarkan satu lagi SUV lebih besar, VS7 dan sedan kompak VA3 (rebadge VW Jetta).

GALERI

SUMBER: CarScoops

FAW-Volkswagen Jetta VS5 Roda4 SUV SUV kompak Volkswagen Volkswagen T-Roc Volkswagen Tiguan (2018)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.