Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Indonesia Mahu Bina Fasiliti Ujian Perlanggaran Sendiri, Lebih Ketat daripada Asean NCAP
Auto Terkini

Indonesia Mahu Bina Fasiliti Ujian Perlanggaran Sendiri, Lebih Ketat daripada Asean NCAP

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Perhubungan Republik Indonesia (KemenHub) akan membangunkan Pusat Ujian Kelayakan Jalan Raya dan Pensijilan Kenderaan Bermotor (BPLJSKB), atau lebih dikenali sebagai ‘proving ground’ yang bertaraf antarabangsa di Bekasi, Jawa Barat.

Fasiliti itu yang sudah disebut sejak 2019, dan khabarnya akan siap dibina pada 2025 yang membolehkan pelaksanaan ujian kenderaan yang biasanya dibuat di luar negara kini dapat dilakukan di Indonesia.

Selain meningkatkan piawaian keselamatan untuk pengeluaran kereta domestik, pembinaan Proving Ground itu akan meningkatkan potensi kenderaan eksport dari industri automotif republik tersebut.

Ketua Pengarah Perhubungan Darat di KemenHub, Budi Setiyadi berkata, Indonesia bakal mempunyai piawaian ujian kemalangan kereta sendiri apabila kemudahan itu siap dibina kelak.

Nanti ada standard NCAP Indonesia. Itu diminta KNKT (Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional), termasuk rolling test.

Fasiliti dibangun bertaraf antarabangsa dan setiap kenderaan wajib melalui ujian pelanggaran seperti dinyatakan UNR (Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Direktorat Pengangkutan Darat Kementerian Pengangkutan, Dewanto Purnacandra berkata, beberapa aspek Asean NCAP akan diserapkan pada fasiliti berkenaan.

Nanti ada 19 perkara akan diterima pakai daripada Asean NCAP. Khusus Indonesia, akan ada tambahan rolling test. Draf itu sudah ada dan kita sedang menyediakannya selari pembinaan,” katanya.

Antara piawaian diuji adalah perlindungan penumpang kanak-kanak dan dewasa, bantuan keselamatan, keselamatan motosikal, pengesan titik buta, perlindungan pejalan kaki, dan teknologi keselamatan penunggang termaju juga akan diuji.

Selain model kereta konvensional, model elektrik juga boleh diuji di fasiliti ini seperti ujian ketahanan bateri, kekuatan casis hingga ujian pelanggaran,” kata Dewanto lagi.

BACA >>> 128 Juta Pemilik Motor Berdaftar Jadi Bukti Industri Motosikal Indonesia Masih Kecil
BACA >>> Euro NCAP Bakal Guna Patung Dummy Gemuk untuk Ujian Perlanggaran

SUMBER: Kompas.com

ASEAN NCAP Auto Terkini Budi Setiyadi Dewanto Purnacandra Indonesia Kementerian perhubungan Proving Ground Rolling test ujian pelanggaran
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.