• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Malaysia Akan Lancar Palisade, Kona Facelift Tidak Lama Lagi

Hyundai Malaysia Akan Lancar Palisade, Kona Facelift Tidak Lama Lagi

March 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bakal melancarkan dua model baharu ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.  Bagaimanapun, harga untuk kedua-dua model jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) berbeza segmen itu masih belum didedahkan.

BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

Dua SUV itu ialah model saiz pertengahan (mid-size) premium mewah, Palisade dan SUV segmen-B, Kona Facelift dengan spesifikasi seperti berikut:

1. HYUNDAI PALISADE

  • Didatangkan sebagai SUV premium dengan konfigurasi 7-kerusi dan dibina berasaskan casis baharu yang menawarkan keselesaan ruang untuk tempat duduk barisan kedua dan ketiga, termasuk ruang but luas.
  • Menggunakan trenkuasa kitaran Atkinson, 3.8L V6 dengan teknologi suntikan terus (DI), pemasaan injap variabel berterusan (CVVT) kembar, berkuasa 291hp @ 6,000rpm dan tork 355Nm (5,000rpm).
  • Ciri paparan dongak (HUD) memaparkan imej maya pada cermin depan untuk membantu meningkatkan tahap kejelasan lebih baik. Ciri ini menggunakan sistem pantulan yang bersambung dengan skrin LCD TFT berwarna. Tahap kecerahan boleh dilaras mengikut pemanduan siang dan malam.
  • Ada difuser bumbung untuk menyalurkan angin penyaman udara sama ada separuh atau penuh dengan lebih senyap kepada penumpang di barisan tempat duduk belakang.

BACA >>> Hyundai Mohon Trademark Nama 'Palisade', Mungkinkah Nama SUV Saiz Penuh Baharu?

2. HYUNDAI KONA FACELIFT (2021)

  • Dikategorikan SUV kompak pacuan dua roda (2WD) yang dijana enjin petrol kitaran Atkinson  4-silinder Smartstream G2.0 dengan transmisi automatik CVT berkuasa 147hp @ 6,200rpm dan tork 180Nm (4,500rpm).
  • Enjin Smartstream memberi prestasi dinamik lebih lancar, pengalaman pemanduan selesa, mengurangkan emisi karbon dan cekap penggunaan bahan api.
  • Rekabentuk bahagian depan lebih segar, dilengkapi rim 17 inci dan 18 inci serta tambahan teknologi bantuan pemandu termaju Hyundai SmartSence selain alat penghidup enjin jarak jauh.
  • Memaparkan rekabentuk luaran sporty, terutama bonet depan, sebahagian tema global 'Sensuous Sportiness Hyundai'.
  • Konsol dalam kabin diberi sentuhan lebih baik dengan rekaletak horizontal, manakala ventilator penyaman udara udara dan pembesar suara mendapat kemasan baharu aluminium.
  • Cahaya ambien dinaik taraf, termasuk bahagian pemegang cawan dan lampu lantai yang disediakan buat penumpang depan dan sisi pemandu.
  • Ada pilihan warna dalaman baharu, termasuk trim untuk Kona Facelift.
  • Harga kedua-dua model belum diumumkan.

BACA >>> Hyundai Kona N Akan Guna Enjin 2.0L Turbo, Transmisi DCT 8-Kelajuan, Kuasa Dijangka 275hp!
BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Kona (2020) di Malaysia, Harga Mula RM115k

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai-Sime Darby Motors, Kereta Korea Selatan, Kona Facelift (2021), Palisade, SUV, SUV Hyundai 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my