• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Navara (2021) yang Lebih Canggih dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB)!

Nissan Navara (2021) yang Lebih Canggih dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB)!

November 9, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBELAKANGAN ini persaingan trak pikap saiz sederhana begitu sengit apabila banyak pengeluar mula memuatkan pelbagai teknologi untuk kenderaan yang dulu cuma digunakan untuk kerja-kerja lasak dan di tapak pembinaan.

Trak pikap masa kini lebih kepada memenuhi gaya hidup dan pengeluar sekarang cuba mengimbangkan keperluan itu dengan menawarkan pelbagai varian daripada asas hingga premium.

BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

Menyertai perlumbaan segmen berkenaan ialah Nissan Navara (2021) baharu yang dinaik taraf dari bahagian luaran, dan dalaman serta dilengkapi teknologi canggih. Seperti pengeluar Jepun lain, model trak pikap ini bukan jenama baharu dalam yang mewarisi legasi lebih 80 tahun.

Navara yang baru diperkenalkan ini sudah berada di pasaran sejak 2014 dan sepanjang tempoh itu, Navara pernah digunakan sebagai asas kepada trak pikap Mercedes-Benz X-Class.

Nissan Navara PRO-4X.20
Nissan Navara PRO-4X.22
Nissan Navara PRO-4X.19

Pengenalan model terbaharu Nissan ini menampilkan perubahan besar menerusi gril dan lampu depan dengan pengaruh trak pikap saiz penuh, Nissan Titan versi pasaran Amerika Syarikat (AS). Bahagian depan Navara yang sebelum ini tampil kemas, kini berubah sama sekali termasuk bampar dengan garisan dan bentuk keras. Terasa seperti berada di negara Uncle Sam!

Dari tepi, Navara Pro-4X seperti dipaparkan ini mempunyai lapik fender lebih lebar, rim aloi hitam 17 inci dengan tayar AT (all-terrain) yang sesuai untuk semua jenis rupa bumi. Bahagian belakang direka menyamai bahagian depan dengan rupa lasak. Bahagian bawah pintu but mempunyai ruang atau lekukan ke dalam yang tertera logo Navara.

BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara VL Plus yang Kena 'Move On'!

Jika luaran Navara (2021) menampilkan perubahan besar, lain pula ruang dalaman. Nissan mengekalkan papan pemuka sama kecuali beberapa perubahan seperti paparan multi-info (MID) di sebalik stereng, kini bersaiz 7 inci.

Sistem infotainment Nissan Connect ditonjolkan melalui skrin sentuh 8 inci dan konektiviti Apple CarPlay, termasuk palam USB, dan USB-C di depan.

Nissan turut meningkatkan insulasi bunyi dan mengurangkan getaran untuk pemanduan lebih senyap dan selesa, manakala kerusi penumpang belakang direka semula.

Perubahan lain ialah gandar belakang jenis lurus, kapasiti beban muatan dipertingkat, tambahan ruang but dan rak stereng baharu untuk kestabilan pemanduan pada halaju kelajuan rendah dan respon stereng dalam pelbagai julat kelajuan.

Dari segi keselamatan, Navara (2021) ditawarkan teknologi Nissan Intelligent Mobility seperti Amaran Perlanggaran Depan  (IFCW) dan Brek Kecemasan Pintar (IEB). Juga ada Pemantau Pandang Keliling Pintar (IAVM) dengan empat kamera untuk membantu pemandu mengawasi keadaan sekeliling.

Satu ciri baharu trak pikap Nissan ini ialah monitor off-road untuk memeriksa halangan sekeliling pada halaju rendah dalam mod pacuan empat roda.

Aspek trenkuasa belum didedahkan. Sebagai rujukan model sebelum ini dijana enjin 2.5L Diesel Turbo, dan ada satu lagi enjin iaitu 2.3L Diesel Turbo Kembar. Navara (2021) baharu dijadualkan memasuki pasaran Thailand pada Disember ini sebelum disusuli pasaran lain.

BACA >>> Nissan Magnite Diperkenal dengan Enjin 3-Silinder 1.0 Turbo, Sama Seperti Almera

Nissan Navara.02
Nissan Navara.01
Nissan Navara PRO-4X.03
Nissan Navara PRO-4X.04
Nissan Navara PRO-4X.02
Nissan Navara PRO-4X.01
Nissan Navara PRO-4X.05
Nissan Navara PRO-4X.12
Nissan Navara PRO-4X.10
Nissan Navara PRO-4X.06
Nissan Navara PRO-4X.11
Nissan Navara PRO-4X.09
Nissan Navara PRO-4X.18
Nissan Navara PRO-4X.07
Nissan Navara PRO-4X.19
Nissan Navara PRO-4X.08
Nissan Navara PRO-4X.20
Nissan Navara PRO-4X.23
Nissan Navara PRO-4X.13
Nissan Navara PRO-4X.22
Nissan Navara PRO-4X.21
Nissan Navara PRO-4X.17
Nissan Navara PRO-4X.14
Nissan Navara PRO-4X.15
Nissan Navara PRO-4X.25
Nissan Navara PRO-4X.26
Nissan Navara PRO-4X.16
Nissan Navara.03
Nissan Navara PRO-4X.24
Nissan Navara PRO-4X.27
99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mercedes-Benz X-Class, Nissan, Nissan Navara, Nissan Navara (2021), Nissan Navara 2020, pikap, Roda4, Trak pikap, Trak Pikap Kompak, Trak Pikap Saiz Sederhana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my