Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Tucson (2021) Didedahkan, Tampil Rekabentuk Revolusioner
Roda4

Hyundai Tucson (2021) Didedahkan, Tampil Rekabentuk Revolusioner

Abang HirataBy Abang Hirata21/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGAGUMKAN! Inilah kesimpulan yang dapat dibuat untuk Hyundai Tucson (2021) generasi keempat ini.

Tucson hadir dengan rekabentuk revolusioner berdasarkan identiti rekabentuk baharu Hyundai, iaitu Sensuous Sportiness. Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini ialah model global penting buat Hyundai kerana mencatatkan jualan memberangsangkan, iaitu lebih 7 juta unit sejak dilancarkan pada 2004.

Daripada jumlah itu, 1.4 juta unit terjual di Eropah yang mana jualan kumulatif menjadikan Tucson sebagai SUV Hyundai paling laris di dunia. Sebagai SUV global, Tucson juga dijual di pasaran Malaysia sejak generasi pertama hingga ketiga.

BACA >>> Hyundai Siar Foto Acah Tucson (2020) dengan Rekabentuk Serba Futuristik

REKABENTUK LUARAN

Tucsonz (2021) ialah SUV baharu pertama Hyundai yang menggunakan identiti Sensuous Sportiness, berilhamkan keharmonian empat elemen asas, iaitu perkadaran, arkitektur, gaya dan teknologi.

Rekabentuk luaran membawa sudut agresif dengan garis tajam tanpa mengetepi karakter ranggi yang menjadi signatur Tucson. Secara keseluruhan, model kali ini lebih besar berbanding generasi terdahulu dengan dimensi panjang 4,500mm (+20mm), lebar 1,865mm (+15mm), dan tinggi 1,650mm (+5mm), manakala jarak roda 2,680mm (+10mm) dan ruang kaki tempat duduk kedua lebih luas 996mm (+26mm).

Antara elemen menarik Tucson ialah paten geometrik, Parametric Jewels yang menonjolkan karakter progresif SUV ini.

Contoh paling jelas ialah gril depan dengan Parametric Hidden Lights. Apabila lampu ditutup, paten geometrik gelap akan muncul yang tiada beza dengan lampu siang (DRL) LED yang disepadukan bersama gril. Apabila lampu dihidupkan pula, bahagian krom gelap pada gril akan bertukar kepada bentuk seperti permata yang tampil anggun dan sofistikated.

BACA >>> Hyundai Tucson 1.6L Turbo (2017), Enjin Kompak Kuasa Besar (176hp, 265Nm)

Begitu juga bahagian sisi dengan rekaan Parametric Jewels. Permukaan Tucson sarat dengan bentuk dan garisan tajam serta nampak seperti bergerak ke depan walaupun dalam keadaan statik.

Bahagian belakang lebih tenang, tetapi tetap bergaya dengan lampu lebar dan perincian nyalaan Parametric tersorok. Paten ini  turut dibawa pada bampar dengan efek tiga dimensi (3D) di bahagian bawah dan dipadankan kemasan sporty.

REKABENTUK DALAMAN

Jika bahagian luaran sarat dengan corak Parametric, ruang dalaman Tucson pula jauh berbeza ibarat dunia terpisah. Ruang kabin Tucson membawa definisi baharu gaya minimalis. Bukan ringkas dan kosong hingga membosankan, tetapi ibarat bilik yang teratur kemas yang mampu menenangkan pemandu dan penumpang.

Elemen paling ketara dan menarik perhatian ialah kluster instrumen pemandu direka senada dengan papan pemuka dan tiada skrin dipasang tinggi. Semuanya diatur separas. Bahagian tengah papan pemuka mengambil ilham air terjun dengan kemasan perak bersambung hingga pintu belakang.

Skrin AVN-T 10.25 inci terhidang di tengah papan pemuka tanpa tombol atau butang fizikal. Semua kawalan AVN (audio, video, navigasi), pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara dikawal secara sentuhan. Ini menjadikan Tucson sebagai model Hyundai pertama menggunakan konsol skrin sentuh penuh.

