Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
Roda4

Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI-Sime Darby Motors (HDSM) sebentar tadi melancarkan Kona versi dipertingkat (facelift) edisi 2021 yang didatangkan dengan trenkuasa baharu dan beberapa ciri moden.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu kini didatangkan dalam dua varian pilihan dengan harga seperti berikut, termasuk cukai jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia, iaitu:

  • Kona Standard – RM119,888
  • Kona Active – RM136,888 (premium)

Berikut perincian mengenai Kona (2021) facelift:

TRENKUASA

  • Kedua-dua varian dijana enjin petrol 4-silinder Smartstream G2.0 Atkinson 1,999cc berkuasa 147hp @ 6,200rpm dan tork 180Nm @ 4,500rpm. Pecutan 0-100kmj ialah 9.7 saat, manakala kelajuan maksimum 198kmj.
  • Menggunakan kotak gear mirip CVT, iaitu transmisi variabel pintar (IVT) dan dinamakan sebagai Smartstream IVT 8-kelajuan. Transmisi ini memastikan penukaran gear lebih lancar, praktikal dan menjimatkan bahan api.
  • SUV pacuan dua roda ini ada empat mod pemanduan: Normal, Eco, Sport dan Smart, termasuk tiga pilihan mod Kawalan Traksi: Snow (salji), Mud (lumpur) dan Sand (pasir). Kenapa salji? Sebabnya, ini ialah model import (CBU) dari Korea Selatan.
  • Enjin Smartstream menawarkan prestasi dinamik yang lebih lancar, pengalaman pemanduan selesa, rendah emisi dan cekap bahan api.
  • Enjin kedua-dua varian boleh dihidupkan dan dimatikan menggunakan kunci kawalan jauh.

WARNA

  • Kona Standard ada empat warna badan: Chalk White (putih), Galactic Grey (kelabu), Surfy Blue (biru) dan Pulse Red (merah). Kemasan kabin tona gelap dengan upholsteri fabrik.
  • Kona Active ada lima warna badan dan dua warna kabin: Surfy Blue (biru), Ignite Flame (merah) dan Misty Jungle (kelabu) dengan kemasan kabin hitam. Pilihan warna Dive in Jeju (biru) dan Dark Knight (hitam) menampilkan kemasan kabin Light Beige (kuning cair). Upholsteri pula menggunakan material kulit.

REKABENTUK

  • Ada pembaharuan membabitkan bampar depan, bampar belakang, lampu depan dan belakang, gril dan rim.
  • Lampu signal belok Active diposisikan bersama lampu siang (DRL), manakala lampu utama dan belakang jenis LED. Hanya lampu kabus masih mentol halogen. Varian Standard pula kekal dengan lampu mentol.
  • Bahagian sisi didapati lebih panjang 40mm berbanding model lama, tetapi saiz ruang kabin masih sama seperti model terdahulu.
  • Varian Standard diberikan rim 17 inci dengan tayar Nexen N-Fera SU1 215/55. Varian Active menggunakan rim 18 inci dan tayar Continental PremiumContact 6 (235/45). Tiada lagi antena batang dan digantikan sirip jerung (shark fin) yang tebal dan trendy.

KABIN

  • Ada perubahan kabin, khususnya papan pemuka yang dipisahkan bahagian konsol tengah. Gaya papan pemuka kini lebih lapang dan ventilator penyaman udara turut direka semula.
  • Brek tangan digantikan butang Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan fungsi Pegun Automatik (Auto Hold) atas permintaan pelanggan Hyundai sebelum ini.
  • Varian Active dipasangkan unit infotainment LCD digital penuh 10.25 inci dan paparan dongak (HUD), manakala varian Standard masih menggunakan kluster instrumen analog.
  • Kedua-dua varian menggunakan unit infotainment skrin sentuh LCD AVN 8 inci yang dilengkapi konektiviti wayarles Android Auto dan Apple CarPlay, termasuk dibekalkan sistem navigasi Google Map dan Waze. Kawalan audio boleh dikawal menerusi butang stereng.
  • Kerusi pemandu Active jenis boleh laras elektrik, manakala Standard masih manual.

CIRI KESELAMATAN

Kona Standard dan Active menerima ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Sistem Kenderaan (VSM), Sistem Kawalan Traksi (TCS), ISOFIX, Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Kawalan Turun Bukit (HDC), Sistem Bantuan Parkir (PAS).

Varian Active menerima teknologi bantuan pemandu Hyundai Smart Sense, terdiri daripada:

  • Bantuan Cegah Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Cegah Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Ikut Lorong (LFA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)
  • Bantuan Suluh Tinggi (HBA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Amaran Penumpang. Belakang (ROA)
  • Amaran Keluar Selamat (SEW)

Setiap pembelian dipakejkan waranti lima tahun atau had perbatuan 300,000km. Selain itu, pembeli Kona facelift (2021) juga menerima servis penyenggaraan percuma tiga tahun atau had perbatuan 50,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Lancar 16 April Ini! Harga Masih Misteri
BACA >>> Hyundai Kona Electric (2021) Facelift Lancar di Australia, Harga Mula RM195k
BACA >>> Hyundai Kona N Akan Guna Enjin 2.0L Turbo, Transmisi DCT 8-Kelajuan, Kuasa Dijangka 275hp!
BACA >>> Hyundai Malaysia Akan Lancar Palisade, Kona Facelift Tidak Lama Lagi

HYUNDAI KONA 2.0 ACTIVE
HYUNDAI KONA 2.0 STANDARD
Hyundai Kona Hyundai Kona 2.0 Active Hyundai Kona 2.0 Standard Hyundai Kona FL (2021) Hyundai Simer-Darby Motors Hyundai Smart Sense Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.