KITA mungkin sudah biasa mendengar alasan kenapa pengguna memilih perkhidmatan kenderaan penumpang seperti GrabCar atau Uber, tetapi PanduLaju kali ini akan berkongsi temu bual dengan seorang bekas pemandu teksi yang kini berhijrah kepada GrabCar.
Hanya mahu dikenali sebagai Hanif, bekas pemandu teksi bajet Kuala Lumpur berusia pertengahan 30-an ini meluangkan masa hampir sejam bercerita kepada kami mengenai sebab-sebab dia beralih arah daripada pemandu teksi kepada GrabCar. Sebagai makluman, segala perbualan di bawah sudah disunting dan diolah semula bagi memudahkan pemahaman pembaca dan kami tidak dibayar untuk menyebelahi mana-mana pihak.
Ingat motto PanduLaju, Automotif Telus dan Tulus!
Sudah berapa lama abang bawa teksi?
Tidaklah lama sangat. Sejak 2012.
Bila pula masuk GrabCar?
Baru saja tiga bulan.
Mana lagi untung, GrabCar atau Teksi?
Sebenarnya, untung lebih kurang sama saja. Cuma bawa teksi ni leceh, banyak masalah dan kerenah. GrabCar lebih mudah.
Kenapa pula untung GrabCar dan Teksi lebih kurang sama saja?
Banyak kira-kiranya sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Contohnya; tambang teksi lebih mahal dan kos minyak rendah sebab pakai gas (NGV), tetapi kekurangan teksi ialah pemandu macam abang dulu kena bayar 40 ringgit sehari kepada syarikat teksi, bersamaan RM1,200 sebulan. Kerja atau tak kerja mesti kena bayar.
GrabCar pula tambangnya murah sedikit dan kos minyak tinggi sebab guna petrol. Tapi bagusnya, abang tak perlu lagi nak bayar bulan-bulan. Kos petrol abang buat GrabCar sekarang ini pun tak cecah sampai RM1,200 sebulan. Kalau ada rezeki lebih, insya-Allah abang akan pasang tangki NGV.
Keseluruhannya, selepas ditolak campur, sama sahaja keuntungannya.
Bukankah GrabCar pun ada kenakan caj?
Memang ada. Tapi GrabCar tidaklah letak caj tetap 40 ringgit sehari macam syarikat teksi. Caj dikenakan bagi setiap trip penghantaran sahaja. Contohnya, kalau trip tu abang dapat RM10, GrabCar akan ambil 20 peratus atau RM2. Tapi, kalau tak buat apa-apa trip, mereka tak caj apa-apa pun. Cara GrabCar macam lebih adil.
Apa yang tidak adil dengan teksi?
Iyalah, kami bukan robot. Ada masa kami sakit, ada masa kami ada urusan peribadi dan keluarga serta hal-hal kecemasan. Bayangkan masa bawa teksi dulu abang pernah terlantar sakit selama seminggu. Sebaik saja sembuh terus kerja macam nak gila sebab fikir nak kejar 40 ringgit sehari yang sudah tertangguh seminggu. Hati rasa berat, tak tenang. Bila buat GrabCar, kalau ada hal kecemasan tak adalah kepala asyik fikir nak bayar duit bulan-bulan kat orang lain. Nak pergi bercuti pun senang.
Bukankah bayaran bulanan teksi itu boleh dianggap sama saja dengan komitmen lain macam ansuran kereta dan pinjaman perumahan?
Macam sama tapi tak sama. Ansuran kereta atau apa-apa pinjaman ialah komitmen yang kita cari sendiri dan boleh dielakkan. Ada pilihan di situ. Sebaliknya, teksi ialah benda (medium) kami cari makan. Macam orang kerja ofislah, mereka bekerja guna laptop atau komputer. Kalau kita bos, takkanlah kita nak suruh staf bayar sewa laptop? Nak caj boleh. Tapi berpada-padalah, mesti ada timbang rasa.
Kalau tak silap, pemandu teksi diberikan tempoh masa sebelum status teksi diubah kepada pemilikan individu. Tak perlu lagi bayar kepada syarikat teksi?
