Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Polestar 2 Tunjuk Apa Akan Berlaku Terhadap Bateri EV Jika Kemalangan
Autotainment

Polestar 2 Tunjuk Apa Akan Berlaku Terhadap Bateri EV Jika Kemalangan

Abang HirataBy Abang Hirata04/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK dinafikan timbul pelbagai persoalan tentang kereta elektrik yang mahu dijadikan medium pengangkutan baharu bagi pengganti kereta berasaskan sistem bahan api fosil.

Antara persoalan itu adalah apakah terjadi apabila kereta elektrik melalui kawasan banjir? Apakah berlaku kepada bateri sekiranya terlibat kemalangan? Semua persoalan itu nampak seperti tiada apa yang perlu dirisaukan, tetapi penting dalam memberikan keyakinan kepada pengguna.

Ini kerana semua sedia maklum air dan elektrik bukan ‘rakan karib’ apabila bertemu. Namun, bercakap tentang isu keselamatan, Volvo Cars mungkin boleh dijadikan rujukan berasaskan pengalaman dan pengetahuan meluas pengeluar itu dalam bidang tersebut.

BACA >>> Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!

Volvo Car Group secara rasmi memasuki arena kereta elektrik menerusi pengenalan Polestar 2. Ini model pertama dalam kumpulan itu yang menjalani ujian perlanggaran. Ia juga model pertama dilengkapkan teknologi Sistem Amaran Akustik Kenderaan (Acoustic Vehicle Alerting System, AVAS) dan model pertama dipasangkan beg udara depan sisi terbina dalam.

Isu mengenai kondisi pek bateri ketika kemalangan memang penting. Kebanyakan kereta konvensional hari ini direka dengan ciri enjin boleh tertanggal apabila berlanggar supaya tidak memasuki ruang kabin dan mencederakan penumpang. Jadi bukanlah perkara pelik apabila melihat situasi kereta dengan enjin tercabut atas jalan dalam insiden kemalangan.

BACA >>> Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak

DI MANAKAH PEK BATERI POLESTAR DISIMPAN?

Bateri Polestar 2 disimpan dalam bekas aluminium kuat untuk perlindungan, dan dipasangkan dalam struktur lantai platform CMA. Cara ini bukan saja meningkatkan kekuatan dan mengurangkan kerosakan pada struktur badan, tetapi juga melindungi penumpang. Bateri kekal pada tempat apabila berlaku kemalangan.

Selain itu, keseluruhan pakej juga ditala untuk meredakan sesetengah frekuensi getaran dan bertindak sebagai penebat untuk mengurangkan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH). Bijak bukan?

Malah, sekiranya berlaku kemalangan, sambungan pek bateri dengan bahagian lain dalam kenderaan akan diputuskan supaya tiada sambungan hidup. Apabila bercakap mengenai kuasa elektrik, pastinya sambungan elektrik hidup sentiasa jadi persoalan dan kerisauan.

SPOC Block menghalang tayar terperosok ke dalam kabin.
FLLP melindungi kabin jika berlanggar objek seperti tiang.

Polestar 2 dilengkapi SPOC block (Severe Partial Offset Crash), iaitu ‘tembok’ atau blok aluminium padu jenis deflektif yang dipasangkan pada bawah dinding firewall (di sebalik papan pemuka) pada dua sisi kereta.

Komponen itu direka untuk mengurangkan roda dan objek lain menerjah masuk ke dalam kabin atau kawasan pek bateri sekiranya berlaku pelanggaran sekitar ofset depan (partially offset frontal).

Polestar 2 juga dilengkapi ciri FLLP (Front Lower Load Path) bagi melindungi penumpang dan pek bateri daripada impak pelanggaran depan seperti tiang. Ini penting kerana bahagian depan kereta tiada enjin pembakaran dalaman atau tidak sepadat ruang kereta konvensional.

Selain sistem keselamatan pek bateri, Polestar 2 juga dilengkapi Sistem Amaran Akustik Kenderaan (AVAS) yang berfungsi supaya pejalan kaki sedar tentang kehadiran kereta elektrik yang tiada bunyi enjin dan deruman ekzos.

BACA >>> Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang

BEG UDARA KERUSI

Model ini turut dipasangkan beg udara sisi baharu pada sebelah dalam kerusi depan sebagai perlindungan tambahan terhadap sisi badan pemandu dan penumpang depan. Atau dalam bahasa mudah, kerusi depan Polestar 2 tersimpan beg udara di kiri dan kanan.

Polestar 2 juga mempelopori teknologi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) generasi baharu yang kemudian akan digunakan pada model lain dalam Volvo Car Group. Fungi Bantuan Pilot (Pilot Assist) misalnya menawarkan bantuan pecutan, brek dan stereng hingga kelajuan 130kmj.

BACA >>> Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!

Bateri Polestar 2 EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Polestar Polestar 2 Roda4 Volvo Car Group Volvo Cars
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.