Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah Ciri Menarik BMW 330Li M Sport CKD Serba Baharu, Harga RM300k!
Roda4

Inilah Ciri Menarik BMW 330Li M Sport CKD Serba Baharu, Harga RM300k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia buat julung kali memperkenalkan 330Li M Sport (2021) versi pemasangan tempatan (CKD), yang termasuk di bawah portfolio BMW 3 Series, iaitu varian jarak roda panjang dan dijual pada harga anggaran RM300,800.

Berikut ciri menarik 330Li M Sport (2021) yang perlu anda tahu: 

  • Didatangkan dalam dua pilihan warna: Mineral White (putih) dan Carbon Black (hitam).
  • Dikuasakan enjin petrol 4-silinder TwinPower Turbo berkuasa 258hp dan tork 400Nm dengan transmisi Steptronic Sport.
  • Fasia depan menampilkan gril signatur ‘kidney’ serba baharu dan dipadankan lampu depan LED adaptif.
  • Memiliki dimensi panjang 4,819mm (lebih 110mm daripada 330i M Sport), tinggi 1,441mm (lebih 6mm) dan jarak roda 2,961mm (lebih 110mm).
  • Rekaan dalaman menggunakan kemasan M Aerodynamics, manakala bahagian luaran disempurnakan dengan M Sport Packages untuk rim aloi dwi-tona 18 inci, dwi-paip ekzos bentuk trapezium, bumbung kaca panorama dan sil pintu bercahaya.
  • Rekaan dalaman menggunakan kemasan trim Aluminium Tetragon berserta kemasan Pearl Chrome untuk kabin. Dipadankan lampu ambien dengan 11 gubahan pencahayaan, penyaman udara automatik tiga-zon dan sistem pembesar suara HiFi. Sistem Comfort Access turut ditawarkan sebagai standard.
  • Bahagian kokpit mengetengahkan konsep BMW Live Cockpit Professional dengan kluster instrumen digital 12.3 inci di depan pemandu dan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci di konsol tengah yang dilengkapkan sistem navigasi BMW Navigation System Professional. 
  • Antara sistem bantuan pemandu ditawarkan ialah Kawalan Jelajah dengan fungsi brek, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang, serta sistem Keselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW (BMW Active Pedestrian Safety).
  • Sistem bantuan pemandu lain yang diberikan sebagai standard, iailah Amaran Kekal Lorong (LKS), Amaran Tukar Lorong (LDA), Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA). Turut dibekalkan ialah Fungsi Panggilan Kecemasan Pintar yang membolehkan pemandu mendapat bantuan bila-bila masa.
  • Pemilik juga boleh berinteraksi secara digital menggunakan aplikasi My BMW App (pengganti BMW Connected bermula Julai ini). Fungsi aplikasi ini merangkumi pelbagai perkhidmatan jarak jauh, navigasi dan e-mobiliti.

BACA >>> BMW Lancar Dua Model CKD! 330Li M Sport (RM300k), X3 sDrive20i (RM287k)
BACA >>> BMW Malaysia Tambah Dua Varian CKD, 530e M Sport dan 530i M Sport, Harga Mula RM343k

BMW BMW 3-Series BMW 330Li M Sport BMW Malaysia Roda4 Sedan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.