Ya, tapi tempoh tersebut agak lama dan meletihkan. Ramai yang surrender. Ikut oranglah. Orang macam abang memang tak tahan. Mungkin sebab kena ikut banyak peraturan (gelak).
Peraturan macam mana?
Kena buat pemeriksaan Puspakom, kena pakai kemeja putih, kena bayar bulan-bulan. Kereta mesti kena standard. GrabCar tak wajibkan semua itu. Mereka cuma kenakan syarat usia kereta mesti tidak lebih lima tahun. Duit pengeras (deposit) pun tak ada.
Kalau tak ada pemeriksaan Puspakom bermakna kereta pemandu GrabCar tidak selamat?
Logiknya, mana satu lebih selamat, kereta berusia bawah lima tahun atau teksi berusia 20 tahun yang Puspakom periksa? Itu baru isu selamat, sekarang jawap pula soalan ini, mana lagi selesa, kereta lima tahun atau teksi 20 tahun?
Lagi satu, abang malaslah nak buka cerita pasal duit tepi untuk cepatkan proses pemeriksaan Puspakom. Tanyalah pemandu teksi lain kalau tak percaya. Ada teksi dah macam nak luruh enjin tapi masih dibenarkan bergerak atas jalan. Ini yang buat pelanggan marah sebab bayarannya sama, tapi naik teksi yang keadaannya sendiri mahu ingatlah.
Tapi, kereta pemandu GrabCar tak ada ujian Puspakom!
Maaf cakap, ujian Puspakom mengarut! Sepatutnya, pengangkutan awam seperti bas sahaja diwajibkan ujian Puspakom. Teksi tak payahlah. SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) patut lantik bengkel-bengkel panel dan biarkan pemandu teksi hantar servis sendiri.
Apa relevan pemeriksaan Puspakom? Sebagai pemandu teksi, kereta itulah punca rezeki dan sudah tentulah abang mahu kereta berada dalam keadaan baik. Macam pemotong kayu yang perlukan kapak tajam untuk tebang pokok. Takkanlah dia mahu kapaknya tumpul. Buat apa dia nak susahkan kerja sendiri. Jadi, dia pasti akan tajamkan kapaknya. Kenapa perlu orang lain sibuk-sibuk nak periksa kapak dia tajam atau tak?
Kereta buat GrabCar sekarang pun abang servis ikut masa bila sampai tempoh. Lagipun kereta sendirikan? Kereta cari makan pula tu.
Ramai pemandu teksi yang kerja betul-betul dan ramai juga yang buat kerja teruk. Syarikat teksi dan SPAD ambil tindakan apa?" - Hanif, bekas pemandu teksi
Abang ada cakap tadi, untung GrabCar dan teksi lebih kurang sama saja. Kenapa tidak terus bawa teksi yang sah undang-undang?
Betul. Beza untung dan pendapatan antara GrabCar dan Teksi tak adalah ketara sangat. Pekerjaan memandu ini termasuk dalam kategori membanting tulang. Kalau kerja atau usaha lebih, dapatlah lebih. Jangan ingat perangai malas kita masa bawa teksi dulu akan buatkan kita untung lebih bila buat GrabCar.
Apa yang berbeza ialah cara kita bekerja dan dilayan. Walaupun pemandu GrabCar nampak lebih bebas dan santai, tapi kami terikat dengan garis panduan. Servis kami akan sentiasa dinilai mengikut rating bintang yang diberikan pelanggan. Jika teruk, kami akan digugurkan sebagai pemandu GrabCar. Bunyi macam menakutkan, tetapi apa mahu takut kalau servis kita bagus. Macam orang meniaga jugalah. Mesti kena senyum, manis muka dan beri layanan terbaik.
Tetapi, bagaimana SPAD pantau servis pemandu teksi? Apa mekanismenya? Keputusannya bertambah baik atau tiada apa-apa? Bukalah laman web, semua orang komplen pasal teksi Malaysia. Pelancong luar negara pun sesama mereka bagi tip supaya sesiapa yang datang Malaysia jangan naik teksi. Bacalah reviu Internet.
Kalau GrabCar bagus, kenapa pemandu teksi mogok bantah?
