Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Elantra N (2022) – Sedan Berkuasa dengan Pilihan Gear Manual, 276hp, 392Nm
Roda4

Hyundai Elantra N (2022) – Sedan Berkuasa dengan Pilihan Gear Manual, 276hp, 392Nm

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HYUNDAI mendedahkan sport sedan terbaharu yang ditunggu ramai, Elantra N (2022) yang bakal memasuki pasaran global menjelang akhir tahun ini. Belum ada harga rasmi diberikan.

Model terbaharu dalam barisan kenderaan prestasi tinggi dikeluarkan pengeluar automotif Korea Selatan itu berkongsi nadi sama seperti Kona N, Veloster N dan i30 N. Berikut perinciannya:

  • Trenkuasa petrol 4-silinder sebaris dengan pengecas turbo 2.0L berkuasa 276hp dan tork 392Nm. Ada dua pilihan sistem transmisi iaitu manual 6-kelajuan dan dual-klac (DCT) 8-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.3 saat. 
  • Hadir dengan ciri boost tambahan, N Grin Shift (NGS) untuk tambahan output kuasa 10hp bagi pecutan singkat sekitar 20 saat.

BACA >>> Foto Hyundai Elantra N Baharu Didedahkan, Kuasa 275hp!

  • Teknologi Diferensial Gelincir Terhad Elektronik (e-LSD) diberikan  sebagai ciri standard untuk membantu menyalur kuasa kepada roda depan.
  • Dipadukan sistem suspensi kawalan elektronik generasi kedua dengan casis ditambah baik untuk memberikan pemanduan bertenaga berbanding versi standard.

BACA >>> Betul Ke Kos Servis Hyundai Mahal?

  • Sesendal suspensi depan jenis dwi-kompaun untuk mengimbang keselesaan dan pemanduan berprestasi.
  • Rekabentuk paling agresif adalah bahagian depan dengan ventilator angin besar dan gril hitam. Juga aksen merah pada difuser belakang, dan skirt sisi.
  • Bahagian belakang diserikan dengan spoiler, dwi-ekzos besar dan reflektor difuser. Kelihatan antena sirip jerung atas bumbung.

BACA >>> Varian Baharu Hyundai Elantra Executive (2021) Kini di Malaysia, Harga RM139,888

  • Rim 19 inci rekaan baharu dibalut tayar Michelin Pilot 4S 245/35ZR, iaitu 10mm lebih lebar daripada Veloster N. Sedan ini menggunakan cakera brek lebih besar, 360mm.
  • Kabin Elantra N didominasi tona gelap dengan kerusi buket dan sistem sokongan ekstra. Ada sulaman N pada penyandar. Juga pilihan set kerusi lebih nipis dan 10mm lebih rendah dengan logo N berlampu.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tayar Belakang Lebih Besar Boleh Tambah Top Speed?
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?

  • Stereng dilengkapkan pelbagai butan kawalan, tombol gear dan set pedal aluminium untuk karakter sport.
  • Kluster instrumen memaparkan maklumat tambahan seperti suhu pendingin (coolant) dan minyak, tekanan boost dan output tork. Ada unit indotainment skrin sentuh dengan paparan masa lap dan pelbagai ciri konektiviti moden.
  • Elantra N disediakan bunyi enjin digital termasuk efek kereta lumba TCR selain Sport, High Performance dan Custom, tetapi boleh dipadamkan mengikut cita rasa pemandu.

BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
BACA >>> Teksi Udara Hyundai-GM Mula Operasi 2025
BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Kereta Porsche Tiada Gril?

SUMBER: AutoBlog | Motor1 | TopGear

Auto Terkini CVVD Hyundai hyundai Hyundai Elantra N (2022) Hyundai N Hyundai Siri N Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.