Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Winner X (2022) Vietnam Tiada Lagi Signal Capang, Harga Mula RM8.4k!
Roda2

Honda Winner X (2022) Vietnam Tiada Lagi Signal Capang, Harga Mula RM8.4k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/12/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam melancarkan model terbaharu Winner X (2022) dalam tiga varian untuk pasaran negara itu pada harga bermula 46.09 juta dong (RM8,440).

Winner X (2022) menerima pembaharuan lebih sporty dengan rekabentuk lebih bersudut berbanding model terdahulu. Berikut perincian supermoped itu:

TRENKUASA

  • Trenkuasa sama, iaitu 4-lejang silinder tunggal 149.1cc DOHC berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Kadar penggunaan bahan api 1.99 liter per 100km, meningkat 0.29 liter berbanding model lama.

VARIAN DAN HARGA

  • Standard: 46.09 juta dong (RM8,440)
  • Special: 49.99 juta dong (RM9,160)
  • Sport: 50.49 juta dong (RM9,250)

PILIHAN WARNA

  • Standard: Hitam, putih-hitam, merah-hitam dan perak-hitam dengan grafik badan.
  • Special: Hitam-emas, merah-hitam-hijau dan perak-hitam-hijau tanpa grafik badan, warna kusam.

  • Sport: Merah-hitam-biru dengan grafik badan.

CIRI PEMBAHARUAN

  • Lampu signal belok depan kini disepadukan pada fairing sisi, tiada signal capang di depan.
  • Sudut muncung ekzos direndahkan 20º berikutan aduan pemilik terdahulu yang mendakwa asap ekzos terlalu kuat hingga ‘menembak’ pembonceng atau penunggang belakang.

BACA >>> Mat Motor Vietnam Mengadu Asap Ekzos Honda Winner X Tembak Muka Orang Belakang

  • Dimensi berubah dengan lebar disusutkan 66mm kerana menggunakan lampu signal belok baharu. Ukuran terbaharu kini ialah panjang 2,019mm, lebar 717mm, dan tinggi 1,014mm.
  • Jarak lega bumi berkurangan 1mm, manakala berat 122kg, turun 1-2kg berbanding model lama.

BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?

  • Menggunakan sistem kunci pintar sebagai ciri standard semua varian.
  • Varian Special dan Sport mendapata port USB Type-A untuk mengecas telefon pintar.

BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

  • Sistem rantai O-ring ditawarkan untuk varian Special dan Sport.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal pada brek depan disediakan untuk varian Special dan Sport.

BACA >>> #TahukahAnda: O-Ring atau X-Ring? Kenali Jenis Rantai Motosikal Anda

INFO TAMBAHAN

  • Winner X (2022) akan berada di pasaran Vietnam bermula 4 Januari 2022.
  • Pembelian disertakan waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000km (mana satu tiba dulu).
  • Tiada lagi buku manual bercetak dan hanya ada versi digital.
  • Winner 150 (Malaysia: RS150R) diperkenalkan di Vietnam di Pameran Motor Vietnam pada April 2016.
  • Generasi kedua Winner pula diperkenalkan pada 13 Julai 2019 dengan nama ditukarkan kepada Winner X.
  • Honda Vietnam menjual hampir 77,000 unit Winner X eepanjang Januari-November 2021.
  • Winner X (2022) mampu memecut 0-200 meter sepantas 10.9 saat.

BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar – Honda Winner Mula Risau
BACA >>> Yamaha Y15ZR VS Honda Winner 150 – Mana 1 Pilihan Anda?
BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar

Ekzos Honda Winner X Honda Vietnam Honda Winner X (2022) Kapcai roda2 Supermoped Winner X Generasi ke-2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Rafif on 04/02/2022 19:44

      Adakah winner x 2022 ini akan masuk ke malaysia

      Reply
    2. mrhm on 25/01/2023 09:28

      bila nak masuk malaysia ni..dengan keyless dan signal dah tak capang..lawa

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.