Dengan saiz lebih besar berbanding generasi terdahulu, ruang kabin kini lebih luas untuk penumpang belakang. Ruang but juga lebih luas mengikut varian dengan kapasiti daripada 620 liter hingga 1,799 liter apabila kerusi dilipat.

BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 – 7DCT yang Perlu Anda Tahu

TRENKUASA

Pengguna ditawarkan pelbagai jenis pilihan iaitu enjin pengecas turbo, hibrid dan hibrid ringan (mild hibrid). Model hibrid menggunakan enjin 1.6L T-GDI  dengan motor elektrik 44.2kW dan bateri litium-ion 1.49kWh serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan automatik (6AT) dalam opsyen pacuan dua roda (2WD) dan empat roda (4WD).

Enjin dan motor elektrik ialah pilihan paling berkuasa dalam varian Tucson dengan kombinasi output 228hp. Bagi model hibrid ringan 48V, pengguna diberikan tiga pilihan:

  • 1.6L T-GDI Smartstream (148hp) 2WD
  • 1.6L T-GDI Smartstream (178hp) dengan pilihan pacuan 4WD
  • 1.6L CRDi Smartstream (134hp) dengan pilihan pacuan 4WD

Varian 1.6L T-GDI (148hp) dengan hibrid ringan 48V ditawarkan dua pilihan transmisi manual pintar 6-kelajuan (6iMT) dan dual-klac (DCT) 7-kelajuan (7DCT).

Satu lagi varian, 1.6L T-GDI (178hp) ditawarkan transmisi 6iMT untuk 2WD dan 7DCT untuk 4WD. Bagi varian 134hp dengan enjin 1.6L CRDi  hibrid ringan 48V menggunakan transmisi 7DCT dengan pilihan 2WD dan 4WD.

Tanpa sistem hibrid ringan 48V, enjin petrol 1.6L T-GDI Smartstream memiliki kuasa 148hp dengan transmisi manual6-kelajuan dalam opsyen 2WD dan 4WD. Trenkuasa diesel 1.6L CRDi Smartstream (113hp) pula menggunakan transmisi manual 6-kelajuan dengan pacuan 2WD.

Keupayaan pacuan 4×4 Tucson dibantu ciri Terrain Mode yang ada pada varian hibrid dengan transmisi automatik dan menggunakan teknologi 4WD HTRAC. Mod pemanduan lain yang boleh digunakan pemandu ialah Mud, Sand dan Snow yang turut menggunakan teknologi HRAC mengikut kondisi rupa bumi.

TEKNOLOGI KESELAMATAN

Tucson baharu mempunyai senarai panjang teknologi keselamatan. SUV ini dilengkapkan 7 beg udara, Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA), Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Jejak Lorong (LFA) dan Sistem Pemantau Titik Buta (BLIS).

JUALAN

Tucson akan ditawarkan di Korea pada bulan ini dan dijadualkan tiba di bilik pameran Eropah penghujung tahun ini, manakala jualan peringkat global dijadualkan bermula penggal pertama 2021. Perkhabaran menarik, Hyundai juga merancang menawarkan varian sporty Tucson N Line.

Bagi pengguna tempatan, kita tunggu pengesahan Hyundai-Sime Darby Motors .

BACA >>> Hyundai Elantra N Line (2021) Debut dengan Enjin 1.6L Turbo, 201hp

GALERI
hyundai Hyundai Tucson Hyundai Tucson (2020) Hyundai Tucson (2021) Hyundai Tucson Generasi Keempat Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Parametric Hidden Lights Roda4 Sensuous Sportiness SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest 2026 Baharu Lancar di Malaysia dalam Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    09/06/2026
    Audi Nuvolori 2027
    HEV

    Audi Nuvolari 2027 – Supercar Hibrid Pertama Audi Berkuasa 1,001ps, Sepantas Lebih 349kmj

    09/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.