Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Jambatan Øresund yang ‘Lesap’ Ini Ambil Masa 63 Tahun Sebelum Jadi Kenyataan
Autotainment

Jambatan Øresund yang ‘Lesap’ Ini Ambil Masa 63 Tahun Sebelum Jadi Kenyataan

Han OthmanBy Han Othman03/01/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://dominaromundo.files.wordpress.com/2010/01/oresund.jpg
TAHUKAH anda, antara Denmark dan Sweden ada sebatang jambatan ‘lesap’ dinamakan Jambatan Øresund. Tetapi, jambatan itu bukan betul-betul lesap, cuma bersambung dengan terowong bawah air hingga menampakkan ia seolah-olah terputus jalan tiba-tiba.

Dari pesisir pantai, Jambatan Øresund adalah seperti binaan jambatan normal lain. Bagaimanapun, anda akan dapati jambatan itu mula kelihatan lesap atau terkandas tiba-tiba di hujungnya.

Idea membina jambatan menyeberangi Selat Øresund yang menjadi pemisah sempadan Denmark-Sweden diusulkan oleh sebuah konsortium kejuruteraan seawal 1936. Namun, menemui jalan buntu apabila mendapati ia bukanlah semudah disangka kerana ada pelbagai halangan perlu dihadapi. Antaranya bantahan tentang kedudukan, bentuk, dan paling penting pembinaan tersebut bertembung pula dengan pelbagai projek jalan raya lain.

TERLAKSANA SELEPAS LEBIH 60 TAHUN

Bagaimanapun, jambatan itu hanya diluluskan pada 1973, tetapi terpaksa dibatalkan pula pada 1978 atas sebab isu alam sekitar dan ekonomi. Akhirnya pada 1991, barulah satu perjanjian baharu dimeterai yang membuatkan semua orang dapat menarik nafas lega.

Projek pembinaan bermula pada 1995 dan siap sepenuhnya pada 14 Ogos 1999. Jambatan Øresund dibuka kepada lalu lintas pada 1 Julai 2000.

Jambatan Øresund menggabungkan laluan jalan raya dan rel kereta api menyeberangi Selat Øresund antara Denmark dan Sweden. Panjang jambatan berkenaan ialah 8km dari pesisir pantai Sweden hingga pulau buatan Peberholm di pertengahan selat. Kemudian, jambatan itu bersambung pula dengan terowong bawah air – Terowong Drogden – sepanjang 4km dari Peberholm ke Pulau Amager di Denmark.

Jambatan Øresund turut menerima Anugerah Struktur Terhebat IABSE (Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur) 2002, yakni sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Zurich, Switzerland.

GALERI

SUMBER:
Twistedsifter.com
Wikipedia
Oresundsbron.com

autotainment Denmark IABSE jambatan Øresund Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur Sweden terowong bawah air
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

1 Comment

  1. Mahadi on 20/08/2021 19:36

    Very good

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.