• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R 1250 RT (2021) Kini di Malaysia, Harga RM142k dengan Pelan RM1,738 Sebulan

BMW R 1250 RT (2021) Kini di Malaysia, Harga RM142k dengan Pelan RM1,738 Sebulan

April 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model sport touring BMW R 1250 RT (2021) generasi baharu yang ditawarkan pada harga RM142,500 dan kini sudah berada di semua pengedar rasmi.

R 1250 RT (2021) menerima beberapa komponen dan teknologi ditambah baik sebagai ciri standard baharu seperti BMW Full Integral ABS Pro dan Kawalan Traksi Dinamik (DTC). Berikut perincian diberikan:

  • Trenkuasa jenis boxer dwi-silinder 1,254cc dengan sistem aci pacu (drive shaft) berkuasa 136hp @ 7,750rpm dan tork 143Nm @ 6,250rpm. Enjin status Euro5 ini turut dilengkapi teknologi BMW ShiftCam.
  • Fairing depan direka bagi mengurangkan efek seretan udara untuk meningkatkan faktor aerodinamik.
  • Set lampu menggunakan teknologi LED penuh untuk lampu depan dengan ciri adaptif, lampu signal belok dan lampu belakang.
  • Menggunakan sistem suspensi elektronik boleh laras generasi baharu Dynamics ESA. Fork depan dilengkapi BMW Motorrad Telelever untuk menambah baik keselesaan menunggang yang membantu penunggang menikmati tunggangan responsif, terutama roda belakang.
  • Sistem brek turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Ciri DTC memastikan tunggangan lebih selamat dengan memberikan prestasi cengkaman tayar terbaik.

  • Ada tiga mod tunggangan standard, iaitu pakej Ridings Modes Pro, termasuk mod Dinamik dan kawalan brek enjin dinamik baharu (MSR).
  • Ciri lain disediakan ialah Kawalan Jelajah Aktif (ACC), Kawalan Mula Daki (HSC), Bantuan Pro Shift Gear, Entri Tanpa Kunci, pemanas pelana, sistem keselamatan antikecurian dan lain-lain.

  • Unit infotainmen menggunakan panel meter TFT berwarna 10.25 inci dengan ciri multikawalan, sambungan Bluetooth dan akses navigasi menerusi aplikasi mobil BMW Motorrad Connected.
  • Aksesori standard terdiri daripada rak kotak simpanan, kompartmen muatan, tongkat tengah, beg sisi warna badan, visor angin, brek tangan dan tuil klac boleh laras.

Jika berminat, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan Ballon Financing dengan skim bayaran bulanan serendah RM1,738 sebulan mengikut pinjaman 80 peratus bagi tempoh empat tahun.

BACA >>> BMW Motorrad Mahu Siasat Sportbike Klon S1000RR dari China
BACA >>> BMW R 1250 R dan BMW 1250 RS Jengah Pasaran Malaysia, Harga Mula RM102.5k

BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -6
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -5
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -3
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -4
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -2
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -7
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -9
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -8
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -12
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -10
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -13
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -14
BMW R 1250 RT Malaysia (2021) -11
364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure touring, Auto Terkini, BMW Motorrad, BMW Motorrad Malaysia, BMW motosikal advencer, BMW R1250 RT (2021), BMW Tourer R 1250 RT, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my