Siapa cakap? Bukan semua bantah. Sebenarnya ramai kawan abang yang dulu bawa teksi, tapi sekarang buat GrabCar sepenuh masa. Ada yang buat dua-dua, teksi dan GrabCar! Mereka yang bantah itu rata-ratanya golongan pemandu teksi senior atau kumpulan buta IT.
Pendek kata, mereka tak nak berubah sebab selesa dengan cara lama. Padahal pelanggan semakin hari semakin cerewet dan memilih. Tapi mereka peduli apa? Bayangkanlah semua pemandu teksi buat protes dengan berhenti jadi pemandu teksi dan daftar GrabCar. Tengoklah macam mana orang-orang atas sana melompat nanti. Barulah nak diubah itu ini. Barulah nak ambil hati pemandu teksi.
Apa insentif mereka bagi kepada pemandu teksi? Ramai pemandu teksi yang kerja betul-betul dan ramai juga yang buat kerja teruk. Syarikat teksi dan SPAD ambil tindakan apa? Berani ke buang mereka? Isunya mudah saja, bila kita beri servis bagus, pelanggan cari kita. Tambang mahal atau murah itu jatuh nombor dua.
KREDIT FOTO: Kwiknews.my
zakir says
Banyak yg kau cerita x sama hanif perihal teksi , heran aku dgn fakta kau.......
AO says
Kalau tak betul, bagitau la apa yang betul. Tulis dan emel, jangan kompelin saja. Lawan!
zam says
ade yg betul ade yg tak betul bro
1.kereta ape yg sampai 20 tahun tu..ko bawa kereta sewa ker..
2.gila lu yg bantah tu buta it..ko tngok ape model phone yg dorang pakai..semua smart phone tg latest la..akai x da la..
yg lain tu aku setuju la tp pak hamid botak tu baca ke blog ni..dia tu buta it
AO says
1. Mungkin yang dia maksudkan tu model Proton Iswara (1992-2003). Kalau Iswara tu model 1996, maknanya tahun ini genap 20 tahun.
2. Buta IT bukan maksudnya tak boleh pakai henfon canggih. Orang yang bawa Mercedes belum tentu tau cara guna fungsi voice recognition. Ada yang tau, tapi malas nak cuba dan ubah. Contoh, orang dah start transfer duit guna Maybank2U, tapi dia duk sedap lagi nak beratur kaunter.
Iskandar says
Setuju
Halusinasi says
Setuju
Azli says
Mana ada teksi umur 20 thn...kencing kuat lah bro
AO says
Iswara tu agak-agak umur dia dah berapa bro? Janganlah mareee... Kahkahkah.
Epicfu says
Permit Kenderaan teksi limit 10 tahun jer lepas tu jadi kenderaan persendirian 20 tahun tu mengarut sangat..nampak sangat mengencing kat situ!..
AO says
Tidak kira ada permit teksi atau persendirian, teksi tetap dipanggil teksi. Istilah saja bertukar. Tetapi, masih tertakluk kepada undang-undang SPAD, boleh ambik penumpang di lorong khas, dan kena ada meter untuk bawa penumpang. Isunya, kenapa masih atas jalan? Condition? Malas la nak cakap 😛
Jeslinda says
Bodoh juga artikel ni ya. Iswara keluaran ( keluar kilang brand new )ada tercatat tahun keluaran dia. Jika tahun 2007 keluar kilang, macam mana kamu kira Sejak 1995 atau 1985? Kalau macam tu, merz keluaran 1950an di Guna Pakai untuk Uber Lux? Macam tu?
AO says
Aduhhh, memang betul cik Jeslinda ni kurang faham dan kurang cerdik. Kira sajalah daripada tahun akhir pengeluaran sesebuah kereta tu. Kalau nak tau model keluaran akhir Iswara (2003) pun dah cecah 13 tahun. Dan sekarang memang masih banyak teksi Iswara pun. Faham ke tak ni?
next says
Setuju dan sngt setuju. Cuba tngk teksi2 di kampung. Toyota KE pun masih ada jd teksi smpai hr ni. Kalau x nak tngk d kampung, cuba tngk di bandar Kangar. Teksi dgn no pendaftaran RA pun masih ada kat stsn2 teksi tngh bandar tu. X tau la pulak kalau kereta model toyota KE dan proton saga orion tu masih ada keluar smpai hari ni dr kilang toyota dan proton....
