Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jarvis: Yamaha Mahu Kalahkan Marquez Musim Ini!
Auto Terkini

Jarvis: Yamaha Mahu Kalahkan Marquez Musim Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DOMINASI Marc Marquez sepanjang aksi Kejuaraan Dunia MotoGP musim lalu tidak perlu dibahaskan lagi. Tentunya musim perlumbaan 2020 akan datang, beliau akan dijadikan penanda aras buat pasukan lain dalam mencapai kemenangan podium.

Bos Yamaha Racing, Lin Jarvis mendakwa pasukannya mampu mengalahkan Marquez berdasarkan perkembangan positif ditunjukkan sejak musim lalu. Beliau yakin Yamaha kini di laluan baharu dan sudah menemui penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi sejak dua tahun lalu.

BACA >>> Rossi: Yamaha M1 yang Laju Perlukan Pelumba Uji Laju Macam Lorenzo

ROMBAKAN KE ARAH LEBIH BAIK

Rombakan demi rombakan dilakukan supaya kekal kompetitif termasuk meletakkan Takahiro Sumi sebagai ketua projek baharu menggantikan Kouji Tsuya. Jarvis juga mengakui Yamaha sudah melakukan banyak perubahan dari segi organisasi dan teknikal.

Jarvis berkata;

“Kalau tengok kedudukan 2018 ketika perlumbaan akhir Valencia, dan kedudukan pada 2019, sejujurnya ​​tak banyak perbezaan dalam hal kedudukan yang dicapai. Tapi aku rasa 2019 sedikit berbeza. Kami berubah, terutama musim sejuk lalu dengan perubahan dalaman yang membawa kami ke jalan baharu.

“Kami perbaiki kesalahan dulu dan itu mendorong kami. Kau dapat lihat (perbezaan) pada separuh kedua musim 2019.”

Tambah Jarvis lagi;

“Ini perubahan terbesar kami. Setiap kali ada pasukan atau perniagaan, kau perlu memanfaatkan semua kemampuan setiap pasukan ataupun individu untuk bekerjasama, aku rasa kami sudah buat semua tu.

“Jika kami dalam kesukaran, kami akan cari penyelesaiannya. Jika penyelesaian bukan bahagian dalam, kami pergi luaran dan itulah perubahan utama kami.”

BACA >>> Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

KALAHKAN MARQUEZ

Walaupun berdepan kesukaran mengenai kontrak barisan pelumba Yamaha  yang akan tamat hujung musim ini, Jarvis dan Yamaha kekal komited menyediakan pakej paling ampuh menentang Marquez.

“Agak sukar pelumba Honda lain menjinakkan motor buas itu (RC213V) dan mengalahkan dia (Marquez). Kena cuba alternatif lain, mungkin gaya berlumba, jentera dan apa saja cara lain. Yamaha pula lebih seimbang dan lebih tepat dari segi jentera.”

“Kami akan kalahkan Marquez dengan cara kami sendiri, tentunya dengan keterampilan pelumba Yamaha,” kata Jarvis, optimis.

BACA >>> Inilah 5 Pilihan yang Rossi Ada Jika Yamaha Tidak Sambung Kontrak MotoGP

2020 MotoGP Kejuaraan Dunia MotoGP Lin Jarvis Marc Marquez MotoGP MotoGP 2020 Pasukan Yamaha MotoGP Sejarah Yamaha Takahiro Sumi Valentino Rossi Yamaha Yamaha Monster Energy Yamaha MotoGP
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.