Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Indonesia Lancar Mazda 2 Sedan, Harga RM101k
Roda2

Indonesia Lancar Mazda 2 Sedan, Harga RM101k

Han OthmanBy Han Othman01/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDONESIA minggu lalu baru saja melancarkan Mazda 2 Sedan dengan menemani Mazda 2 sedia ada dalam bentuk hatchback.

Sedan generasi kedua itu mula diperkenalkan untuk pasaran republik itu pada 2010, tetapi gagal menyaingi jualan model hatchback. Varian itu diperkenalkan sebagai alternatif kepada pembeli yang mahu tampil berbeza dan lebih menarik, ia dijual pada harga sama seperti hatchback, iaitu Rp338.8 juta (RM101,460).

BACA >>> SUV Elektrik Mazda MX-30 (2022) Buka Tempahan! 12 Perkara Anda Perlu Tahu
BACA >>> Mazda2 Remuk Teruk, Tetapi Pemandu Hanya Luka Kecil

Perbezaan ketara berbanding hatchback sudah tentu bahagian but lebih luas dengan kapasiti 440 liter (hatchback, 250 liter) yang pasti menarik perhatian pembeli berkeluarga. Rekabentuk lampu belakang juga berbeza, termasuk bampar belakang baharu.

Selebihnya, gaya model sedan ini tidak jauh berbeza dengan varian hatchback dengan rekaan lampu depan tirus, dan gril ikonik yang mengekalkan falsafah rekabentuk KODO dengan rim 16 inci.

BACA >>> Mazda2 dengan SkyActiv dan Falsafah Kodo, Pencabar Baharu Segmen-B

Berikut spesifkasi Mazda 2 Sedan:

  • Dijana enjin 16-injap S-VT 4-silinder sebaris 1,496cc SKYACTIV-G DOHC berkuasa 109hp @ 6,000rpm, dan tork 144Nm @ 4,000rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi strut MacPherson (depan), dan gandar torsi beam (belakang).
  • Ada liwa warna pilihan: Soul Red Crystal Metallic (merah), Machine Grey Metallic (kelabu), Jet Black Mica (hitam), Snowflake White Pearl Mica (putih) dan Platinum Quartz Metallic (perak).
  • Lampu LED penuh, lampu utama dengan ciri boleh laras auto.
  • Kerusi boleh laras manual, kawalan jelajah, pedal syif, pengecas telefon pintar wayarles (Qi), unit infotainmen Mazda CONNECT dengan 6 pembesar suara.
  • Kapasiti tangki minyak 44 liter.
  • Ciri keselamatan: 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Luncur Bukit (HLA), sensor parkir belakang (sisi dan tengah), Pemantau Titik Buta (BSM), dan Bantuan Trafik Lintas Belakang (RCTA)

Di Malaysia, sedan Mazda 2 dijual pada harga RM103,000, juga sama harga dengan model hatchback.

BACA >>> Spesifikasi Mazda2 (2021) Facelift Thailand, Harga Mula RM73k

SUMBER: Mazda.co.id | Liputan6

Auto Terkini Mazda 2 Sedan Mazda Indonesia Mazda2 Mazda2 Sedan Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

27/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.