Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Vario vs Yamaha NVX: Perbandingan Awal Skuter Sporty 150cc
Auto Terkini

Honda Vario vs Yamaha NVX: Perbandingan Awal Skuter Sporty 150cc

ZYBy ZY01/09/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vario 150 yang dilancarkan baru-baru ini nyata menarik perhatian ramai peminat skuter Malaysia dengan gaya sporty (terutama versi Repsol) dan enjin 150cc, sekali gus menjadikan pesaing dalam kelas sama, Yamaha NVX 155 sebagai perbandingan yang tidak dapat dielakkan.

Paling menarik perhatian, tentu sekali harga Vario 150 yang ditawarkan bermula RM7,199* berbanding harga rasmi NVX 155, RM9,906.

Dengan penjimatan sekurang-kurangnya RM2,700 (sebelum mengambil kira inflasi harga NVX 155 di pasaran), adakah terdapat perbezaan besar antara kedua-dua skuter ranggi ini? Teruskan perbandingannya di bawah.

1. REKABENTUK DAN GAYA


Benar, tidak adil menilai rupa saja. Bagaimanapun, selain memuaskan cita rasa, rekabentuk sesebuah motosikal turut menentukan praktikaliti dan pengendalian jentera tersebut.

Perbezaan pertama paling jelas, kedua-dua skuter menampilkan frem berbeza. Tidak seperti Yamaha NVX 155 yang menggunakan frem underbone seperti kapcai Yamaha Y15ZR, Vario 150 masih mengekalkan identiti skuter dengan frem step-through (melangkah).

Bagi mereka yang sudah biasa menunggang skuter, pasti lebih selesa memilih Vario 150 kerana frem step-through memudahkan lebih banyak muatan (seperti papan luncur dan lain-lain barangan) yang sukar dibawa kapcai atau skuter frem underbone. Inilah antara sebab kenapa skateboarder suka skuter. Namun, jika soal muatan bukan isu, dan lebih gemarkan kapcai transmisi automatik, skuter Yamaha pasti lebih menepati kehendak anda.

BACA >>> Honda Vario 150 Kini di Malaysia, Harga Bermula RM7,199 – Mampukah Cabar Yamaha NVX 155?

Sedikit mengecewakan, skuter gaya sporty seperti Vario 150 dan NVX 155 tidak dibekalkan brek cakera belakang walaupun itu bukanlah ciri wajib ada untuk skuter sesaran rendah. Berbanding NVX 155, Vario 150 hanya dibekalkan roda dan tayar lebih nipis (depan dan belakang), nampak tidak seimbang dengan saiz badan yang lebar.

Dari segi rupa, NVX 155 pasti lebih menarik perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia berbanding Vario 150, tetapi tetap subjektif dan mengikut cita rasa peribadi.

2. CIRI DAN PRAKTIKALITI


Berita baik di sini, kedua-dua skuter menawarkan ciri canggih yang pasti dicemburui peminat motosikal lain.

Seperti NVX 155, Vario 150 turut menawarkan paparan meter LCD penuh dengan pelbagai indikator, sistem kawalan jauh tanpa kunci (remote keyless) dengan imobiliser(SMART, sudah ada pada Honda PCX 150), lampu LED (depan dan belakang) dan sistem Henti-Lahu (Idling Stop System – ISS).

Tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada skuter Honda, tetapi didatangkan dengan sistem brek kombi. Jadi, tidak kira tuil brek sebelah mana ditarik, kuasa hentian akan diagihkan ke brek depan dan belakang, sekali gus kawalan brek lebih stabil.

BACA >>> Yamaha NVX GP Edition – Harga Naik RM600!

Dari segi muatan, selain boleh bawa muatan panjang untuk Vario, kedua-dua skuter ada ruang simpanan depan (jenis terbuka untuk Vario 150) dan simpanan bawah pelana yang cukup menyimpan sebuah helmet.

