Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 10 Kereta Sport Klasik Jepun Terpantas 70-an
Autotainment

Inilah 10 Kereta Sport Klasik Jepun Terpantas 70-an

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ERA 1970-an boleh dikatakan dekad kebangkitan jenama automotif dari Jepun dengan kemunculan banyak pengeluar dari Negara Matahari Terbit itu dalam menghasilkan produk-produk kereta berprestasi tinggi.

Situasi industri automotif di Jepun dulu sama saja seperti apa berlaku di China sekarang. Banyak pihak luar asalnya memandang sinis, terutama negara yang sudah gah dan terkenal dalam industri automotif dunia seperti Jerman. Bagaimanapun seiring peredaran masa, industri automotif Jepun semakin berkembang hingga kini menjadi pengeluar penting antarabangsa.

Jepun kini di tangga tiga teratas sebagai negara paling banyak menghasilkan kereta sejak 1960-an, termasuk mendahului Jerman.  Sepanjang tahun, debut model Jepun  sentiasa dinantikan. Malah, Jepun sejak dulu hingga sekarang memiliki model sport ikonik tersendiri yang digilai peminat kereta seluruh dunia.

Adakah kereta sport Jepun era 70-an dulu cukup pantas? Kita lihat senarai di bawah.

1. Nissan Skyline GT-R KPGC10 (209kmj)

Ini adalah permulaan dinasti dan seperti penggantinya, model ini cukup menawan. Penampilan ikonik Nissan Skyline GT-R yang berkotak itu dikuasakan oleh enjin 2.0L sebaris enam silinder yang menghasilkan kuasa 160hp.Kereta itu pertama kali didedahkan pada 1969 dan dikeluarkan hingga 1972.

Model itu merupakan salah satu kereta paling rare pernah dihasilkan oleh Nissan kerana hanya 1,945 unit dihasilkan. Skyline adalah jentera buas yang berkuasa dan ringan yang menawarkan pemanduan impresif. Nama panggilan kereta itu adalah ‘Hakosuka’ yang bermaksud Skyline berbentuk kotak.

2. Toyota 2000GT (206kmj)

Ini mungkin model paling cantik dihasilkan oleh Toyota dan pengeluaran model 2000GT bermula pada 1968 sehingga 1970. Hanya 351 unit sahaja dikeluarkan dan 2000GT dijana oleh enjin 2.3L dengan kuasa 148hp. Toyota 2000GT merupakan supercar pertama yang dihasilkan oleh pengeluar Jepun.

Bahkan model itu muncul dalam filem James Bond yang dipandu oleh aktor legenda Sean Connery. Model itu cukup pantas bahkan dianggap sebagai kereta supercar terbaik pernah dihasilkan industri automotif Jepun.

BACA >>> Toyota 86 GT Black Limited – Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited

3. Datsun 240z (203kmj)

Model ini tanpa keraguan adalah kereta paling dikenali dan ikonik pernah dihasilkan oleh pengeluar kenderaan. Datsun 240z dikuasakan oleh enjin 2.4L 6-sebaris yang menghasilkan kuasa 151hp. Nama asal kereta itu ialah Fairlady 240z di Jepun. Bagaimanapun, Nissan memutuskan untuk memendekkannya menjadi 240z untuk pasaran barat.

Ini kerana nama itu tidak mencerminkan semangat sebenar kereta sport. Dari tahun 1971 hingga 1973, Datsun menjual hampir 150,000 unit di Amerika Syarikat kerana kereta itu menarik perhatian ramai orang.

4. Datsun 2000 Fairlady Sports (196kmj)

Model comel dua kerusi ini sebenarnya merupakan kereta sport paling seronok dipandu. Pengeluaran kereta sport itu bermula pada 1950 hingga 1970 dan merupakan salah satu kereta terpantas di Jepun. Model generasi ketiga dan terakhir dikuasakan enjin 2.0L 4-sebaris yang menghasilkan kuasa 148hp. Jentera itu hanya seberat 950kg yang digabungkan dengan pemanduan berprestasi.

BACA>>>#TahukahAnda: 6 Manga Permotoran (Selain Initial D) yang Anda Mungkin Tidak Tahu

5. Mazda RX-7 (193kmj)

Pengeluaran kenderaan ini melibatkan banyak generasi tetapi yang pertama diperkenalkan pada 1978. Ia dikuasakan oleh enjin rotary 1.1L dengan kuasa 100hp. Mazda RX-7 diperkenalkan sebagai pengganti model legenda RX-3 yang dikeluarkan beberapa dekad.

