Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 5 Perkara Menakjubkan Tentang Nissan Navara (2021) Baharu
Autotainment

Inilah 5 Perkara Menakjubkan Tentang Nissan Navara (2021) Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI juga pelanggan masuk untuk melihat secara dekat siri Nissan Navara (2021) baharu yang dipamerkan di premis Edaran Tan Chong Motor di Glenmarie, Shah Alam (Selangor) selepas berakhir majlis pelancaran trak pikap itu baru-baru ini.

Ada hadir bersama isteri dan anak-anak, dan ada datang dengan rakan bisnes dan tauke mereka. Masing-masing nampak macam curiga tentang misteri di sebalik trak pikap yang digelar Mother Trucker ini.

BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara Pro-4X (2021), Muka Garang, Selesa Macam Kereta
BACA >>> Inilah Spesifikasi 6 Varian Nissan Navara (2021) yang Baru Lancar! Harga Serendah RM91k

Selepas berpeluang memandu uji varian paling gah, Navara Pro-4X, inilah lima perkara menakjubkan yang dapat kami simpulkan mengenai Nissan Navara (2021) baharu:

1. IMEJ RANGGI, LASAK

Rupa paras Navara (2021) baharu bukan seperti model generasi sebelum ini. Trak Mother Trucker ini ada identiti yang lebih menyerlah dengan gaya agresif, maskulin dan sporty.

Rupa depan Pro 4X cukup rugged dengan gaya gril Interlock besar kehitaman berserta lencana dan teks Nissan berwarna jingga terang. Jika diteliti, juga tertera teks Navara pada atas gril.

Bonet depan agak menarik dengan beberapa lekukj badan timbul seakan Nissan Titan keluaran Eropah dan Amerika. Penggunaan bampar bersegi dan tona gelap di bawah membantu melengkapkan imej gagah sebuah trak pikap.

Warna hitam turut dikenakan pada rim 17 inci, rel bumbung, pemijak sisi, perumah cermin sisi, hendal pintu dan bahagian bampar belakang. Pintu kargo belakang disatukan dengan spoiler.

Dominasi warna hitam menggantikan tona krom sebenarnya tawaran bijak diberikan ETCM kerana menawarkan kelainan kepada pelanggan yang mahukan keunikan. Secara peribadi, saya juga kurang berminat dengan warna yang menyilau mata dan mengganggu pemanduan.

2. SELESA MACAM KERETA

Dari luar nampak sebuah trak pikap, tetapi apabila duduk di dalam kabin, suasana terus berubah. Navara (2021) baharu ini terasa macam berada dalam kereta sedan, cuma ini versi lebih tinggi.

Kerusi lebih sporty dengan bentuk ala semi-buket dan bercorak pada bahagian tengah untuk semua tempat duduk, termasuk penumpang belakang.

Tindakan Nissan memasang kerusi sifat graviti memang membantu fokus pemanduan kerana kerusi ini benar-benar membantu menghilangkan rasa lenguh dan penat pemandu khususnya bagi perjalanan jarak jauh, yang menjadi antara ciri penting membantu meningkatkan keselamatan pemanduan.

Ruang penumpang belakang Navara (2021) baharu ini memang luas dan cukup selesa. Apatah lagi ada kemudahan ventilator penyaman udara untuk barisan belakang. Aliran udara sejuk semakin mudah dinikmati penumpang belakang.

Sistem suspensi belakang banyak membantu meningkatkan keselesaan penumpang belakang dan kualiti pengendalian ketika meluncur atas pelbagai bentuk rupa bumi. Sterengrasa ringan apabila dipandu perlahan atau ketika hendak diparkir, sesuai untuk semua jenis pemandu pelbagai peringkat usia.

3. SENYAP DAN TENANG

Navara (2021) baharu menawarkan fiil pemanduan senyap yang membantu meningkatkan ketenangan memandu. Malah, jarang sekali rasa terganggu dengan bunyi bising enjin turbo diesel 2.5L.

Sebenarnya, Navara baharu dipasangkan kaca akustik pada cermin depan, termasuk kedua-dua cermin sisi depan yang membantu menyadur sebarang gangguan bising dari luar seperti bunyi angin dan lalu lintas daripada menerjah masuk ke ruang kabin. Kaca akustik biasanya memiliki satu lapisan penebat atau vinil yang disematkan antara dua lapisan cermin.

Seperkara yang mungkin ramai tidak tahu, lapisan dalam kaca akustik boleh membantu menghalang serpihan cermin pecah memasuki kabin jika berlaku kemalangan. Malah, beberapa pakar pengeluar cermin mendakwa cermin depan akustik mampu menghalang kes pecah masuk dan kecurian.

4. MUDAH BAWA KARGO

Nampak macam biasa tetapi besar jasanya kepada ramai pemilik trak pikap. Kelengkapan rel dipasangkan pada sisi dalam ruang lantai kargo dengan empat pasak yang dibuat daripada aluminium dan boleh laras. Juga ada empat gegelung hitam sekitar katil kargo untuk mengikat muatan.

Sistem trek-utiliti bukan saha memudahkan pemilik Navara Pro-4X membawa muatan besar, tetapi juga dapat diikat lebih selamat untuk mengurangkan risiko ‘objek terjatuh’ atau membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

5. TERANG DAN SELAMAT

Semua lampu Navara Pro-4X jenis LED,termasuk lampu kabus yang diposisikan pada sisi bampar. Lampu depan jenis projektor LED kuad (empat) dan disepadukan bersama lampu siang (DRL) bentuk huruf C. Konsep sama juga dikenakan pada lampu brek belakang.

Ketika memandu, semua lampu menawarkan kadar kecerahan terang untuk pemanduan malam, dan bukan gimik hiasan semata-mata supaya tampak cantik.

Trak pikap ini juga menyediakan banyak ciri keselamatan moden untuk memastikan pemandu dan penumpang kekal selamat bagi setiap pemanduan. Antaranya iailah Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Bantuan Lampu Tinggi (AHB).

Auto Terkini autotainment Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Nissan Nissan Malaysia Nissan Navara (2021) Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    30/06/2026
    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.