• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah 5 Pilihan yang Rossi Ada Jika Yamaha Tidak Sambung Kontrak MotoGP

Inilah 5 Pilihan yang Rossi Ada Jika Yamaha Tidak Sambung Kontrak MotoGP

July 23, 2019 By AI Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VALENTINO Rossi menegaskan yang dia tidak akan terganggu dengan 'cakap-cakap' mengenai masa depannya dalam saingan Kejuaraan MotoGP.

Awal pusingan perlumbaan musim ini ialah tempoh yang kurang baik buat juara dunia sembilan kali itu dengan hanya meraih podium di GP Argentina dan GP Amerika Syarikat. Mata dikumpul juga kurang memberangsangkan.

Malah, beliau kini mula dibayangi rakan sepasukan, Maverick Vinales, dan pelumba pasukan satelit, Fabio Quartararo yang sudah tiga kali mendapat kedudukan petak pertama dalam ujian kelayakan bersama pasukan Petronas Yamaha SRT.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Valentino Rossi Dipanggil 'The Doctor'?

Valentino Rossi_2
Valentino Rossi_1

Seperti dijangka, prestasi semasa Rossi, 40, mula mencetuskan perdebatan sama ada pelumba Itali itu perlu menyambung kontrak bersama Yamaha selepas berakhir musim perlumbaan MotoGP 2020.

Namun, menurut bapanya, Graziano Rossi, yang juga seorang pelumba, anaknya buat masa ini belum lagi memberikan sebarang keputusan atau respon, dan hanya mahu fokus berada di depan secara konsisten.

"Vale (Rossi) tak hirau pasal khabar angin itu kerana seperti biasa dia tidak baca apa yang akan merisaukan dirinya.

"Dia kini dalam fizikal hebat dan bukan saya seorang melihatnya. Setiap orang yang rapat dengannya akan cakap macam tu. Ini bukan sebab mood dia tak baik, tapi dia mungkin bimbang sebab ada masalah pada masa-masa sebelum ni. Tapi dia masih bermotivasi," kata Graziano.

BACA >>> Rossi Janji Bangkit Semula di Catalunya, Mahu Lupakan Prestasi Buruk di GP Itali

APA PILIHAN ROSSI SELEPAS 2020?

  1. Sambung Kontrak Lagi - Bukan Yamaha saja, ada banyak pasukan lain yang mungkin berminat dengan Rossi. Jika itu berlaku, maka sukan pemotoran, penaja dan pengendali litar akan menarik nafas lega kerana aset paling bernilai dalam kejuaraan lumba motosikal itu masih lagi mahu berlumba.
  2. Bersara -  Ini memberi ruang kepada pengganti Rossi untuk jadi tajuk utama berita dunia.
  3. Lancar Pasukan MotoGP - Rossi sendiri sudah berjaya dengan pembangunan VR46, manakala MotoGP dan Yamaha mungkin berminat menjadi pelabur. Ada kemungkinan Rossi menyertai operasi bersama Petronas SRT atau.....
  4. Jadi Penasihat Pasukan Satelit Suzuki - Suzuki belum lagi ada pasukan satelit dan memang sedang merancang membangunkan pasukan satelit sendiri. Suzuki juga satu-satunya pengeluar utama yang Rossi belum bekerjasama selepas Aprilia, Honda, Ducati dan Yamaha.
  5. Buka Pusat Perlindungan British Bulldog di Itali - Rossi memang sukakan anjing jenis Bulldog dan beliau sendiri ada memiliki tiga haiwan itu. Hmm...

BACA >>> #MotoGP2019: Marquez Selesa di Argentina, Rossi Raih Podium Pertama

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, Graziono Rossi, MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, Rossi 40 Tahun, Valentino Rossi, Valentino Rossi Berlatih, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
    #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my