Jepun menghasilkan RX-7 untuk bersaing dengan jenama lain terutama di pasaran Amerika dengan Porsche 924 dan Datsun 280z. Versi pertama kereta ini dipasarkan dengan harga agak rendah menjadikannya pilihan menarik bagi pembeli yang mencari kereta sport yang murah.

6. Toyota Celica GT (185kmj)

Model ini pertama kali diperkenalkan pada 1970 di Pameran Motor Tokyo dan dikeluarkan hingga 1977. Kereta sport ini disebut sebagai Mustang Jepun kerana mempunyai reka bentuk yang sangat mirip dengan produk Ford.Ia dikuasakan oleh enjin 2.0L empat silinder sebaris yang menghasilkan kuasa 115hp.

Toyota Celica juga digunakan oleh Toyota pada tahun 1973 untuk memenangi pusingan keempat European Touring Car Championship di Nürburgring, Jerman. Versi lumba ini lebih berkuasa iaitu 233hp.

BACA >>> Mainan Tomica Toyota Celica Buat Ketua Jurutera Type R Jatuh Cinta Pada Kereta

7. Mitsubishi Galant Colt GTO (185kmj)

Kereta ini dilancarkan pertama kalinya di Pameran Motor Tokyo (1969) dan dihasilkan sehingga 1977. Nama ini akhirnya dihidupkan semula pada era 90-an untuk generasi GTO yang lain.Versi paling berkuasa paling mampan dijana oleh enjin 2.0L silinder 4-sebaris yang menghasilkan kuasa 113hp.

Kereta ini dianggap salah satu kenderaan terbaik yang dihasilkan pada 1970-an oleh industri Jepun. Jarang sekali menemui Galant Colt GTO di luar Jepun kerana syarikat itu memutuskan untuk tidak mengeksport banyak unit ke luar negara.

BACA>>>15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

8. Mazda RX-3 (185kmj)

Mazda RX-3

Kereta ini dipasarkan sebagai Savanna di Jepun dan dieksport dengan nama RX-3 untuk pasaran antarabangsa.Trim paling berkuasa di Jepun dikuasakan oleh enjin 1.6L empat sebaris yang menghasilkan kuasa 99hp. Namun, luar biasa pasaran Amerika mendapat enjin yang lebih berkuasa (125hp).

Tidak dapat dinafikan bahawa rupa kereta ini sangat indah digabungkan dengan enjin rotary yang unik bahkan menjadi ciri khas syarikat sekaligus menjadikan Mazda sebagai jenama yang sangat popular di seluruh dunia.

9. Isuzu Coupé (180kmj)

Kereta ini adalah satu lagi keindahan mutlak dan tidak menghairankan kerana ia merupakan idea dari pereka legenda Giorgetto Giugiaro. Kereta sport ini begitu berjaya yang dikeluarkan dari 1968 hingga 1981 bahkan perubahan yang dialami juga tidak jauh berbeza.

Kereta sport ini adalah salah satu model pertama yang juga menawarkan pilihan diesel. Versi paling berkuasa dikuasakan oleh 2.0 liter yang menghasilkan kuasa 135hp. Kereta ini juga pertama kali mempunyai suntikan bahan bakar elektronik yang mengubah industri automotif selamanya.

BACA >>> Isuzu D-Max Stealth Kini di Pasaran, 180 Unit Sahaja, Siap Ada Side Step – Harga RM125k

10. Datsun 510 (161kmj)

Datsun 510 dijual di luar Jepun dengan nama 1600. Kereta ini dihasilkan dari tahun 1968 hingga 1973 dengan rupa paras yang elegan. Versi Datsun paling berkuasa dijana oleh enjin empat silinder sebaris 1.8L yang menghasilkan kuasa 96hp. Kereta ini selama bertahun-tahun menjadi ikon kerana penampilannya yang unik.

Pembuat kereta Jepun itu mendapat inspirasi dari BMW dan Neue Klasse 1600 ketika mencipta 510. Jenama Jepun memahami bahawa untuk mencapai kejayaan, ia harus membina sebuah kereta dengan pengendalian hebat yang juga sangat berpatutan untuk orang ramai.

BACA >>> #TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun
BACA >>> Kenapa Ujian Shaken Buat Orang Jepun Tak Nak Beli, Simpan Kereta Lama-Lama?

SUMBER: HotCars.com

autoterkini Datsun Datsun 240z Kereta Jepun mazda Mazda RX-7 Nissan Nissan Skyline GT-R Roda4 Toyota Toyota 2000GT Toyota Celica GT
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.