Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Elantra N Line (2021) Debut dengan Enjin 1.6L Turbo, 201hp
Roda4

Hyundai Elantra N Line (2021) Debut dengan Enjin 1.6L Turbo, 201hp

Han OthmanBy Han Othman13/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Elantra N Line (2021) baru saja didedahkan dengan rupa baharu lebih sporty dan prestasi dinaik taraf.

Sedan ini dijana enjin 1.6L GDI Turbo, sama seperti model N Line lain dengan menghasilkan kuasa 201hp dan tork 265Nm, manakala transmisi diberikan opsyen manual 6-kelajuan atau dual-klac (DCT) 6-kelajuan dalam pacuan roda depan.

BACA >>> Hyundai i30 N Line – Untuk yang Mahukan Rupa Hot-Hatch, Tetapi Kuasa Biasa-Biasa

Hyundai mendakwa melakukan beberapa penambahbaikan mekanikal ke atas sistem suspensi Elantra N Line (2021) bagi meningkatkan ketegaran untuk mendapatkan prestasi cengkaman, tetapi tidak memperincikan aspek perubahan yang dibuat. Brek cakera juga lebih besar untuk versi N Line, tetapi juga tiada maklumat dikongsi pengeluar Korea itu tentang saiz komponen tersebut.

Elantra N Line (2021) tampil dengan gaya memukau menerusi skema rekabentuk ‘Parametric Dynamics’. Bahagian gril tersemat lencana N Line. Turut menarik perhatian ialah trim baharu sekitar ambilan udara depan yang bukan hanya menyerlahkan penampilan, tetapi menyokong prestasi aerodinamik dan penyejukan enjin.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

Tambahan gaya spesial ialah skirt sisi sporty dan rim aloi 18 inci uni dengan rekabentuk bilah kipas dalam kemasan hitam-perak yang unik.  Cermin sisi dan skirt disempurnakan dengan cat hitam berkilat. Rekabentuk menawan diteruskan hingga belakang menerusi spoiler bersepadu, paip ekzos krom dan difuser N Line.

Ciri keselamatan dibekalkan untuk Elantra N Line (2021) terdiri daripada Bantuan Elak-Perlanggaran Depan (FCAA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Susur Lorong (LFA), Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW), dan Bantuan Elak-Perlanggaran Titik Buta (BSCAB) dengan Bantuan Elak-Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCTCAA).

Hyundai juga melancarkan alat gantua prestasi N yang membolehkan pemilik membikin model N Line ini mengikut cita rasa peribadi.

Tiada tarikh pelancaran diberikan. Apa diketahui setakat ini, Elantra N Line (2021) dijangka dilancarkan di Australia pada penggal akhir 2020 dan dijual sebagai i30 Sedan N Line.

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Volkswagen Arteon R-Line Kini di Malaysia, Harga RM220k!

GALERI
hyundai Hyundai Elantra Hyundai Elantra N Line Roda4 Sedan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

08/05/2026
Auto Terkini

Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

08/05/2026
Roda4

Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

08/05/2026
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

#AutoChina2026: Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Bawa DNA 911

07/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.