Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW Lancar Dua Model CKD! 330Li M Sport (RM300k), X3 sDrive20i (RM287k)
Roda4

BMW Lancar Dua Model CKD! 330Li M Sport (RM300k), X3 sDrive20i (RM287k)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia sebentar tadi baru saja melancarkan dua model baharu, BMW 330Li M Sport dan BMW X3 sDrive20i serba baharu di White Ballroom, Petaling Jaya yang dipasarkan sebagai unit pemasangan tempatan (CKD).

BMW 330Li M Sport dijangka jual pada harga  RM300,800 (harga jangkaan) manakala BMW X3 sDrive20i berharga RM286,674.

BMW 330Li M Sport ialah model sedan versi jarak roda panjang yang kali pertama dihasilkan secara CKD untuk pasaran Malaysia. BMW X3 sDrive20i ialah kenderaan aktiviti sukan (SAV) jenama itu yang paling laris. 

BMW 330Li M Sport
BMW X3 sDrive20i

BMW 330Li M Sport hadir dengan gril depan ‘kidney’ serba baharu yang dikuasakan enjin petrol 4-silinder TwinPower Turbo berkuasa 258hp dan tork 400Nm dengan transmisi Steptronic Sport. Ada dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Mineral White (putih) dan Carbon Black (hitam).

BMW X3 sDrive20i turut menggunakan gril signatur sama dengan pakej xLine. Trenkuasa digunakan ialah enjin petrol 4-silinder TwinPower Turbo berkuasa 184hp dan tork 300Nm dengan transmisi Steptronic Automatik 8-kelajuan. Warna ditawarkan ialah Alpine White (putih), Glacier Silver (perak), Black Sapphire (hitam), dan Phytonic Blue (biru).

Pada masa sama, BMW Malaysia turut mengumumkan menyertai inisiatif ‘Kitar Tinggi’ (Upcycling) selama setahun dengan mesin Precious Plastic. Ini antara usaha pengeluar automotif Jerman itu untuk menangani pencemaran plastik peringkat tempatan seiring sasaran BMW Group bagi mengurangkan emisi karbon sebanyak 20 peratus (daripada paras 2019) dalam rantaian bekalan global.

BACA >>> BMW R 1250 RT (2021) Kini di Malaysia, Harga RM142k dengan Pelan RM1,738 Sebulan
BACA >>> BMW Malaysia Tambah Dua Varian CKD, 530e M Sport dan 530i M Sport, Harga Mula RM343k

BMW BMW 3-Series BMW 330Li M Sport BMW Group Malaysia BMW X3 sDrive20i CKD
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.