Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Valentino Rossi Dipanggil ‘The Doctor’?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Valentino Rossi Dipanggil ‘The Doctor’?

AryonBy Aryon30/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEKANDA Valentino Rossi ialah juara dunia motosikal Grand Prix sembilan kali, dan tujuh daripada kejuaraan diraihnya adalah daripada kelas premier.

Walaupun sudah berusia 40 tahun, Rossi nampaknya masih mencabar, dan tahap kompetitif ditunjukkan beliau bukan biasa-biasa dengan kemampuan mencabar podium dan berentap sengit dengan pelumba yang jauh lebih muda. Kontrak beliau bersama Yamaha akan berakhir penghujung tahun depan.

BACA >>> Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

Walaupun muncul bintang baharu seperti adinda Marc Marquez, tetapi Rossi kekal sebagai pelumba paling popular atas trek. Peminat pelumba Itali itu bukan saja terdiri daripada kalangan penyokong lama sejak era kegemilangannya lebih dua dekad lalu, tetapi juga generasi baharu yang lebih muda.

Tetapi pernahkah anda tertanya, daripada manakah datangnya gelaran ‘The Doctor’? Kenapa Rossi digelar ‘The Doctor’? Adakah beliau seorang pengamal perubatan? Atau memiliki sekeping sijil Ijazah Kedoktoran dari mana-mana universiti? Ataupun bekas banduan dengan rekod ketagihan dadah?

Salah satu teori disebut kalangan peminatnya, Rossi menggelarkan dirinya sebagai ‘The Doctor’ kerana profesion itu sangat dihormati di Itali. Lalu gelaran itu dijadikan panggilan nama jokinya setiap kali dia berlumba ketika usia muda dulu.

Rossi juga kerap berseloroh yang dia ialah ‘The Doctor’  kerana di Itali, nama Rossi ialah antara nama keluarga (surname) yang ramai menjadi doktor di negara Eropah itu.  Kalau di Malaysia, anda tentu perasan doktor Cina ramai memiliki nama keluarga ‘Wong’, atau doktor ‘Amir’ di kalangan orang Melayu/Muslim. Ada persamaankan?

BERAPAKAH NILAI KEKAYAAN ROSSI?

Kekayaan Rossi dianggar bernilai AS$140 juta (RM580 juta) yang diraihnya daripada kontrak lumayan Yamaha hingga penghujung musim 2020. Dia juga mengumpul pendapatan besar daripada jualan aksesori dan barangan atas namanya. Malah berjaya menjadikan VR46 sebagai satu jenama.

BACA >>> Sut Lumba Dainese D-Air dengan Pilihan Edisi Rossi

Ini termasuk beberapa bayaran eksklusif daripada penaja seperti Monster Energy (minuman tenaga), Oakley (kaca mata) dan Bridgestone (tayar).

VALENTINO ROSSI aka ‘THE DOCTOR’

UMUR: 40
TARIKH LAHIR: 16 Februari 1979
TINGGI: 182sm
BERAT: 67kg
TEMPAT LAHIR: Urbino, Itali

SUMBER: DailyStar

Gelaran MotoGP sukan permotoran The Doctor Valentino Rossi VR46
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Kini Pendahulu Bersama Siri 24H Eropah – Bangkit Raih P4 di Spa

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.