Yusri Manapai says
Saya dah cuba bawa GRAB..saya buat perkiraan mudah..
Kalau dapat RM200 sehari..( 10 jam drive termasuk rehat dsb)
GRAB fee 20%
minyak dah gerenti rm40
Makan rm20
Tinggal la rm120..
Itulah duit gaji kita dsbnya..kalu part time drive memang berbaloi...
X GrabDriver says
Saya bawa Grab, tak berbaloi langsong..kita jadi hamba Grab dengan janji sistem insentif bodoh diaorg tuh, kita terkejar sana sini cari penumpang, system apps diaorg kadang kadang suruh ambil customer jauh tapi dapat CAJ RM3 je. kalau kita tak accept job, jatuh rating boleh effect kita tak dapat incentif, banyak kali jadi
kadang kadang customer tak show up kita yg kena, jatuh rating, tak dapat incentif. call customer servis diaorg buat tak layan, ada sekali tue saya dah lama download UBER DRIVER aps, tiba tiba takde warning terus cancle incentive saya sebab saya ada UBER aps dalam phone! selama nie takde issue pun. suka suka hati je diaorg nie nak tolak incentif korang!
GRAB memang tak jaga kebajikan driver diaorg, indah khabar dari rupa. Dah la tue pulak, incentif tak boleh masuk terus dalam account kita..dia masuk dalam mobile wallet dan harus lebih dari RM150 baru dia auto masuk dalam account. gila kan? kita yg buat Grab nie mmg bergantung pada incentif sebab tambang yg di caj dah la rendah, pakai petrol plak tue, kena plak tolak 20% ke GRAB . Grab gunakan incentif nie nak pancing/hambakan pemamdu untuk ambil lebih penumpang di kawasan sibuk, end up kita tak dapat apa
AO says
Betul. Memang banyak juga komplen pemandu Grab pasal benda sama. Tapi apa lagi alternatif yang ada selain berhenti saja kalau rasa sistem itu menindas.
Tapi jika dibandingkan dengan teksi, rasanya Grab/Uber masih alternatif yang lebih baik.
ambo says
Terima kasih share experience... tapi rasanya UBER lagi teruk menindas... fare bawah RM3 pun ada....
Gogole says
Fare mmg rendah tp straight account
akhmal says
btul la tu. pokoknya kene bwk part time.
Zabun says
Betul.Penguna Uber byk bayar pakai Promo atau mcm mcm.Kita perlukan aliran tunai utk minyak sarapan kopi dll.Bayangkan dah pandu sejauh 50km passengger turun kita melopong.Betul Uber bayar balik pada kita tapi selepas seminggu.Minyak boleh cukup ker tanpa isi dlm seminggu.
biskut marie says
memang ada teksi yang berusia 20tahun, Kalau tak percaya cuba p tengok teksi dekat station butterworth.
AO says
Ya, betul. Yang pertikai tu ingat teksi ada kat KL ja kot
eddy says
yg 30 tahun pun ada ..mari le datang melaka..historical city..teksi yg diguna pun sampai dah kira status bersejarah
AO says
Hahaha. Sebenarnya, penumpang kita ok saja kalau naik teksi lama. Bila lagi nak naik Iswara atau Mercedes oldskool? Apa yang penting, kereta tu bagi la wangi dan bersih. Servis pula kena jaga elok-elok. Masalah sekarang, teksi kita kalau dah lama sangat tu faham-faham saja la. Bayar nak kira standard je.
