Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jentera Lumba Elektrik Ducati V21L Ditambah Baik, Kini Lebih Ringan untuk Kejuaraan MotoE 2025
Auto Terkini

Jentera Lumba Elektrik Ducati V21L Ditambah Baik, Kini Lebih Ringan untuk Kejuaraan MotoE 2025

Abang HirataBy Abang Hirata09/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERKEMBANGAN motosikal lumba elektrik Ducati V21L jarang diceritakan dan ini ialah projek penting untuk Ducati dalam dunia elektrifikasi.

Ducati V21L, yang menjadi prototaip untuk Kejuaraan Dunia FIM MotoE sejak 2023, kini dipersiap untuk memasuki musim perlumbaan ketiga.

Jentera itu dibangunkan sebagai platform untuk mengkaji teknologi alternatif enjin pembakaran dalaman (ICE) dan digunakan terus di medan lumba, iaitu antara ujian paling mencabar.

Dari segi prestasi, Ducati V21L boleh dianggap sebagai jentera MotoGP versi elektrik. Projek tersebut adalah inisiatif eksperimental Ducati dengan pelaburan besar untuk membina asas pengetahuan teknikal kukuh.

Matlamatnya supaya Ducati bersedia apabila teknologi bateri mencapai tahap yang membolehkan penghasilan motosikal elektrik jalan raya yang menepati nilai dan identiti jenama Borgo Panigale.

Seperti dipersetujui FIM dan Dorna, kerja pembangunan Ducati V21L tidak terhenti selepas penyerahan 23 unit motosikal (18 untuk pelumba dan lima sebagai simpanan) kepada sembilan pasukan yang bertanding dalam Kejuaraan Dunia MotoE.

Evolusi model itu bagi musim 2025 melibatkan penambahbaikan menyeluruh membabitkan trenkuasa, elektronik dan aspek casis. Kemas kini tersebut sudah disahkan dalam ujian litar dengan Franco Battaini sebagai pelumba ujian baharu MotoE untuk Ducati bermula tahun ini.

Kemas Kini Bateri dan Berat Motosikal

Pek bateri V21L kini menggunakan sel kimia lebih canggih dan mempunyai kapasiti 5Ah, berbanding 4.2 Ah sebelum ini.

Perubahan ini mengurangkan jumlah sel sebanyak 192 unit, daripada 1,152 menjadi 960 sel, sambil mengekalkan kuasa dan jarak tunggangan motosikal sama.

Pek bateri itu ialah komponen paling berat dan besar dalam motosikal dan direka khas untuk mengikuti bentuk tengah motosikal.

Bagi memastikan agihan berat seimbang, jurutera Ducati memilih mengeluarkan sel daripada setiap enam sel secara sekata yang mengurangkan berat 8.2kg.

Pengurangan berat itu yang mengikut simulasi dapat meningkatkan masa pusingan antara 3 hingga 4 per 10 saat, bergantung litar.

Kemajuan dalam Elektronik dan Kawalan

Sistem Kawalan Traksi (Traction Control) kini boleh dilaras dari selekoh ke selekoh (turn by turn) dan setiap pasukan boleh menetapkan tiga pemetaan berbeza yang boleh dipilih pelumba dengan kalibrasi berbeza mengikut bahagian litar tertentu.

Selain itu, V21L juga dipanjangkan 4mm dengan penggunaan sesendal stereng (steering bushing) baharu, tanpa mengubah sudut miring (trail) yang membuatkan motosikal lebih stabil ketika membrek.

Selain itu, pin swingarm kini boleh dilaras ketinggian yang membolehkan pasukan mengekalkan kesan tarikan rantai tidak berubah apabila menukar nisbah gear dengan menggantikan gear belakang (crown), atau menyesuaikan mengikut keperluan pelumba atau ciri litar.

Rim Belakang Baharu dan Pengurangan Berat

Bermula pusingan kedua kejuaraan di Belanda, semua Ducati V21L akan dipasang rim belakang baharu yang tidak menggunakan damper palsu (false damper) bagi mengurangkan berat motosikal 600 gram.

Pengurangan berat itu penting kerana melibatkan berat tanpa pegas (unsprung mass) yang memberikan manfaat besar dari segi kelincahan dan kawalan.

Dengan semua kemas kini tersebut, berat keseluruhan V21L versi 2025 turun daripada 225kg kepada 216.2kg.

Kalendar Kejuaraan Dunia MotoE 2025 bermula dengan ujian pra-musim pertama pada 11-13 April di Litar Barcelona, Sepanyol sebelum disusuli ujian pra-musim kedua pada 8 Mei di Le Mans, Perancis.

Kejuaraan berkenaan terdiri daripada tujuh pusingan (14 perlumbaan) yang berakhir pada 7-8 November di GP Portugal.

Auto Terkini Ducati Ducati V21L Ducati V21L 2025 MotoE 2025 roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.