Penjimatan bahan api masih belum dicuba untuk Vario 150, tetapi dengan tangki 5.5 liter, jarak tunggangan yang dapat kami anggarkan ialah sekitar 150km per tangki penuh. Ini kerana NVX 155 cuma memiliki tangki lebih kecil (4.6 liter) dengan anggaran jarak sekitar 100-110km saja.

3. PRESTASI KUASA

Di sini, anda dapat tahu kenapa NVX 155 lebih mahal berbanding Vario 150. Dengan kelebihan 5cc dan teknologi VVA, enjin 155cc skuter Yamaha mampu mencapai 14.8hp dengan tork 13.8Nm, setanding kapcai 150cc lain di pasaran. Sebaliknya, Vario 150 dengan enjin 150cc SOHC penyejukan cecair pula cuma mampu mencapai 13hp.

Kami belum berpeluang menunggang uji sepenuhnya Vario 150. Namun, bersama kilasan tork setanding NVX 155, iaitu 13.4 Nm pada rev 5,000 rpm, dan berat badan ringan 112Kg (NVX -121kg), kelebihan ini membuatkan Vario 150 lebih tangkas dalam situasi stop n’ go, isu biasa sering dihadapi penunggang bandar.

Transmisi kedua-dua skuter masih menggunakan jenis automatik CVT, jadi tiada perbezaan ketara di sini.

BACA >>> #TunggangUji: Yamaha NVX 155 – Skuter Lincah, Mantap dengan CVT yang Menyeronokkan


KESIMPULAN

Jujurnya kami rasakan Vario 150 masih bukan pesaing sebenar NVX 155 walaupun kedua-dua model itu diletakkan sebagai alternatif kepada skuter sporty di pasaran seperti, Honda PCX 150 dan Yamaha NMAX 150.  Seperti yang dijelaskan dalam reviu NVX 155, skuter Yamaha itu lebih menyerupai kapcai, manakala Vario 150 masih mengekalkan imej dan praktikaliti skuter moden.

Jika anda mahukan Y15ZR dalam transmisi automatik, NVX 155 ialah jawapannya. Bagaimanapun, kesimpulan sama tidak dapat diberikan kepada Vario 150 untuk melayakkan model itu digelar RS150 versi automotik kerana berbeza kuasa dan pengendalian. Namun, jika anda rasa PCX 150 terlalu dewasa, sudah tentu Vario 150 pilihan lebih sesuai.

Lebih mudah lagi, cuba lihat semula bajet.

Vario 150 ditawarkan bermula RM7,199, manakala NVX 155, RM9,900. Perbezaan RM2,700 mungkin tidak banyak, tetapi berita buruknya, inflasi harga akibat permintaan dan permainan pasaran membuatkan harga NVX 155 menjangkau lebih RM12,000. Jadi, buatlah pilihan bijak dan jangan lupa gunakan kuasa membeli anda.

Sudah merdeka di jasad, harus bebas di akal!

Honda Honda Vario 150 Moped roda2 skuter Yamaha Yamaha NVX 155
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026

3 Comments

  1. Badrul on 23/09/2018 23:23

    sayang.. info pun kurang tepat.. perbandingan pun belum dapat test… takan buat berita untuk bagi info kepada pembaca dengan guna kaedah agak agak dan keputusan tangkap muat.
    Baik korang suarakan kenapa kedai2 menjual harga tidak mengikut harga jualan dari Yamah atau Honda.. dah terang2 mereka menipu pembeli kan. kata permotoran, baik buat cerita pasal pengguna di Malaysia di tipu bulat2 oleh kedai2 yg menjual motor..

    Reply
  2. AO on 14/11/2018 10:10

    Apa yang tangkap muat? Dah disebut perbandingan awal, atau dalam bahasa teknikal kita sebut sebagai previu. Penilaian dibuat ikut spesifikasi dan rekabentuk.

    Harga di luar konteks perbandingan teknikal.

    Reply
  3. Farscoot on 28/09/2019 20:07

    Rasa2nya ada tak keluaran vario baru utk thn 2020?design dah lawa tp ada isu ttg panel meter masuk air dan ruang kaki agak terhad.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.