• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Kona N Akan Guna Enjin 2.0L Turbo, Transmisi DCT 8-Kelajuan, Kuasa Dijangka 275hp!

Hyundai Kona N Akan Guna Enjin 2.0L Turbo, Transmisi DCT 8-Kelajuan, Kuasa Dijangka 275hp!

January 12, 2021 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


BUKAN saja model siri i30 dan i20, Hyundai juga bakal memperkenalkan lencana N untuk kenderaan utiliti sukan (SUV), Kona apabila mendedahkan foto terbaharu model prestasi tersebut.

Apabila dilancarkan kelak, Kona N akan menjadi SUV prestasi pertama dilancarkan Hyundai. Walaupun rupa sebenar dibalut seragam kamoflaj, tetapi pengeluar dari Korea itu mengesahkan spesifikasi model tersebut yang akan dijana enjin 2.0L pengecas turbo dengan transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan. Hyundai turut menjanjikan ciri pemanduan prestasi tinggi seperti Kawalan Luncur dan deruman ekzos emosional.

Walaupun SUV bukanlah kenderaan sporty, tetapi menurut Hyundai, Kona N akan memiliki pengalaman pemanduan yang berkuasa dan tangkas. SUV tersebut juga menawarkan banyak versatiliti dan keseronokan memandu seperti model siri N lain.

Maklumat tambahan akan disiarkan dalam beberapa minggu akan datang. Apa didedahkan, rekabentuk luaran Kona N nanti akan tampil lebih sporty dengan bampar baharu dan sistem dwi-ekzos unik. Juga dipasangkan set rim aloi ringan yang dipadankan sistem brek prestasi tinggi dengan kaliper merah.

Angka kuasa masih lagi dirahsiakan, tetapi apa yang pasti Kona N akan lebih superior berbanding model biasa sedia ada dengan enjin 1.6L pengecas turbo berkuasa 195hp dan tork 265Nm. Dengan enjin bersesaran besar, kuasa dihasilkan dijangka mencecah setinggi 275hp.

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Kona (2020) di Malaysia, Harga Mula RM115k
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

hyundai-kona-n-camouflage-1
hyundai-kona-n-camouflage-2
hyundai-kona-n-camouflage-3
hyundai-kona-n-camouflage-4
hyundai-kona-n-camouflage-5
hyundai-kona-n-camouflage-6
hyundai-kona-n-camouflage-7
hyundai-kona-n-camouflage-8
hyundai-kona-n-camouflage-9
hyundai-kona-n-camouflage-10
hyundai-kona-n-camouflage-11
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: auto terkini, Crossover, Hyundai Kona N, Hyundai Motor Group, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: Kenapa 'Coolant' Enjin Sangat Penting?
    #TahukahAnda: Kenapa 'Coolant' Enjin Sangat Penting?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
    Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my