Bad says
Teksi batman to bro
eCommerce Malaysia says
kenapa blogger biskut marie komen kat sini plak
Alang says
Saya klu tak fikirkan lagi 3 bulan nak habis bayar teksi dah lama saya gi uber or grabcar nak dpt customer pun mudah tak perlu nak pusing2 ...masa pakai my teksi dulu syok senang dpt customer...tapi kena di tempat yg betul lh...bawa teksi ni masalah bertambah2. Satu bila kita sakit tak dpt bawa teksi siapa yg nak kena bayar sewa utk kita sakit spad ke...haram jadah...bila nak buat inspection semua dah betulkn ikut standard barang baru...cth macam brek...bila smp kat puspacom macam nak menyembah nak dpt lulus...ada je alasan bodoh lagi bangang yg mak bapak diaorg ajar...alasan yg tak boleh terima dek akal lh...kata nya brek pum lh...hos brek kecil lh...semua tu penyebab brek tak selamat digunakan...sedangkan kereta tu dari kilang proton nemang dah keluar cam tu depa pulak yg luluskan tu...apa ke jadah nak bagi alasan bodoh2 macam ni.. klu pekerja puspakom tu akal cetek jgn lh ingat kami pemandu teksi ni tak berakal...so maknanya bila puspakom beri alasan macam ni bermakna semua kereta yg ada kat luar tu tak selamat lh jln diatas jalan raya...patut lh byk kemalangan lepas tu salahkan pemandu cuai...tu baru cerita bab puspakom belum bab nak renew kad memandu...pendek kata teksi ni ke kiri pun mampus ke kanan pun mampus...sykt tak peduli yg tahu bayar2 je...yg puspakum pulak tah apa tujuan diujudkan spad pulak pakai seluar jean hitam pun nak disaman nya...bukan nga bogel pun...hisss sakit makin disakiti...belum masuk bab engine yg selalu buat hal ..ok lah rasanya ramai gak pemandu teksi ni tahu masalah yg dihadapi tapi masih nak tegakkan benang basah....apa kata semua gi msk grabcar....puspakom tentu2 akan gubal undang2 baru utk dpt kan duit dgn menginaya pemandu grabcar pulak...hahhahaaa
zarin says
Permit teksi SPAD hanya hadkan 10 tahun dari tarikh dikeluarkan kereta, macam aku guna teksi exora...dulu aku beli kereta tu second hand keluaran 2012... masa aku beli pada tahun 2014... so permit hanya dibenarkan 8 tahun saja...
yang aku heran di sini mana datangnya dia kata usia teksi 20 tahun?
kalau kereta sewa yg dikampung2 warna biru ada jambul juga macam teksi ye la kot... nissan cedric pun ada aku nampak lagi jadi kereta sewa..
AO says
Sama ada permit masih dalam had atau tak, ataupun berubah jadi 'kereta sewa', semua teksi tetap di bawah seliaan dan tanggungjawab SPAD. Cuma terma berubah, tapi bagi orang awam, mereka tetap panggil teksi.
Faktanya, memang ada teksi ('kereta sewa') yang masih beroperasi walaupun lanjut usia. Ada guna meter seperti di Lembah Klang dan ada tambang sendiri. Isunya, apa tindakan SPAD? Kenapa masih beroperasi? Satu hal lagi, teksi masih dalam permit pun kondisi teruk juga.
HambaAllah says
Kalau nak jadi pemandu uber/grab car ada had umur tak
AO says
Asalkan ada lesen dan masih steady memandu
Hafis says
Klo lesen (p) xbleh bwak ke
AO says
Tak boleh. Kena lesen penuh
Abg Beca says
Sebagai pengguna dua2 servis mmg fedup tunggu teksi melalui call cab.. Lama berjanggut menunggu dan kena call beberapa kali utk follow up berbeza dgn grab/uber ..hanya key in pick up point dan destinasi nak dituju menggunakan smartphone dlm 5 atau 10 min kereta sampai... Tambang jauh lebih murah dari teksi ..itu pengguna suka..
Grab...Cepat Selesa dan Murah.
Kelakar la says
Pakai phone mahal/canggih bukan la bukti org tu x buta IT. Statement x leh bla. CEO company aku dulu time tu baru keluar iPhone 6. Nk guna finger print pun x reti
sunny says
Siapa kata grabcar untung..mengarut..tambang tak munasabah..grabcar dan uber hanya mengaut keuntungan dgn merosakkan industri teksi di malaysia..income utk golongan berpendapatan rendah seperti pemandu teksi kini dikongsi oleh semua golongan..yg dah ada keja tetap pun boleh buat grabcar..grabcar dan uber nak semua rakyat malaysia memandu utk mereka dan bagi komisen 20% walaupun tambang mengarut dan tak munasabah..driver yg buat grabcar tak untung pun,tapi company seperti uber dan grabcar tetap mengaut keuntungan 20% dan menganiaya pemandu teksi..siapa nak naik teksi klu tambang uber dan grabcar lebih murah..company lahanat tetap untung,tapi pemandu di malaysia merana dan tersiksa..kerajaan perlu bagi perhatian dan hentikan penindasan yg dilakukan oleh golongan kapitalis seperti grabcar dan uber..
