Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BikinKereta: Isuzu D-Max GO2 yang Dibikin Jadi Trak Pikap Off-Road Tulen
Roda4

#BikinKereta: Isuzu D-Max GO2 yang Dibikin Jadi Trak Pikap Off-Road Tulen

Abang HirataBy Abang Hirata29/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA pengeluar menggunakan konsep sporty untuk menunjukkan kemampuan kereta penumpang mereka, trak pikap pula mesti dipamerkan mengikut tema lasak dan off-road.

Inilah dilakukan Isuzu UK menerusi projek khas D-Max GO2 untuk menunjukkan potensi D-Max yang diubah suai bagi kegunaan off-road tulen. Projek tersebut menggunakan varian Utah berwarna Splash White (putih) dengan transmisi manual dan dilengkapi pelbagai aksesori Isuzu dan barangan aftermarket.

BACA >>> #BikinKereta: Isuzu D-Max dengan Lima Pengecas Turbo Mengalahkan Bugatti Chiron

Nama GO2 dipilih bagi menonjolkan kebolehan trak pikap itu meredah pelbagai kondisi jalan, termasuk yang tidak boleh dilakukan trak pikap lain.

Bahagian depan seperti lampu utama projektor dan lampu siang (DRL) LED masih standard seperti D-Max Utah, begitu juga bampar asal. Namun, ada sedikit pengubahsuaian dilakukan bahagian depan untuk memuatkan pengadang atau bampar tambahan ARB Sahara.

Bampar tugas berat itu berfungsi mencegah kerosakan badan trak pikap, menolak dahan kayu dan halangan lain sepanjang pemanduan off-road. Di sebalik bampar itu dipasangkan win kuas, Britpart Pulling Power Winch dengan daya tarik lebih 4 tan.

Bahagian bawah dilengkapkan kit perlindungan penuh bagi melindungi enjin dan transmisi. D-Max keluaran kilang sudah mempunyai pelindung standard untuk tangki minyak, tetapi trak pikap konsep ini ditambahkan pelindung diferensial belakang.

Lampu kabus tiada fungsi kritikal ketika off-road dan digantikan dengan lampu sebaris atas bumbung daripada Lazer untuk suluhan lebih jelas pada bahagian depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

BERIKUT KOMPONEN MENARIK ISUZU D-MAX GO2

  • Snorkel Safari.
  • Pemijak sisi tugas berat dengan corak dam (chequered plate).
  • Rim aloi asal 18 inci digantikan rim lebih kecil 16 inci dan tayar ‘gemuk’ 33 inci General Grabber X3 Mud Terrain.
  • Sistem brek Pedders – Bahagian depan jenis tugas berat dengan cakera lelubang.
  • Brek dram standard belakang diganti dram Pedders dan kombinasi brek cakera.
  • Suspensi asal ditukar kepada Pedders TrakRyder eXtreme – Ada dua spring boleh laras di depan dan dua spring dedaun (leafspring) di belakang dengan absorber boleh laras.
  • Wishbone atas bahagian depan digantikan Pedders TrakRyder untuk pergerakan suspensi lebih baik dan palang antioleng belakang juga ditukar kepada jenama Pedders untuk mengawal olengan.
  • Badan ditinggikan untuk pemanduan lebih baik ketika off-road.
  • Diferensial belakang jenis boleh kunci untuk kegunaan lebih baik ketika off-road. 
  • Kedua-dua tayar belakang dikunci supaya dapat membelok pada kadar sama selain meningkatkan cengkaman ketika memandu atas permukaan mencabar.
  • Bampar tugas berat ARB. Sensor parkir pada bampar belakang terpaksa ditanggalkan, manakala kamera undur asal dikekalkan.
  • Pintu but dengan bukaan perlahan Pro-Lift.
  • Penutup but boleh tarik  dan dikunci Mountain Top.
  • Sistem laci aluminium ala kabinet pada ruang but.
  • Pelapik getah untuk melindungi lantai pikap.
  • Sistem entri tanpa kunci (keyless entry) dengan butang tekan mula (push start button).
  • Balutan kerusi tugas berat untuk tempat duduk depan dan belakang.

Selain ciri di atas, D-Max Utah asal dilengkapi penyaman udara automatik, skrin sentuh 7 inci, navigasi satelit, konektiviti Apple CarPlay, Android Auto, dan Bluetooth dengan radio siaran audio digital (DAB), lapan pembesar suara dan port USB di depan dan belakang.

Isuzu tidak mendedahkan kos dilaburkan untuk projek tersebut, tetapi apa yang pasti modifikasi trak pikap itu kepada unit off-road penuh menelan belanja tinggi.

Ini secara langsung memenuhi matlamat utama Isuzu UK, iaitu menunjukkan potensi D-Max untuk bersaing dengan trak pikap popular lain.

BACA >>> Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

GALERI
Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max GO2 Isuzu D-Max Utah Isuzu UK Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo V 2026
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

    11/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026
    Roda4

    Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

    11/05/2026
    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.