Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Scenic Audio App, Aplikasi Bantu OKU Penglihatan Nikmati Perjalanan
Auto Terkini

Honda Scenic Audio App, Aplikasi Bantu OKU Penglihatan Nikmati Perjalanan

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) telah membuka banyak kemungkinan dalam kehidupan manusia termasuk golongan kelainan upaya (OKU).

Sebagai contoh, Honda telah membangunkan aplikasi inovatif yang menggunakan teknologi AI bagi membantu OKU penglihatan menikmati perjalanan mereka.

Aplikasi itu menghasilkan dan menceritakan gambaran pemandangan persekitaran dalam bentuk audio sambil kereta dipandu dan dibangunkan dengan kerjasama Pusat Inovasi Howe, Perkins School for the Blind’s.

Honda Scenic Audio App merupakan aplikasi kebolehcapaian (accessibility) berkuasa AI pertama yang dibangunkan bagi meningkatkan pengalaman perjalanan di dalam kereta dan pengangkutan lain untuk OKU penglihatan.

Aplikasi itu berfungsi melalui gabungan visi komputer, janaan AI, pengimejan satelit dan pelbagai lagi teknologi dan sumber seperti penyasaran geo dan laporan cuaca bagi menghasilkan penceritaan suasana di luar secara terperinci.

Kaedah penceritaan audio banyak membantu kehidupan OKU penglihatan.

Aplikasi Honda Scenic Audio dibangunkan untuk berfungsi secara dinamik dalam menceritakan persekitaran di luar menggunakan tona suara, bunyi, perbandingan bentuk muka bumi dan suhu di luar.

Honda bukan baharu dan telah lama menyokong pertubuhan OKU penglihatan melalui khidmat kemasyarakatan korporat dan setempat termasuk kerjasama dengan  Institut untuk Pekak dan Buta Alabama (AIDB) yang terjalin hampir 30 tahun.

AIDB sedang melakukan ujian beta untuk aplikasi Scenic Audio yang melibatkan komuniti OKU penglihatan dan akan menyediakan maklum balas.

Pusat Inovasi Howe yang merupakan ahli komuniti global DisabilityTech turut terlibat dalam program ujian beta selain sama-sama membangunkan aplikasi Honda Scenic Audio.

Pembangunan aplikasi begini menunjukkan keprihatinan Honda dan harus dipuji. Golongan OKU penglihatan tidak diabaikan dan perlu diberi peluang untuk menikmati perjalanan mereka.

Bayangkan satu hari nanti perjalanan ke Kedah dengan sawah padi di kanan dan kiri dapat diceritakan kepada OKU penglihatan atau bagaimana keindahan matahari terbenam di kaki langit.

Satu nikmat buat insan normal yang patut disyukuri. Alhamdulillah.

Honda Honda Scenic Audio App
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.