AO says
Grab dan Uber dapat sambutan sebab pro pengguna (siapa yang tak nak tambang murah?) Walaupun mungkin agak menekan drebar, tetapi tak dinafikan juga ada puluhan ribu drebar yang boleh hidup dengan bergantung hasil Grab dan Uber, termasuk beri peluang kepada orang biasa tambah pendapatan.
Grab dan Uber tetap ada trik yang hujungnya adalah mengambil keuntungan. Tetapi apa pula respons Kerajaan? Apakah sistem teksi sekarang tidak menekan? Servis tahap mana? Ingat, penumpang lari daripada teksi bukan sebab harga saja, tapi servis juga
pemandu uber says
Jom jana income dgn uber.Support yg best dari geng2 uber.jom join kami
http://www.pemanduuber.net
noni says
teksi mahal.bukak pintu dah 3.00.zaman skang semua nak jimat.dah ada yang murah why not.pilihan di tangan kita. one thing grab or uber sampai betul2 depan kita berbanding teksi yang perlu cari taxi stand.
Dari segi keuntungan..ada trick untuk bawak grab or uber.kalo follow trick uber kasi main di kawasan yang surge tinggi 4 hours drive u can get rm60-80
Niena says
Teksi kt kelantan lebih 30thn usia ada kot.. merc lama tu.. ekzos pun ikat ngan dawai hahahaha
mohd mie says
sàya bekas pemandu teksi.pengalaman yg memeritkan memandu teksi.sebab saya guna meter.pendek kata guna meter 1jam purata rm1o.kita kena memandu berjam2 lama nya.utk mendapatkan pendapatan yg agak tidak berbaloi..bagi saya menjadi seorang pengawal keselamatan.adalah lebih baik.dari memandu teksi..terlalu penat dan tidak berbaloi sgt2..pengawal hanya duduk ronda2.dan menunggu sj.bila ada keperluan.baru kita menggunakan masa sepenuhnya.badan pun tak penat..bagi yg belum pernah rasa.jgn hanya pandai cakap sj.pandulah dulu teksi.lps tu bt kesimpulan..uber dan grabcar adalah lebih baik dari teksi..selamat mencuba untuk rakan2..
Razali Rapii says
Aku kje guard. Gaji sekarang sebulan rm1,600 sebulan. Rancang tahun depan nak buat loan kereta, pastu nak buat grabcar. Ada apa2 comment x? Share please bagi yg berpengalaman.
Alan Raz says
Tak guna beta pasal grab sebab admin ni mungkin pemandu grab. Setiap kali korang beta grab, mesti dia timbul hahaha.
Tapi tak dinafikan perkhidmatan teksi juga memang ada banyak masalah. Aku jarang guna grab melainkan bila aku turun KL je. Di kampung mana ada grab/uber ni semua. Akupun bawa kereta sendiri saja ke pejabat.
Betul grab lebih mudah dan murah. Tapi ada kala aku pilih teksi terutama bila aku turun di perhentian bas. Sebab majoriti pemandu teksi aku tengok tua tua belaka. Biasa harga grab separuh dari harga teksi. Contoh RM6 untuk teksi, grab cuma RM3.
Sebab itu aku pilih teksi kalau yang menunggu pelanggan tu orang tua tua. Insyaallah setakat RM6 atau 7 ringgit aku beri pada pakcik teksi, tak buatkan aku jatuh miskin. Niat nak bantu orang tua.
AO says
Beta tu apa benda?
Farah says
Kalau jadi driver grabcar pakai kereta bmw yg lame tu boleh ke..
AO says
Tak boleh. Kereta kena bawah 7 tahun