Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jalan Bukit Bintang Ditutup 1, dan 3 Januari 2026 Sempena ‘I Lite U’
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup 1, dan 3 Januari 2026 Sempena ‘I Lite U’

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam31/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jalan Bukit Bintang ditutup 1 dan 3 Januari 2026 sempena ‘I Lite U’

BEBERAPA jalan utama sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur akan ditutup sementara pada 1 dan 3 Januari 2026 bagi memberi laluan penganjuran festival ‘I Lite U’, iaitu acara pembukaan rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Penutupan Jalan Sempena Tahun Baharu

Seperti kebiasaan, Jalan Bukit Bintang akan ditutup sepenuhnya sempena sambutan Ambang Tahun Baharu, bermula jam 5 petang pada 31 Disember 2025 hingga 2 pagi, 1 Januari 2026.

Jalan Bukit Bintang ditutup 1 dan 3 Januari 2026 sempena ‘I Lite U’

Bagi sesi raptai festival ‘I Lite U’, jalan yang sama akan ditutup bermula 6 petang pada 1 Januari hingga raptai selesai. Seterusnya, penutupan terakhir akan dilaksana pada 3 Januari dari jam 7.30 malam hingga 10 malam bagi penganjuran acara sebenar.

Perarakan Budaya Sepanjang Jalan Bukit Bintang

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, festival tersebut merangkumi dua komponen utama.

Acara ini melibatkan majlis pembukaan yang diadakan dalam Pavilion Kuala Lumpur dan majlis pelancaran yang menampilkan perarakan kebudayaan sepanjang Jalan Bukit Bintang,” katanya.

Beliau memaklumkan seramai 20 kontinjen, termasuk tujuh pancaragam, akan menyertai perarakan sejauh 900 meter, bermula Pavilion Kuala Lumpur hingga Hotel Federal, melibatkan persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

Laluan Terlibat, Pengurusan Trafik

Jalan Bukit Bintang ditutup 1 dan 3 Januari 2026 sempena ‘I Lite U’

Mohd Zamzuri berkata, pengurusan Pavilion bersama pihak penganjur akan menyediakan pelekat parkir khas untuk kenderaan VIP dan VVIP, manakala penutupan jalan akan diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam hantaran Facebook memaklumkan penutupan jalan sempena festival ‘I Lite U’ akan melibatkan:

  • 1 Januari: Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail dari jam 6 petang hingga 11 malam
  • 3 Januari: Laluan sama dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penganjuran acara.

SUMBER: Bernama

ambang tahun baru 2026 festival 'I Lite U' jalan bukit bintang Pavilion Kuala Lumpur Penutupan jalan
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.