Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isu Beg Udara Takata: PHSAM Panggil Balik 2,297 Unit Audi di Malaysia
Auto Terkini

Isu Beg Udara Takata: PHSAM Panggil Balik 2,297 Unit Audi di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman18/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengeluarkan notis panggil balik kepada pemilik Audi supaya segera mengunjungi mana-mana Pusat Servis Audi terdekat untuk kondisi kenderaan yang dikhuatiri terlibat masalah beg udara Takata.

Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet dan A5 Sportback yang dihasilkan antara 2009 dan 2012, termasuk Audi TT dan R8 (21014-2017) yang mana beg udara Takata dipasang pada bahagian pemandu.

Program panggil balik itu turut membabitkan beg udara Takata untuk penumpang depan model Audi A4, A4 Cabriolet dan A6 keluaran antara 2005 dan 2011.

Setakat ini, tahap penukaran cuma 25 peratus, iaitu 569 unit daripada jumlah keseluruhan. Menurut maklumat disediakan Takata, generator gas beg udara depan Takata yang terjejas berisiko pecah apabila diaktifkan ketika kemalangan apabila bahan dorong di dalam mengalami tanda degradasi disebabkan kondisi sekeliling ekstrem.

Akibatnya, serpihan besi daripada gas generator boleh menerjah masuk kabin hingga mendatangkan kecederaan parah ke atas penumpang.

Justeru, pemilik dinasihatkan memeriksa dan menggantikan beg udara secepat mungkin di Pusat Servis Audi bagi memastikan kenderaan berfungsi mengikut standard keselamatan terbaik.

Bergantung pemasangan beg udara Takata dan model kereta, komponen bahan dorong atau modul penuh pemacu beg udara terbabit perlu diganti percuma.

Sebagai tanda penghargaan, pemilik juga akan menerima pemeriksaan 20 poin secara percuma. Pelanggan boleh menyemak status kenderaan masing-masing di laman web Audi dengan memasukkan nombor pengenalan kenderaan (VIN) yang tertera pada bahagian bawah kiri cermin utama.

Selain itu, pemilik juga boleh menghubungi Audi Customer Service di talian 1-800-22-2834, e-mel ke
info@phsautomotive.com.my atau kunjungi mana-mana Audi Centre terdekat untuk mendapatkan janji temu
pemeriksaan percuma dan penggantian jika perlu.

Auto Terkini Beg udara takata Panggil Balik PHS Automotive Malaysia (PHSAM) PHSAM
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

05/06/2026
Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
Auto Terkini

Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.