• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun

#TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun

October 19, 2020 By Azizi H Leave a Comment

19.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA tentu biasa ternampak pelekat kereta seperti inikan? Pelekat ini biasanya boleh dilihat pada model pasaran domestik Jepun (JDM) sama ada kereta keicar versi kena sumpah (daripada model Perodua) atau rekon. Malah, kereta bukan Jepun pun ada yang tumpan sekaki.

Namun, ramai tidak tahu maksud tersirat di sebalik simbol JDM itu. Rata-ratanya menganggap itu sekadar simbol kepada kereta JDM. Artikel ini akan menjelaskan maksud di sebalik simbol tersebut.

BACA >>> Toyota Hilux (2020) Facelift Ini Versi JDM, Tetapi Import dari Thai, Harga Mula RM137k

1. WAKABA/SHOSHINSHA

Shoshinsha [1]
Shoshinsha [2]
Shoshinsha [3]

Apabila lihat simbol hijau dan kuning ini, mesti ramai ingat itu pelekat khas dari Kedah. Ada menganggap logo itu bermaksud keicar, iaitu model kereta kompak dari Jepun, atau simbol kepada JDM.

Sebenarnya, pelekat ini digelar 'wakaba' atau 'shoshinsha' yang bermakna 'baru belajar', sama seperti pelekat 'P' di Malaysia. Pelekat ini perlu dilekatkan di depan dan belakang kenderaan, sama ada motosikal, kereta atau lori, untuk menunjukkan diri mereka pemandu baharu yang baru dapat lesen memandu kurang setahun.

2. TULISAN 'PEMANDU SEDANG BELAJAR'

Jika 'wakaba' atau 'shoshinsha' sama seperti lesen 'P', simbol ini pula membawa maksud sama seperti lesen L di Malaysia, iaitu pemandu masih belajar memandu/menunggang.

Kerajaan Jepun sengaja menggunakan pendekatan berbeza berbanding negara lain untuk memudahkan pengguna jalan raya lain mengenal pasti pemandu yang sedang belajar dan belum ada lesen. Jadi, kereta yang dipandu pelajar tersebut wajib ditampalkan pelekat panjang lebar itu.

Pelekat ini mengandungi amaran spesifik dalam bentuk teks, iaitu 'Kyuu bureeki chui, kanmenkyou, renshuuchuu' atau terjemahannya, 'Hati-hati, kereta boleh berhenti mengejut, lesen sementara, sedang belajar'.

3. KOREISHA

simbol koreisha lama
simbol koreisha lama logo

Sebagai pengguna jalan raya, sudah pasti banyak kerenah yang perlu kita lalui sepanjang b. Antara perkara paling menyakitkan hati ialah kereta depan memandu terlalu perlahan. Memang geram sampai jenuh hon ditekabn bertalu-talu, tetapi selepas dipotong, rupa-rupanya si pemandu itu warga emas sebaya yang mungkin sebaya bapa dan datuk kita.

Di Jepun, logo koreisha digunakan untuk membantu kita mengenal pasti pemandu berstatus senior supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu beremosi ketika memandu.

Semua pemandu di Jepun yang berusia 75 tahun ke atas wajib menampal tanda ini pada kenderaan mereka. Sebagai makluman, simbol koreisha asalnya ialah simbol air mata berwarna jingga dan kuning, tetapi ditukarkan kepada simbol daun yang mewakili empat musim kerana simbol asal dikatakan kurang sensitif pada golongan berkenaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Tanggalkan Pelekat Motosikal Tanpa Kesan

4. SHINTA SHOUGAI

simbol shinta shougai
Pelekat di Jepun [3]

Berbeza negara lain yang menggunakan simbol orang duduk atas kerusi roda, sebaliknya Jepun menggunakan simbol bunga denan kelompak bentuk cinta untuk memaklumkan yang si pemandu daripada golongan orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Ada mendakwa Jepun sengaja memilih simbol ini untuk menjaga perasaan golongan OKU. Lagipun bukan semua OKU perlu berkerusi roda, dan tidak semestinya akses dan privilej OKU cuma dikhaskan kepada OKU berkerusi roda sahaja.

Jadi untuk membawa simbol lebih universal, kerajaan Jepun menggunakan tanda 'Shinta Shougai'.

5. CHOUKAKU SHOUGAI

simbol choukaku shougai
choukaku shougai [1]

Jepun juga mencipta sendiri pelekat khas untuk membantu pengguna jalan raya mengenal pasti pemandu OKU yang bermasalah pendengaran. Pelekat ini dinamakan 'choukaku shougai'. Simbol seakan rama-rama itu dipilih bagi menggantikan logo telinga yang biasanya digunakan negara lain.

Simbol ini juga membantu orang ramai mengenal pasti pemandu yang tidak mampu mendengar bunyi siren, hon kenderaan dan lintasan kereta api.

Pemandu di Jepun juga dilarang memotong agresif mana-mana kenderaan yang memiliki pelekat 'choukaku shougai' supaya si pemandunya tidak terkejut hingga membahayakan pengguna lain.

BACA >>> Toyota Camry Black Edition JDM Rai Ulang Tahun ke-40 di Jepun

SUMBER : PlazaHomes | Illuminasi

19.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aksesori, Auto Terkini, JDM, Pasaran Domestik Japun (JDM), Pelekat JDM, Pelekat Jepun, Pelekat Kereta, Sticker, Sticker JDM, Stiker Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my