• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Kona (2021) Facelift Lancar 16 April Ini! Harga Masih Misteri

Hyundai Kona (2021) Facelift Lancar 16 April Ini! Harga Masih Misteri

April 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi kenderaan Hyundai di Malaysia, HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) baru saja menyiarkan klip video memaparkan model Kona (2021) versi dipertingkat (facelift) di Facebook, dua hari selepas memuat naik satu foto acah.

Beberapa bahagian kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B itu sengaja ditonjolkan dalam klip video berdurasi 46 saat tersebut berserta tarikh rasmi pelancaran yang akan berlangsung secara maya, jam 10.30 pagi pada 16 April (minggu depan).

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

Berikut beberapa perincian yang dikongsi sebelum ini:

  • Mula dilancarkan ke pasaran Malaysia pada November 2020 sebagau unit import penuh (CBU) dari Korea Selatan pada harga RM143,888.
  • Dikategorikan SUV subkompak pacuan dua roda (2WD) yang dijana enjin petrol kitaran Atkinson  4-silinder Smartstream G2.0 dengan transmisi automatik CVT berkuasa 147hp @ 6,200rpm dan tork 180Nm (4,500rpm).
  • Enjin Smartstream memberi prestasi dinamik lebih lancar, pengalaman pemanduan selesa, mengurangkan emisi karbon dan cekap penggunaan bahan api.
  • Rekabentuk bahagian depan lebih segar dan sporty dengan dilengkapi rim 17 inci dan 18 inci. Rekabentuk luaran sporty, terutama bonet depan, sebahagian tema global 'Sensuous Sportiness Hyundai'.
  • Dilengkapi tambahan teknologi bantuan pemandu termaju Hyundai SmartSense selain fungsi penghidup enjin kawalan jauh.

  • Konsol dalam kabin diberi sentuhan lebih baik dengan rekaletak horizontal, manakala ventilator penyaman udara dan pembesar suara mendapat kemasan baharu aluminium.
  • Cahaya ambien dinaik taraf, termasuk bahagian pemegang cawan dan lampu lantai yang disediakan buat penumpang depan dan sisi pemandu.
  • Ada pilihan warna dalaman baharu, termasuk trim untuk Kona Facelift.
  • Harga rasmi untuk model facelift ini masih belum diumumkan.

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Kona (2020) di Malaysia, Harga Mula RM115k

HYUNDAI KONA (2020)
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active_14
Hyundai Kona 2.0 Active_18
Hyundai Kona 2.0 Active_20
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active
Hyundai Kona 2.0 Active_26
Hyundai Kona 2.0 Active_27
Hyundai Kona 2.0 Active_25
Hyundai Kona 1.6 TGDi_35
Hyundai Kona 1.6 TGDi_39
Hyundai Kona 1.6 TGDi_25
Hyundai Kona 1.6 TGDi_28

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hyundai Kona, Hyundai Kona Facelift, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev