Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenapa ‘Ujian Shaken’ Buat Orang Jepun Tak Nak Beli, Simpan Kereta Lama-Lama?
Auto Terkini

Kenapa ‘Ujian Shaken’ Buat Orang Jepun Tak Nak Beli, Simpan Kereta Lama-Lama?

Azizi HBy Azizi H27/11/20207 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda tertanya, kenapa kereta rekon (reconditioned) yang dibawa masuk untuk dijual di pasaran Malaysia kebanyakannya datang dari Jepun?

Kereta rekon boleh saja disamakan sebagai kereta terpakai, tetapi kalau datang dari Jepun, rata-rata masih dalam kondisi baik. Memang ada kalangan penjual tempatan yang terbabit dalam isu menipu status sebenar kereta rekon yang diimport, tetapi kita juga tidak boleh menafikan kebanyakan kereta rekon dari Jepun adalah antara terbaik dunia.

Kenapa pula begitu? Ini kisahnya….

Kos Pemilikan Mahal

Kerajaan Jepun melaksanakan sistem pemilikan kereta yang sangat ketat hingga membuatkan penduduk di sana lebih selesa menaiki kenderaan awam.

Kalau anda rasa harga kereta di Malaysia mahal, ingatlah kos pemilikan dan tanggungan di Jepun adalah antara tertinggi di dunia. Kereta yang dibeli cuma seronok dipandu tiga tahun saja sebelum mula jadi beban kepada tuan kereta.

Ini kerana selepas tiga tahun, kereta perlu menjalani ujian kenderaan yang boleh kita samakan seperti pemeriksaan Puspakom versi Jepun, tetapi lebih ketat dan terperinci. Pemilik kereta kena buat  ‘Ujian Shaken’ (ujian goncangan?) setiap dua tahun.

Inilah punca banyak kereta pemilik Jepun berakhir di kapal kargo selepas tiga tahun. Soalannya, teruk sangat ke ‘Ujian Shaken’ itu?

Apakah ‘Ujian Shaken’?

Di Jepun, jika memiliki kenderaan dengan sesaran enjin lebih 250cc, anda diwajibkan menjalani ujian menyeluruh untuk menentukan tahap kesesuaian kereta dipandu atas jalan. Apakah jenis pemeriksaan yang akan dilakukan dalam ‘Ujian Shaken’?

  • Pemeriksaan setiap bahagian dan kelengkapan.
  • Penilaian ketepatan bacaan meter.
  • Pemeriksaan arah tayar digerakkan atas penggolek pada kelajuan 40kmj supaya meter dapat dilaraskan semula jika perlu.
  • Ujian asap. Tahap karbon monoksida akan diukur dengan penanda aras berbeza mengikut usia kenderaan.
  • Ujian sistem brek.

Jika lulus semua ujian di atas, kereta anda akan diuji pula untuk bahagian atau komponen kecil seperti lampu brek, lampu signal, dan bawah enjin untuk mengesan sebarang masalah yang ada. Kemudian barulah diluluskan.

Berapakah Caj Ujian?

Caj pemeriksaan kenderaan kecil ialah 100,000 yen (RM3,700), manakala kenderaan besar pula mencecah hingga 200,000 yen (RM7,390) untuk sekali ujian. 😱

Apa Jadi Kalau Ujian Gagal?

Kereta yang gagal ujian perlu mengeluarkan kos tinggi untuk dibaik pulih. Contohnya, jika saiz tayar didapati tidak sesuai dengan kereta, anda perlu tukar tayar itu dulu dan datang semula sebelum diluluskan (sama macam syarat Puspakom). Spesifikasi tayar pula perlu disesuaikan mengikut musim cuaca di Jepun. Mujurlah tiada salji di Malaysia.

Jika dikesan melakukan modifikasi atau menggunakan alat ganti tidak ikut spesifikasi, kereta anda terus saja dapat pelekat khas yang menyatakan tidak lagi selamat dipandu atas jalan. 😭

Kos Baik Pulih Tinggi, Bengkel Susah Cari

Lagi, kos baik pulih kenderaan di Jepun juga sangat tinggi kerana penawaran perkhidmatan bengkel sangat rendah dan kurang popular di sana. Situasi ini tidak sama seperti Malaysia yang bengkel kereta dapat ditemui di mana-mana.

