Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu Malaysia Sedia Portal Khas untuk Trak Pikap D-Max Serba Baharu Demi Pelanggan
Auto Terkini

Isuzu Malaysia Sedia Portal Khas untuk Trak Pikap D-Max Serba Baharu Demi Pelanggan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KISAH ketibaan trak pikap Isuzu D-Max Serba Baharu sebenarnya agak menarik. Kenderaan itu dilancar semasa negara berdepan krisis kesihatan Covid-19 tetapi muncul menjadi antara model mendapat sambutan tempahan luar biasa sejak tiga bulan lalu.

Trak pikap itu juga membantu Isuzu Malaysia berada di tangga kedua carta jualan meskipun banyak bilik pameran dan operasi jualan tidak dibenarkan beroperasi mengikut strategi program Pelan Pemulihan Negara (Fasa 1 dan Fasa 2).

Bagi memastikan pelanggan dapat akses mencari trak pikap berkualiti tinggi, Isuzu Malaysia membawa bilik pameran maya terus ke rumah anda. Pelanggan cuma perlu melayari laman web interaktif pickuptruck.isuzu.net.my untuk menyaksikan segala aspek kecanggihan yang mudah digunakan.

Ini termasuk bilik pameran berkonsep Augmented Reality 360º yang mendedahkan perincian aspek rekaan dan kelengkapan yang ada pada Isuzu D-Max Serba Baharu. Anda juga boleh buat pilihan dengan lebih tenang sebelum membuat janji temu secara online untuk pandu uji.

Slot pandu uji ini bukan bermaksud memandu kenderaan secara maya seperti permainan video tetapi kenderaan sebenar pilihan anda akan dibawa ke suatu lokasi pilihan selamat dan silalah pandu. Kami yakin syarat ini sudah tentu tertakluk kepada situasa semasa dan patuh arahan tetapan Kerajaan.

Ketua Pegawai Operasi bagi Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, Isuzu D-Max baharu berja menarik perhatian dan minat pasaran yang disaksikan dengan peningkatan mendadak tempahan sejak tiga bulan lalu.

“Pelancaran Isuzu D-Max terbaru dalam waktu pandemik telah memaksakan perubahan terhadap cara kami membawakan model baru kepada pelanggan berpotensi ketika ini.

“Dalam usaha untuk menyesuaikan cara kerja dengan keadaan baru ini, kami perlu sentiasa bersedia untuk beradaptasi terhadap situasi dan mencari jalan baru untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan,” katanya.

Khabarnya, Isuzu Malaysia menerima 500 unit tempahan trak D-Max sebulan sejak pelancarannya! Syarikat sedang berusaha untu memastikan semua unit diserah kepada pelanggan dalam keadaan selamat.

Bagi tujuan servis dan penyelenggaraan kenderaan, pelanggan disarankan untuk membuat janji temu dengan pihak pengedar rasmi lebih awal dan ini termasuk memperoleh slot yang diingini.

Tujuannya untuk memendekkan tempoh anda menunggu serta memastikan proses lebih lancar. Bagi pihak pengedar pula, semua kerja dalam dilakukan dengan lebih cekap pada satu-satu masa.

“Disebabkan peraturan operasi perniagaan yang lebih ketat, terutama melibatkan logistik sejak beberapa bulan sebelum ini. Usaha utama kami selepas ini adalah untuk menyerahkan kenderaan baharu terbabit dengan cara paling selamat kepada pemilik dan dalam masa seberapa cepat yang mungkin.

“Kami berharap semua pelanggan kekal bersabar serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan menjamin pengalaman yang lebih menyenangkan untuk semua,” tambah Sogo.

Sogo (gambar atas) yang berumur 43 tahun sebenarnya pengganti kekosongan Masayuki Suzuki yang sudah kembali ke Jepun untuk berkhidmat di negara Matahari Terbit.

Berbekalkan khidmat empat tahun selaku Pengurus Besar Isuzu Malaysia, Sogo sudah memahami selok belok industri dan pasaran Malaysia. Sebelum ini beliau bertanggungjawab memantau operasi Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan dan alat ganti.

Graduan Universiti Keio itu memulakan kerjaya dalam sektor automotif  bersama Mitsubishi Corporation pada 2001 dan menyertai Isuzu sejak tujuh tahun lalu.

Pelantikan menjawat tugas Ketua Pegawai Operasi akan memastikan pertumbuhan berterusan bisnes  Isuzu di Malaysia serta pengalaman selepas jualan yang lebih positif kepada pelanggan Isuzu.

BACA >>> Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!
BACA >>> UD Trucks Kini Milik Isuzu Motors
BACA >>>Trak Isuzu Paling Laris di Malaysia Sepanjang 2020, Kekal Rekod 7 Tahun Berturut-Turut
BACA >>> Mazda Perkenal BT-50 (2020) Serba Baharu, Direka Semula Guna Platform Isuzu
BACA >>> #BikinKereta: Isuzu D-Max GO2 yang Dibikin Jadi Trak Pikap Off-Road Tulen

Isuzu D-Max Isuzu Malaysia Kenkichi Sogo Masayuki Suzuki Pelan Pemulihan Negara Universiti Keio
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.