Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Elec City – Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam Korea dengan Jarak 290km
Roda4

Hyundai Elec City – Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam Korea dengan Jarak 290km

Han OthmanBy Han Othman12/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI buat kali kedua melancarkan bas elektrik yang bakal dijadikan pengangkutan awam di Korea Selatan. Bas yang diberikan nama Elec City itu ditayangkan kepada umum sempena Pameran Mega Trak dan Bas Hyundai 2017.

Hyundai kali pertama mempamerkan bas elektrik penuh pada 2010. Namun, kenderaan elektrik (EV) tersebut tidak pernah memasuki fasa pengeluaran disebabkan kos bateri yang tinggi pada masa itu. Selepas tujuh tahun berlalu dan kos bateri mula semakin murah, barulah pengeluar automobil dari Asia Timur itu berani membuka mulut mengenai hal-hal pengeluaran dan jualan bas yang dikatakan dapat berada dalam pasaran seawal tahun depan.

BACA >>> #Bajet2020: Ada 500 Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam!

BATERI LEBIH LAMA, MURAH

Tampil dengan rupa konvensional, Elec City dikuasakan bateri polimer litium-ion 256kWh yang mampu memberikan jarak perjalanan hingga 290km, lebih 96.5 kilometer berbanding sedan EV, Ioniq. Kalau di Malaysia, sejauh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Merah, Perak, manakala kuasa dihasilkan motor elektrik 240kW itu dapat dicas penuh dalam masa sejam sahaja.

Dalam satu kenyataan, Hyundai berkata;

Elec City memberikan gambaran sepintas lalu ke arah masa depan pengangkutan awam. Bas ini menunjukkan kesesuaian trenkuasa elektrik-sepenuhnya bagi kegunaan komersil yang dirintis Hyundai Motor.

“Di atas jalan, Elec City menawarkan jarak pemanduan terbaik dalam kelas. Dengan bateri polimer litium-ion 256kWh, bas ini boleh dipandu sejauh 290km bagi sekali cas.”

Malah, bas elektrik ini turut memuatkan pelbagai kemudahan keselamatan dan berteraskan pengguna seperti Pemantauan Pandangan Keliling (AVM) dan Kluster Digital Warna Penuh.

BACA >>> Mara Liner Dilantik Wakil Sah Servis & Jualan Bas Elektrik Go Automobile

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini Bas bas elektrik Elec City EV hyundai Kenderaan Elektrik (EV) Korea Selatan pengangkutan awam
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Sistem tol MLFF di Lebuhraya Sungai Besi
Auto Terkini

Pakar: Nak Buat Tol Tanpa Palang (MLFF)? Selesaikan Dulu Budaya Elak Bayar Tol!

25/05/2026
Auto Terkini

Cik B Terima Lamborghini Urus RM2 Juta Sempena Hari Jadi ke-21

25/05/2026
Auto Terkini

TERKINI! Loke Arah JPJ Buka Semula Sistem Tukar Milik Online Hari Ini Juga!

25/05/2026
JPJ gantung sistem online disebabkan sistem tukar hak milik tanpa izin pemilik asal
Auto Terkini

AMARAN: JPJ Hentikan Semua Sistem Tukar Hak Milik Kenderaan Online, Digantung Mula Hari Ini

25/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.