Ini menyebabkan pihak bengkel di Jepun mengenakan caj mahal dengan senarai baik pulih tidak masuk akal, sekali gus membuatkan rata-rata pemilik yang gagal dalam ‘Ujian Shaken’ memutuskan melupuskan saja kereta mereka, atau jual kepada pasaran kereta terpakai.

Ramai pemilik Jepun berpendapat kos menanggung ‘Ujian Shaken’ tidak berbaloi. Lebih baik dieksport saja ke luar negara untuk pasaran kereta terpakai (second hand) supaya tidak terbeban memikirkan masalah kos baik pulih dan penyelenggaraan yang tinggi.

Dengan purata pemilikan tiga tahun, tidak hairanlah kenderaan dari Jepun mencatatkan jumlah perbatuan odometer rendah yang menjadi buruan banyak pengimport kereta terpakai dunia. Kebaikannya, ramai pembeli seperti di Malaysia dapat memiliki kereta idaman mereka pada harga yang berkali ganda lebih murah daripada kereta asal, malah kondisi juga macam baharu.

Auto Terkini Kenderaan Rekod Kenderaan Rekon kereta recon Kereta Rekon Kereta Rekon Jepun Reconditioned Vehicles Shaken Test Ujian Shaken
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026

    7 Comments

    1. Masuda on 27/11/2020 22:37

      Masih mampu bagi mereka. Ramai je yg pakai lama. 100000 yen tu macam rm1000. Separuh gaji fresh U graduate. Kalau tak modi, senang je lepas check shaken tu. Cuba betul2 bandingkan kos maintenance kereta dgn Malaysia. Harga minyak hitam dan tayar, sebenarnya sama dgn harga kat malaysia.

      Reply
    2. AO on 29/11/2020 09:44

      Ye ke mampu. Malaysia RM20-RM90 saja dan tak wajib untuk kenderaan penumpang. Lagi satu, boleh bawa selagi tayar boleh bergerak.

      Reply
    3. masuda on 29/11/2020 12:25

      Bagi diorang, mampu la. Ini bukan kos check shj. Termasuk kos sparepart dsb. Kalau tak, takkan sebulan toyota jual 40-50k biji kereta. Kos “shaken” tu utk 2 tahun. Lagi pun harga kereta murah. Contoh, setakat civic vtec turbo tu harga cuma 15 bulan gaji fresh budak U, Kalau second, lagi murah.

      Reply
      • AO on 29/11/2020 13:37

        Hal pemilikan ni bukan pasal harga kereta dan kos maintenance saja. Tapi beban tanggung. Macam Malaysia berapa lama kita nak pakai kereta pun tetap tak perlu risau wajib check Puspakom.

        Di Jepun kena consider antara kos nak tanggung kalau nak pakai lama lagi, atau beli je kereta baru dan dapat ekstra waranti. Mana lagi berbaloi. Ini kita huraikan dari segi kos pemilikan untuk pembeli umum, bukan kelompok pengumpul atau peminat kereta.

        Mampu memang mampu, tapi mana lagi berbaloi untuk nilai wang.

        Reply
    4. Campro on 12/12/2020 01:48

      Jgn bandingkan dgn tukaran mata wang. Cuba bandingkan dgn living cost. Btol saudara masuda ckp, dh kalo gaji sana maka mmg affordable utk mereka. Lg pn inflation rate jepun rendah, 100 yen boleh lapik perut dgn nasi kepal…

      Reply
      • AO on 12/12/2020 06:57

        Jepun antara negara yang paling tinggi kos sara hidup di dunia.

        Reply
    5. Campro on 12/12/2020 01:58

      Ujian shaken jg memudahkan kjaan sana kawal emission exhaust dan teknologi tahap ciri keselamatan kenderaan.. Katakan lah lepas 3 tahun, model kereta euro 2 dh tak berbaloi nak bela maka pemilik akan ganti kendaraan yg baru standard euro 3. Makin lama makin bersih la udara di sana dan kereta semakin hebat safety nya. Tempat kita mmg tak sesuai jika di adaptasi sistem ni, finance pn 9 tahun….

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.