Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Safir di UK, Cuma 10 Unit, Harga RM242k!
Roda4

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Safir di UK, Cuma 10 Unit, Harga RM242k!

Abang HirataBy Abang Hirata06/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRAK pikap Isuzu D-Max ada ramai kelompok peminat tersendiri. Tidak seperti jenama pikap lain yang mengeluarkan kenderaan penumpang, tetapi Isuzu yang menghasilkan D-Max ialah pakar kenderaan komersial. Anda memang tidak akan berjumpa dengan kereta penumpang Isuzu kecuali lori, kenderaan utiliti sukan (SUV), pikap dan trak pikap seperti D-Max sendiri.

Selain Thailand, yang menjadi hab trak pikap antarabangsa, permintaan kenderaan segmen ini di negara maju seperti Britain tidak kurang hebatnya. Terbaharu Isuzu mengumumkan D-Max Arctic Trucks AT35 Safir pada Pameran Kenderaan Komersial (CV Show) 2019, di Birmingham, England.

BACA >>> 7 Fakta Pantas: Isuzu D-Max X-Series Edisi Terhad di Malaysia – RM118k, 210 Unit Sahaja

Tampil garang, Safir hanya dikeluarkan dalam jumlah, iaitu 10 unit sahaja dan setiap satu diberikan nombor siri khas.

Safir sebenarnya ialah versi baharu kepada trak pikap popular Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Double Cab Automatic yang menyerlah dengan warna Sapphire Blue Mica.

CIRI ISUZU D-MAX ARCTIC TRUCKS AT35 SAFIR

  • Bar sport belakang berwarna perak.
  • Pelindung bawah aluminium khas Safir.
  • Dua set lampu Lazer Lights pada bampar dan bumbung.
  • Rim aloi 17” x 10” AT dengan kemasan Hyper Dark.
  • Kerusi balutan kulit khusus Isuzu D-Max Arctic Trucks dengan sulaman biru.
  • Stereng berbentuk ‘D’ ala kereta sport dengan balutan kulit dan suede, serta sulaman sapphire blue.
  • Skrin sentuh 9 inci dengan logo Arctic Trucks, 9 pembesar suara, subwufer dan slot HDMI serta pengecas wayarles.
  • Kamera pada bampar depan untuk memantau kawasan titik buta.

Selain ciri di atas, D-Max Arctic Trucks Safir mempunyai keupayaan tundahingga 3.5 tan untuk pelbagai fungsi. Isuzu turut menawarkan waranti sejauh 200,000km atau 5 tahun, termasuk 5 tahun bantuan jalanan di seluruh Britain dan Eropah.

D-Max Arctic Trucks Safir ditawarkan pada harga £45,000 (RM242,000). Harga pikap di Britain tinggi disebabkan dasar cukai berbeza berbanding negara Asean.

BACA >>> Isuzu D-Max dan MU-X 1.9 Ddi Sah Masuk Malaysia Tahun Ini

GALERI
Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max Arctic Trucks Safir Isuzu UK pickup truck pikap Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.