Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»inDrive Dapat Kelulusan APAD untuk Teruskan Operasi
Auto Terkini

inDrive Dapat Kelulusan APAD untuk Teruskan Operasi

SyafieBy Syafie22/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

inDrive dapat lesen APAD

PLATFORM e-hailing global, inDrive mengumumkan sudah menerima kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk meneruskan operasi di Malaysia selepas melengkapkan proses semakan pelesenan selama tiga bulan seperti ditetapkan agensi berkenaan.

Pengurus Operasi Pemandu inDrive Malaysia, Azlan Anwar berkata, kelulusan itu membolehkan syarikat bergerak ke depan dengan lebih yakin dalam memastikan kestabilan operasi, yang bukan saja untuk pemandu dan penumpang, tetapi keseluruhan ekosistem mobiliti negara.

Sepanjang beberapa bulan lalu, kami memperkukuh setiap aspek sistem pematuhan.

“Kami menambah baik prosedur dalaman, mengetatkan pengesahan dokumen dan mempertingkat proses audit bagi memastikan hanya pemandu yang memenuhi semua keperluan kawal selia dibenarkan aktif di platform,” katanya.

Pematuhan Lesen, Permit Jadi Keutamaan

Logo inDrive
Conton Lesen PSV

Azlan menjelaskan setiap pemandu inDrive diwajibkan memiliki:

  • Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sah
  • Perlindungan insurans e-hailing
  • Kenderaan layak digunakan atas jalan raya

Pemandu hanya akan diaktifkan dalam aplikasi selepas Permit Kenderaan E-Panggil (EVP) diluluskan APAD.

Hanya selepas semua kriteria ini dipenuhi dan EVP diluluskan, barulah pemandu akan diaktifkan dalam aplikasi kami,” katanya.

Pernah Diarah Henti Operasi

Seebagai rekod, APAD pada Mei tahun ini mengeluarkan perintah supaya inDrive menghentikan operasi di Malaysia atas alasan ketidakpatuhan keperluan pelesenan, selepas mendapati sebahagian pemandu beroperasi tanpa lesen EVP dan PSV sah.

Bagaimanapun, platform itu dibenarkan menyambung semula operasi dalam tempoh pemantauan tiga bulan bermula Julai 2025, sebelum kelulusan penuh diberikan.

Hampir Capai 40,000 Pemandu Aktif

Susulan kelulusan itu, Azlan berkata, inDrive akan terus memperkukuh operasi di Malaysia melalui:

  • Penambahbaikan proses pengambilan pemandu
  • Pengesahan semula dokumen yang lebih ketat
  • Audit dalaman berterusan
  • Peluasan inisiatif sokongan kepada pemandu

Beliau berkata platform itu kini hampir mencapai sasaran 40,000 pemandu aktif seluruh negara selepas berjaya mendaftarkan kira-kira 95 peratus daripada sasaran tersebut.

Ketika ini kami mempunyai inisiatif pemerolehan mudah alih dengan menumpukan kepada pemandu di kawasan kecil sekitar Lembah Klang, selain kiosk pengambilan pemandu di Johor Bahru dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, inDrive sedang meneliti pelbagai inisiatif tambahan bagi meningkatkan jumlah pemandu di Malaysia bagi mencapai sasaran ditetapkan.

SUMBER: AstroAwani

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Auto Terkini Azlan Anwar e-Hailing e-Hailing inDrive inDrive
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.