Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Odyssey (2018) – MPV Mini Paling Selamat di Amerika Menurut Ujian IIHS
Roda4

Honda Odyssey (2018) – MPV Mini Paling Selamat di Amerika Menurut Ujian IIHS

Han OthmanBy Han Othman17/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSTITUT Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS) melakukan ujian ke atas tiga model kenderaan utiliti sukan (MPV) mini paling popular di pasaran Amerika Syarikat (AS) masa kini untuk menentukan model mana satukah paling selamat.

Tiga model MPV mini itu ialah Honda Odyssey, Chrysler Pacifica dan Toyota Sienta. Keputusannya, Odyssey berada di kedudukan paling atas, mengatasi dua pesaing lain dalam ujian rempuhan depan (small overlap front) dengan mendapat rating ‘Good’ (bagus). Pacifica pula mendapat rating ‘Acceptable’ (boleh diterima), manakala Sienna meraih rating terendah, iaitu ‘Marginal’ (had paling minimum).

Dalam ujian perlanggaran impak sisi penumpang, struktur badan Odyssey mendapat rating Good, lebih tinggi daripada Pacifica (Acceptable), manakala Sienna meraih rating ‘Poor’ (lemah) dengan tahap tembusan 20 inci.

Menurut IIHS, struktur tembusan Sienna yang remuk ke dalam ialah sekitar bahagian kaki patung dummy. Jadi, penumpang depan kemungkinan mengalami kecederaan pada pinggang kanan dan kaki bawah. Lihat video di bawah:

TOYOTA SIENNA

CHRYSLER PACIFICA

HONDA ODYSSEY

UJIAN LATCH TURUT DIBUAT

Disebabkan banyak MPV mini dibeli untuk dijadikan kenderaan famili, IIHS turut melakukan ujian lanjutan ke atas sistem Pautan Bawah dan Penambat untuk Kanak-Kanak (LATCH). Disebabkan masih ramai pengguna keliru dengan LATCH, jadi rating IIHS itu diberikan kepada model dengan sistem yang mudah digunakan.

Rating tertinggi, Good bagi sistem LATCH diberikan kepada posisi duduk tambahan dengan perkakasan LATCH mudah guna. Keputusannya, Odyssey mendapat rating Good+, manakala Sienna (Acceptable) dan Pacifica (Marginal).

Keputusan akhir, Odyssey dan Pacifica diiktiraf IIHS dengan rating Top Safety Pick+, tetapi Sienna terkeluar daripada saingan dengan meraih rating keseluruhan, Marginal sahaja.

Jom dengar apa kata IIHS tentang ujian keselamatan terhadap tiga MPV mini popular 2018 di AS di bawah ini:

SUMBER: AutoGuide

Amerika Syarikat (AS) Auto Terkini Chrysler Pacifica Crash Test Honda Odyssey (2018) IIHS Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) LATCH LATCH System Pautan Bawah dan Penambat untuk Kanak-Kanak (LATCH) Roda4 Toyotan Sienna ujian perlanggaran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Protected: iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.