Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»JAECOO J5 Didedah Menjelang Pelancaran, Harga Anggaran RM110k
Roda4

JAECOO J5 Didedah Menjelang Pelancaran, Harga Anggaran RM110k

Han OthmanBy Han Othman08/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

OMODA | JAECOO Media Appreciation Night

OMODA | JAECOO Malaysia rasmi memulakan kiraan detik terakhir menuju pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B terbaharu, JAECOO J5, yang dijangka membuat kemunculan rasmi di pasaran tempatan beberapa minggu lagi.

Menjelang pelancaran tersebut, jenama itu mendedahkan anggaran harga RM110,000 untuk JAECOO J5, selain memperkenalkan pakej ganjaran ‘Super Early Bird’ bernilai RM8,888 buat pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi bulan depan.

Ganjaran Super Early Bird RM8,888 untuk Tempahan Awal

JAECOO J5
JAECOO J5

Sebagai tarikan utama fasa pra-pelancaran, JAECOO J5 ditawarkan dengan pakej eksklusif bernilai keseluruhan RM8,888, terdiri:

  • Insurans tahun pertama (anggaran RM3,000)
  • Aksesori eksklusif JAECOO bernilai RM2,000
  • Rebat Tahun Baru Cina ‘Angpow’ RM3,888

Langkah itu dilihat usaha agresif OMODA | JAECOO untuk menarik minat pembeli awal dalam segmen SUV kompak premium yang semakin kompetitif.

Aksesori Eksklusif ‘Urban Explorer’

OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night

Sebahagian pakej Super Early Bird ialah Accessories Trio Jaecoo J5, yang direka seiring imej JAECOO J5 sebagai SUV ‘Urban Explorer’ untuk kegunaan harian dan gaya hidup aktif seperti:

  • Subwufer kereta untuk pengalaman audio lebih imersif
  • Mikrofon karaoke wayarles yang menjadikan kabin sebagai ruang hiburan bergerak
  • Lampu suluh multifungsi, sesuai untuk aktiviti luar dan situasi kecemasan

Persediaan Rangkaian Jualan, Servis 2026

Pada masa sama, OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan peluasan rangkaian jualan dan servis secara besar-besaran. Selepas mencapai 50 pengedar sah pada 2025, jenama itu menyasarkan 65 lokasi seluruh negara menjelang 2026.

Perkembangan itu bertujuan menyokong komuniti sedia ada yang kini melebihi 25,000 pemilik, selain memastikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan premium lebih mudah diakses seluruh Malaysia.

Peralihan Kepimpinan, Hala Tuju Baharu

OMODA | JAECOO Media Appreciation Night

Pengumuman tersebut dibuat di majlis penghargaan media Media Appreciation Night, yang turut menyaksikan pelantikan Chris Tan sebagai Ketua OMODA | JAECOO Malaysia.

Chris Tan berkata, pelancaran JAECOO J5 adalah permulaan kepada pelan lebih besar bagi 2026, dengan beberapa model baharu dijangka diperkenalkan pada suku ketiga dan keempat tahun ini, termasuk dalam segmen SUV premium dan elektrifikasi.

Model Lain Turut Terlibat Dalam Ganjaran Awal

JAECOO C9 PHEV

Selain JAECOO J5, OMODA C9 PHEV turut menerima insentif awal berupa:

  • Rebat Tahun Baru Cina RM3,888
  • Kabel beban kepada kenderaan Vehicle-to-Load (V2L) PERCUMA

Jumlah nilai ganjaran JAECOO C9 PHEV dianggarkan bernilai RM4,618, sekali gus mengukuhkan penawaran jenama itu dalam segmen SUV elektrifikasi.

Pandu Uji Sudah Dibuka

Logo OMODA | JAECOO

Kepada pelanggan yang mahu merasai sendiri JAECOO J5, pandu uji rasmi kini dibuka di pengedar terpilih, manakala kempen jualan Tahun Baru Cina OMODA | JAECOO Malaysia akan berlangsung sehingga 28 Februari 2026.

Pelancaran JAECOO J5 dan OMODA C9 PHEV dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan jenama itu pada 2026, dengan fokus kepada rekabentuk premium, teknologi moden dan pengalaman pemilikan lebih menyeluruh.

JAECOO J5
JAECOO J5
JAECOO C9 PHEV
JAECOO C9 PHEV
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
JAECOO J5
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
JAECOO C9 PHEV Jaecoo J5 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Omoda | Jaecoo Omoda | Jaecoo Malaysia Roda4 Super Early Bird
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.