• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV VW Paling Bongsu, T-Cross Boleh Laku Keras di Malaysia Kalau Harga Menarik

SUV VW Paling Bongsu, T-Cross Boleh Laku Keras di Malaysia Kalau Harga Menarik

March 11, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DARI segi harga dan pakej, tawaran Volkswagen untuk pasaran tempatan nampak kurang kompetitif berbanding pesaing tempatan dan Asia. Bukan kurang produk kerana Volkswagen memang ada pelbagai barisan model daripada kompak seperti Polo hingga kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Tiguan. Walaupun memiliki prestij tersendiri sebagai jenama Eropah, itu masih belum memadai untuk memikat hati pengguna.

Ini satu lagi produk yang jika kena harga boleh laku keras di pasaran Malaysia. Inilah Volkswagen T-Cross, iaitu SUV kompak yang berada dalam segmen sama seperti Ford EcoSport dan Nissan Juke. Pengeluar automotif dari Jerman itu baru saja mengumumkan harga T-Cross di Britain, bermula £16,995 (RM90,400) untuk varian S dengan enjin 1.0L TSI (93hp) dan transmisi manual 5-kelajuan.

BACA >>> T-Cross - Taruhan Baharu Volkswagen untuk Segmen SUV Subkompak

T-Cross ialah SUV kelima dan paling kecil dalam famili Volkswagen, berada bawah T-Roc dan atas Polo dalam barisan kereta penumpang keluaran pengeluar itu. SUV urban ini ditawarkan dalam empat varian: S, SE, SEL dan R-Line.

T-CROSS FIRST EDITION

VW T-Cross.09
VW T-Cross.04
VW T-Cross.08

Sebagai pengenalan, Volkswagen turut memperkenalkan T-Cross First Edition edisi terhad, dikeluarkan 250 unit sahaja. Supaya sepadan saiz, dan mampu memberikan penjimatan minyak terbaik, T-Cross dibekalkan enjin 1.0L TSI dalam dua varian berasaskan angka prestasi: 93hp, 175 Nm @ 2,000rpm, dan 113hp, 200Nm @ 2,000-3,500rpm.

Kedua-dua varian kuasa ditawarkan dalam tiga pilihan transmisi: manual 5- atau 6-kelajuan, dan automatik dual-klac DSG 7-kelajuan. T-Cross 93hp mampu memecut 0-100 kmj sepantas 11.5 saat dengan kelajuan maksimum 180kmj, manakala T-Cross 113hp pula dapat memecut 0-100 kmj dalam masa 10.2 saat dengan kelajuan maksimum 193kmj.

Dari segi keselamatan, semua varian dilengkapkan teknologi Bantuan Depan dengan Sistem Brek Kecemasan Bandar dan Perlindungan Pejalan Kaki Prediktif (PPP), Bantuan Lorong dengan Titik Buta, Sistem Kekal Lorong (LKS) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Satu lagi ciri pintar berdasarkan saiz T-Cross yang kompak ialah kerusi belakang boleh gelungsur. Bagi mendapatkan ekstra ruang, penumpang boleh menggelungsurkan kerusi ke belakang, dan jika mahu membawa muatan lebih, anjakkan kerusi ke depan untuk tambahan isian hingga 455 liter.

Varian T-Cross paling premium ialah R-Line dengan rim aloi Navada 18 inci, gaya sporty R-Line untuk luaran dan kabin, dan Paparan Info Aktif (AID). Harga untuk varian ini bermula £23,550 (RM125,200).

Memang menari jika T-Cross dibawa ke pasaran tempatan, dan lebih menarik lagi jika harga ditawarkan setara pesaing lain yang bakal tiba seperti Proton X50 dan beberapa model Asia lain.

BACA >>> Volkswagen Lancar Jenama Baharu, Jetta untuk Pasaran Kereta Aras Mula di China

GALERI
VW T-Cross.03
VW T-Cross.01
VW T-Cross.05
VW T-Cross.06
VW T-Cross.07
VW T-Cross.08
VW T-Cross.09
VW T-Cross.04

Artikel Berkaitan

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Volkswagen, Volkswagen UK, vw, VW T-Cross

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my