• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Nissan Navara Pro-4X (2021), Muka Garang, Selesa Macam Kereta

#PanduUji: Nissan Navara Pro-4X (2021), Muka Garang, Selesa Macam Kereta

April 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRAK pikap hari ini tidak lagi dilihat sebagai kenderaan pilihan pembeli seperti pengusaha ladang atau kontraktor kerana kini sudah berubah menjadi trend gaya hidup. Selain tauke perniagaan, pembeli trak pikap juga datang daripada kalangan orang muda dan eksekutif bandar.

Malah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, muncul trend orang ramai membeli trak pikap untuk tujuan perniagaan dan antara model mendapat sambutan ramai ialah Nissan Navara. Ini cerita kawan di Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Nissan Navara versi dipertingkat secara rasmi memasuki pasaran tempatan pada pertengahan bulan ini dengan menawarkan enam varian yang dijana enjin diesel 2.5L dengan pilihan transmisi automatik atau manual.

Saya diberikan peluang memandu uji varian tertinggi Navara Pro-4X dan inilah  serba sedikit yang mampu saya huraikan walaupun cuma sehari saja sempat bermesra dengan trak pikap digelar Mother Trucker ini.

APA SAYA SUKA?

  • Rekabentuk luaran varian Navara Pro-4X nampak lebih sporty dan agresif dengan menghilangkan kemasan krom. Tarikan utama sudah pasti gril depan hitam dengan lencana merah Navara.
  • Ada lekuk tajam atas bonet yang membuatkan penampilan trak pikap ini tampak lebih maskular. Ada beberapa sentuhan aksen jingga pada bampar depan dan fender tepi yang mungkin disengajakan untuk memberikan lebih kelainan. Rel bumbung, hendal pintu, cermin sisi dan pemijik sisi dihitamkan.
  • Menggunakan set lampu utama kuad projektor LED yang memberikan tahap kecerahan suluhan yang lebih terang. Juga ada lampu siang (DRL) bentuk C, manakala lampu kabus dan lampu belakang juga jenis LED.
  • Ruang kabin mirip generasi Navara sebelum ini, tetapi ada sedikit kelainan untuk Navara Pro-4X, iaitu kemasan stereng dan balutan kerusi. Stereng dihiasi banyak butang kawalan untuk akses pelbagai tetapan. Fiil pengendalian Navara terasa seakan memandu sedan, cuma saiz lebih tinggi dan besar.
  • Kerusi jenis sport untuk penumpang depan mendakap tubuh dengan selesa hingga membuatkan pemanduan dua jam tanpa henti tidak memenatkan. Ini dibantu teknologi sifar graviti yang diterapkan pada kerusi Navara Pro-4X.
  • Barisan kerusi belakang juga selesa dengan ruang kelegaan (kepada dan kaki) mencukupi, dan turut disediakan ventilator penyaman udara.  Sistem suspensi menggalas tugas dengan baik dan tidak menjejaskan keselesaan penumpang belakang.
  • Ada aksesori tambahan untuk mengikat kargo di lantai but belakang. Sistem C-Channel atau trek utiliti ini dipercayai dibuat daripada material aluminium dan ada fungsi laras. Bampar belakang disatukan dengan tempat pemijik. Ciri Tailgate Assist memudahkan pintu but dibuka atau ditutup kerana tidak berat.

APA YANG BOLEH DITAMBAH BAIK?

  • Kerusi depan, terutama pemandu mungkin boleh juga diberikan jenis elektrik boleh laras, sama seperti varian VL Auto. Setakat ini, Navara Pro-4X cuma menyediakan kerusi boleh laras manual.
  • Kualiti kamera yang dipaparkan pada skrin unit infotainment mungkin boleh ditambah baik kepada unit definisi tinggi (HD), khususnya paparan ketika mengundur.

Ini komen saya, tapi apa pula reviu Abang Gan? Jom tonton video di bawah ini:

BACA >>> Inilah Spesifikasi 6 Varian Nissan Navara (2021) yang Baru Lancar! Harga Serendah RM91k
BACA >>> Nissan Navara (2021) yang Lebih Canggih dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB)!

 

Nissan Navara Pro-4X (2021) - 16
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 17
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 12
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 9
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 5
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 14
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 8
DSC08398
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 1
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 10
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 4
Nissan Navara Pro-4X (2021) - 2
342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, Mother Trucker 2021, Navara Pro-4X (2021), Nissan, Nissan Navara (2021), nissan navara pro-4x, Nissan Navara Pro-4X (2021), Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

ïğż KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

ïğż SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 Âİ PanduLaju.com.my