Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Jual 39.2k Unit Kenderaan Enam Bulan Pertama 2024
Auto Terkini

Honda Malaysia Jual 39.2k Unit Kenderaan Enam Bulan Pertama 2024

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia mencatat pencapaian berganda selepas menyempurnakan kiriman Honda Civic ke-170,000 unit dan HR-V ke-150,000 unit kepada dua pelanggan bertuah.

Majlis penyerahan khas itu diadakan di Honda Botanic Auto Mall Sdn Bhd di Klang, Selangor. Menariknya, kedua-dua pemilik baharu itu menerima hadiah eksklusif dan aksesori Honda tulen bernilai RM10,000!

PEMBELI BERTUAH

  • Lim Chin Hui ialah pembeli Civic ke-170,000 dengan varian 2.0L e:HEV RS
  • Asha Waheda ialah pemilik HR-V ke-150,000 dengan varian 1.5L e:HEV RS

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Kami mahu menyatakan terima kasih kepada semua pelanggan kerana memberi sokongan berterusan dan keyakinan terhadap jenama Honda.”

“Model Honda semakin popular dan peningkatan permintaan disebabkan sokongan pelanggan. Memasuki generasi ke-11, Civic ialah model ikonik Honda dan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kelas kenderaan bukan nasional segmen-C selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016.

“HR-V pula memenangi hati ramai rakyat Malaysia sejak debut di Malaysia sembilan tahun lalu dan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak. Dengan rekabentuk luar biasa dan pilihan trenkuasa termaju, kami percaya HR-V akan terus kekal jadi SUV kompak kegemaran rakyat Malaysia.”

PRESTASI JUALAN HONDA

  • Sepanjang enam bulan pertama 2024, Honda Malaysia merekodkan jualan 39,200 unit kenderaan, meningkat 16 peratus berbanding tahun terdahulu.
  • Honda HR-V menjadi model paling banyak dicari pelanggan dalam segmen SUV bukan nasional yang menyumbang 28 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia.
  • Model kedua paling laris ialah Honda City, mewakili 24 peratus daripada jumlah jualan, disusuli Honda CR-V (15 peratus).
  • Siri hibrid e:HEV pula menyumbang 13 peratus kepada jumlah jualan sepanjang separuh pertama 2024 Honda Malaysia. Siri itu terdiri daripada model City, City Hatchback, Civic, HR-V dan CR-V.
Auto Terkini Hironobu Yoshimura Honda Botanic Auto Mall Honda Civic Honda HR-V Honda Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.