Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah ‘Superwoman’ di Sebalik Rekaan Produk Givi yang Mengancam
Auto Terkini

Inilah ‘Superwoman’ di Sebalik Rekaan Produk Givi yang Mengancam

Abang GYLBy Abang GYL12/08/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBUT saja Givi, kami yakin ramai kalangan pembaca tahu tentang jenama aksesori motosikal terkenal dari Itali itu. Kotak simpanan barang dan baju hujan adalah antara dua produk utama yang sering dikaitkan dengan jenama Givi.

Namun siapa sangka baju hujan dan kotak simpanan barang Givi adalah hasil rekaan seorang pereka wanita. Ya, kotak simpanan barang, baju hujan dan produk Givi lain yang anda sedang gunakan sekarang direka anak tempatan, Rozaida Ahmad Zaki, 31, yang menyertai Givi Asia Sdn Bhd sebagai pereka grafik sejak 2009.

TIADA YANG MUSTAHIL

kotak simpan barang Monolock B32 Bold Givi
kotak simpan barang Monolock B32 Bold Givi

Dengan memegang prinsip tiada apa yang mustahil, anak gadis asal Kuala Kangsar, Perak itu kini memegang jawatan sebagai Ketua Pereka Grafik Givi yang berlokasi di Bukit Beruntung, Rawang.

Memang agak mencabar apabila saya mula menyertai Givi. Saya perlu belajar semua perkara daripada A hingga Z. Alhamdulilah, pasukan sedia ada banyak mengajar dan membantu saya selama bersama di Givi.

“Dalam melakukan sesuatu perkara, jangan cepat mengalah. Jika jatuh, kita bangun semula dan paling penting jangan ulangi kesilapan sama. Itulah prinsip saya.

“Paling seronok dan rasa berbaloi, produk yang kami cipta diterima ramai. Itu sudah cukup membuatkan saya puas hati apabila pengguna hargai produk ciptaan kami.”

Rozaida, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM), turut menjadikan kerjaya diri sebagai sebahagian keseronokkan. Tambahnya, seseorang itu perlu seronok ketika melakukan sesuatu kerja. Paling penting, seseorang itu mesti suka mencabar diri sendiri dan dengan cara begitulah dia mampu maju ke hadapan.

BACA >>> Kotak Simpan Barang Givi Monolock B32 Bold Lebih Menarik & Tahan Lasak – Harga RM222 Seunit

KERJA MESTI ‘ENJOY’

Produk Givi pertama yang saya reka ialah baju hujan RR02. Lebih seronok, baju hujan Givi rekaan saya dan pasukan turut digunakan Givi Itali. Produk paling susah pula ialah kotak simpanan barang kerana pembuatan atau penghasilan rekaan produk itu agak teknikal.

“Terkini, kami perkenal kotak simpanan barang Monolock B32N Bold dengan rekaan lebih sporty dan selamat. Produk ini sesuai digunakan semua motosikal berkapasiti bawah 250cc, terutama kapcai.

“Berbanding kotak simpanan barang Givi terdahulu, Monolock B32N Bold hadir dengan rekabentuk petak selain menampilkan sistem kunci baharu yang lebih selamat. Hanya sekali tekan, kotak simpanan barang Monolock B32N Bold boleh dikunci tanpa perlu guna kunci,” kata Rozaida.

MESTI BERANI, JANGAN TAKUT

Buat kaum hawa di luar sana, Rozaida sempat berpesan supaya mereka lebih berani mencuba dan jangan takut untuk menceburi bidang automotif walaupun didominasi golongan lelaki.

BACA >>> #RetroAuto: Wanita Cetus Idea Radio Kereta, Kononnya ‘Dating’ Lebih Romantik

Cerita mengenai Rozaida memang cukup mengujakan kami di PanduLaju, apatah lagi sosok dirinya sebagai wanita Malaysia! Lagipun, pembabitan wanita dalam dunia automotif bukanlah perkara pelik jika anda pernah membaca banyak artikel yang kami pernah siarkan sebelum ini.

Tahniah dan syabas kepada Rozaida kerana menyediakan produk berkualiti dan menarik kepada rakyat Malaysia!

aksesori autotainment baju hujan givi Gadis Givi GIVI ketua pereka Givi kotak simpan barang Givi Monolock B32 Bold roda2 Rozaida Ahmad Zaki
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.