Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Kona (2020) di Malaysia, Harga Mula RM115k
Auto Terkini

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Kona (2020) di Malaysia, Harga Mula RM115k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Kona baru saja menjengah pasaran Malaysia yang bakal bersaing sengit dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B sedia ada di pasaran seperti Honda HR-V, Toyota CH-R, Mazda CX-3 dan Proton X50 (juga baru dilancarkan).

Apa yang menarik tentang Kona (2020) versi Malaysia ini? Kami senaraikan lima fakta ringkas yang perlu anda tahu mengenai SUV subkompak Hyundai ini.

1. ADA TIGA VARIAN

Pasaran Malaysia menerima tiga pilihan varian pada harga bermula RM115,888 seperti berikut:

  • Kona 2.0 – RM115,888
  • Kona 2.0 Active – RM130,888
  • Kona 1.6 Turbo – RM143,888

Warna pula ditawarkan dalam lima pilihan menarik, iaitu Chalk White, Ceramic Blue, Blue Lagoon, Pulse Red dan Phantom Black.

2. ADA DUA VARIAN ENJIN

Hyundai Kona 1.6 TGDi High
Hyundai Kona 2.0 Active

Kona didatangkan dengan dua pilihan enjin, iaitu:

  • Nu 2.0L Atkinson – aspirasi natural (NA)
  • Gamma 1.6L T-Gdi – pengecas turbo (paling premium)

Varian 2.0 Standard dan 2.0 Active menggunakan enjin 2.0 MPI D-CVVT, sama seperti trenkuasa Sonata, Elantra dan Tucson, tetapi mendapat talaan berbeza dengan padanan kitaran Atkinson supaya bersesuaian karakter SUV. Enjin ini menghasilkan kuasa 147hp @ 6,200rpm dan tork 180Nm @ 4,500rpm serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.

Varian premium, 1.6 TGDi High pula menggunakan enjin Gamma 1.6 T-Gdi berkuasa 177hp @ 5,500rpm dan tork 265Nm @ 1,500-4,500rpm, dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Setiap enjin dalam sistem pacuan roda depan (2WD) dan dilengkapkan dengan tiga mod pemanduan: Comfort, Eco dan Sport.

3. LUARAN FUNKY

Kona standard tampil moden menerusi  gril corak tindan (cascading) lebih besar dan rekaan lampu depan kembar berserta lampu kabus belakang dan lampu siang (DRL) LED. Varian 2.0 Active dan 1.6 Turbo hadir dengan lampu kabus depan, lampu utama LED jenis Bi Function Projection Beam, manakala model standard cuma halogen.

Membezakan 1.6 Turbo ialah rel bumbung dan warna badan dwi-tona, dengan rim aloi 18 inci 235/45 R18. Varian 2.0 Active dan 2.0 pula dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar 215/55 R17.

4. DALAMAN SERBA MODEN

Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 1.6 TGDi High

Hyundai menamakan konsep rekabentuk Kona (2020) sebagai antaramuka mesin manusia (HMI). Motifnya, memudahkan pengguna menyesuaikan diri dengan butang kawalan sekitar papan pemuka.

Dua varian atasan ditawarkan kluster instrumen Supervision LCD TFT 4.2 inci, unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple Car Play dan Android Auto dan 6 pembesar suara, dan kawalan klimat penyaman udara (AC) penuh satu zon.

Model SUV ini turut dibekalkan kunci pintar dengan punat tekan-mula, kamera pandang belakang, kawalan lampu automatik, 2 port USB, dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), manakala varian premium ditambah paparan dongak (HUD), pengecas wayarles Qi (1.6 Turbo), sistem henti lahu Idle Stop, sensor parkir depan dan belakang (2.0 Active sensor belakang sahaja) dan cermin pandang belakang automalap (1.6 Turbo).

5. CIRI KESELAMATAN

Setiap varian Kona (2020) dilengkapi standard dengan 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Sistem Kenderaan (VSM), Sistem Kawalan Traksi (TCS), ISOFIX, Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Kawalan Turun Bukit (HDC), Sistem Bantuan Parkir (PAS) .

Varian 1.6 Turbo mendapat tambahan teknologi bantuan pemandu Hyundai Smart Sense, terdiri daripada:

  • Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW)
  • Amaran Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Bantuan Suluh Tinggi (HBA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)

Setiap pembelian diberikan pakej waranti lima tahun atau had perbatuan 300,000km.

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Kona – SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!
BACA >>> Proton X50 Akhirnya Rasmi Lancar, Harga Bermula RM79,200!

GALERI
autoterkini hyundai Hyundai Kona Hyundai-Sime Darby Motors Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

    30/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.